05 August 2011

Puding Sagu Gula Melaka



Salam semua. Dah masuk hari ke 5 puasa hari ini. Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat ini. Sejak berpuasa ni waktu berbuka rasa tak lalu je nak makan. Dah 2 hari juga ita tak makan nasi waktu berbuka sebab berbuka seorang je hubby hari pertama je berbuka dengan Ita.. huhuhuhuhu..:( bila berbuka seorang ni nak makan nasi pun tak de mood jadi buat menu yang simple-simple tapi mengenyangkan..:)



Tapi ita ni kalau berbuka mesti nak ada desert berkuah tau. Sama dengan hubby jadinya tiap hari fikir apa menu desert nak buat. Yang utama mesti berkuah. Asyik buat puding atau agar-agar je jemu juga kan.. jadi hari ini kita ke arah kuih yang lebih tradisional sikit iaitu Puding sagu gula melaka. Ita suka sangat puding sagu ni sebab makan banyak pun tak muak sedap tambah bila sejuk laju je masuk tekak..:)

Okla tak nak cakap banyak jom kita lihat resepinya. Ini cara yang selalu ita buat ada juga cara yang lain. Tapi ini agak mudah bagi ita setelah beberapa kali cuba..:) sebab selalu sangat buat..


Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan
300 gram sagu
2 sudu gula
Air secukupnya tak de sukatan untuk masak sagu
esen pandan
pewarna hijau

Kuahnya
Gula melaka
2 sudu gula
50 ml air
susu segar/santan



Cara-cara
  1. Untuk sagunya rendam sagu sehingga agak kembang dalam 2 jam.
  2. Gantikan air dan rebus hingga biji putih itu hilang
  3. masukkan dalam tapis dan basuh sagu tersebut.( basuh lebih kurang je)
  4. masukkan dalam mangkuk dan masukkan 2 sudu gula, esen pandan dan pewarna hijau.
  5. Gaul rata dan boleh la dimasukkan kedalam bekas yang bersesuaian.
  6. Boleh la disimpan didalam peti sejuk
untuk kuah

  1. Masukkan air, gula melaka dan gula. Masak hingga semua hancur.
  2. Setelah itu tutup api dan tapis.
  3. Bila ingin menghidang letakkan sagu tuangkan gula melaka dan susu segar/santan.


22 comments:

  1. Sejuk anak tekak boley mkn ni
    Aduhai menu hary ni nk masak apa ek kak
    Ader idea x...penat terjah dapur2 org carik idea ngeeee (~_~;)

    ReplyDelete
  2. Lepas buka posa...mkn puding ni...Wah! terasa nyaman tekak dan sego mata...sedapnya....cantikkk...:)

    ReplyDelete
  3. Pergghhh...mmg fav akak n family ni tau..kalau dapat selang sehari pun xpaaa...hehe

    ReplyDelete
  4. emmm.... sedap ni.. mmg sesuai sangat tuk dessert boka posa.. pulak bila makan sejuk.. aduyaiiii....

    ReplyDelete
  5. adehhhh... sedapnyaaaa... cantik pulak tu...

    ReplyDelete
  6. Salam kak ita!! sedaappppppp!!! sagu2 mmg kita suke pastu makan pulak berkuah santan dgn gula melaka aduyaiiiiiiii sume2 nak buat! hihihi..ni pun mesti buat! kalau tak mcm tak lengkap berbuka puasa nanti hihihi..

    ReplyDelete
  7. Assalam Dik Ita..wah pagi2 dah nampak dessert penyejuk tekak....hehehe...presentation tu yang sangat menarik!!!

    ReplyDelete
  8. alahai kak ita same lee kite..kite pon kene tinggal 5 ari sbb ottosan naik kapal....xlalu nk makan...byk makan kuih2 aje...sedap sagu akak nk try laa nnti

    ReplyDelete
  9. wahh sagu hijau..biasa tgk merah..heee.rajinnyaa akak..sagu ni ade jual ke dkt jepun eh..ke stok dr mesia..

    ReplyDelete
  10. suka sagu...
    sedapppnya tengok sagu gula melaka tu..

    ReplyDelete
  11. ada jugak buat dessert sagu...tp belom sempat uplod lagi...hihih. sedap kan makan sejuk2 sagu tu..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ita,
    baru smlm akak berangan nak buat tapi tak terbuat..akak pergi buat pengat pisang plk. ...hah3..akak mmng suka berbuka puasa dngn dessert mcm ni...sedap tu..

    ReplyDelete
  13. Salam kak Ita...
    bila scrool down blog akak ni... tah berapa kali dah kite telan air liur... kang banyak2 sangat batal pose lak kang. hehhehehe....
    Macam2 dah terliur ni tak tahu nk buat yang mana satu. laksam pun best, puding peach tu pun nak. ni puding sagu pon nampak best...uwaaaaa.... tolonggggg :D

    ReplyDelete
  14. Suka puding sagu mkn dgn kuah gini...mmg favorit terutama utk berbuka...sedappp...

    ReplyDelete
  15. ita...cantik presentation puding sagu..rasa dh tentu sedap punya..sejuk je masuk tekak

    ReplyDelete
  16. ayu.. akak pun tercari2.. hihihi gali ayu gali..:)

    ye kak cke.. bai saya sedap.. suka gak..:)

    ReplyDelete
  17. kak ummi betul2.. dapat selang sehari pun tak jemu ye kak..:)

    kak ita ye kak.. betul sedap ita suka puding ni

    ReplyDelete
  18. kak gee.. thanks kak.. cuba buat kak

    ika... akak pun suka baru je beli stok sagu ni

    ReplyDelete
  19. kak watie.. ye kak terima kasih sedap kak.. segar tekak

    saba. tula awak pun ke.. hihih sabar no.. makan tetap makankan

    ReplyDelete
  20. anum beli kat baticrom.. akak plak selalu nampak hijau bukan merah.. hihiihi

    mas.. ita suka puding2 macam ni

    ReplyDelete
  21. nani tula nani nampak dah sagu nati lain sikit dengan aka ye

    kak yati tak pe hari lain boleh buat yang ni plak ye

    ReplyDelete
  22. ijan.. alal gi blog ijan lagi la teringin macam2.. hihihihih..

    mama sya tula sedapkan

    kak zai dah tentu sedap .. suami dan anak2 suka gak

    ReplyDelete