Salam semua. Selamat malam. Kalau dijepun sekarang ni dah tengah malam dah mana taknya subuh pun awal lebih kurang 240 pagi di Yokohama ni. Jadi malam ni sementara tunggu hubby balik dari universiti ita saja sambung kerja kosongkan SDcard kamera.Kebetulan minggu ni tiada tempahan bentou jadi dapat la tidur lambat sikit. Banyak sangat gambar yang masih belum dikemas kini jadinya terjumpa gambar sewaktu kami ke Yeti Snow Town di area Mt fuji. Bagi yang ingin kesini boleh tengok
link ini. Tempat ini dibuka pada setiap hujung bulan 10 hingga ke pertengahan bulan 4.
Cerita ni dah lama dah kalau tak silap ita hujung bulan 2 ita pergi. Yeti snow town ni berdekatan dengan Mt Fuji jadi sambil bermain salji boleh bergambar berlatarbelakangkan Mt fuji jika hari cerah. Disebabkan ita tak main pun salji waktu ni sebab menemani anak-anak bermain, jadinya tak dapat la ita ambil gambar latar belakang tersebut. hanya suami ita je yang pergi bersama kawannya. Alhamdulillah ita dah merasa main sebelum itu di hakuba nagano jadi bagi peluang pada suami dan ita menemani anak-anak sahaja.
Kami kesini dengan family nik. Ajak juga yang lain tetapi yang lain punya urusan lain yang ingin diselesaikan. Disini seperti tempat yang lain juga ada kawasan khas disediakan untuk bermain ski atau snowboard. Ada kawasan untuk kanak-kanak yang besar dan juga kawasan bagi mereka yang mula untuk belajar bermain ski.Untuk bayaran masuk tanpa main bagi dewasa adalah 850 yen dan bagi kanak-kanak 550 yen dan bagi yang masuk dan ingin bermain untuk dewasa adalah 2800 yen. Oklah tak mahu bercerita panjang sekadar berkongsi gambar-gambar ini sahaja untu simpanan akan datang..:)
|
Happy sangat Fathnin dan Fateh , mama duduk tepi tengok gelagat diorang |
|
Kuat juga berapa kali pusing turun naik bukit tarik sledge tu |
|
Disebabkan kepenatan sampai fateh tertidur dan letak dalam sledge je..:) |
|
Penat bermain sledge boleh ke tempat bermain kanak-kanak indoor.. panas sikit disini.. |
salam kak ita...awalnyee subuh kt sane...tp beza sejam kt sini..sini subuh 3.50 am....rindu dgn yuki dgn nk buat snow man..bile laa leh main yuki lg...huhuhu
ReplyDeleteseronoknyer la main snow yer..
ReplyDeletebl lah makneng nak rasa dok negara org nih..hu3...bolehker?
nak pergi jepun sekali kat ita..haha
ReplyDeleteaslmkum ita.. seronoknya dpt main2 salji.. btuah badan kan.. akk nk kumpul duit ni.. hihihi.. anak bujang akk dah stat belajar bsa jepun.. smga dia diberi kekuatan mghadapinya..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKak Juwita, alangkah seronoknya melihat keriangan di wajah anak2 akak tu.. Gembira benar mereka dapat bermain salji.. :)
Teringin sangat nak merasai keseronokan yg sama... hmmm kena kumpul duit nih.. :D
Salam ...
ReplyDeleteCantik sunnguh pemandangan salji tu.
Seronoklah fathnin dan fateh.