Tempohari ita ada tempahan cupcake. Biasanya bila ada tempahan ita akan tanya tema apa yang ingin ita buat dan cupcake untuk apa. Tapi kali ini cupcakes ini diserahkan pada ita untuk menghiasnya. Pening juga kepala ita pada mulanya, tapi disebabkan cupcakes ini untuk hadiah buat kawan-kawan disekolah sempena hari jadi anak lelaki yang beruur 10 tahun jadinya ita cuba buat elmo dan monster cupcakes. Alhamdulillah 'birthday boy' suka dan ita pun rasa happy bila penempah berpuas hati atas hasil kerja kita.
Oklah untuk resepi dalamnya ita buatkan kek lembab kukus chef Zubaidah. Ramai yang kata kek atau cupcakes yang dihasilkan amat lembut dan memang puas hati. Ita tak kukus sebab ita takut kertas cupcakes nanti jadi basah dan tak cantik jadinya ita buat cara bakar. Resepi ini dari Chef zubaidah dan dikongsikan oleh Alongros di Myresepi dan ita ambil resepi ini di blog Noorsha.
Bahan-bahan
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder
Cara-cara
- Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. ( ita guna cara bakar)
- Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan.
- Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
- Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Icing secukupnya (boleh guna mana-mana resepi icing)
Pewarna merah dan biru
Coklat M&M wana kuning
Biskut oreo
Coklat chip kecil
Cara-cara
- Setelah cupcakes sejuk ratakan icing didalam cupcakes tersebut. kemudian ambil sebahagian icing dan warnakan dengan warna merah satu satu bagahian lagi dengan warna biru dan sedikit tanpa warna.
- masukkan icing berwarna biru, merah dan putih didalam plastik piping yang berbeza.
- Gunakan nozel untuk membuat rumput untuk menghasilkan muka monster atau elmo yang cantik.
- Pipekan diatas cupcake warna biru untuk monster dan merah untuk elmo. Untuk membuat matanya pipekan warna putih dahulu kemudian letakan coklat chip ditengahnya.
- Untuk elmo letakkan coklat M&M berwarna kuning untuk hidungnya dan untuk Monster tidak perlu.
- Setelah itu potong 2 biskut oreo dan letakkan sebagai mulutnya. Dah siap.
semuanyer kawaii
ReplyDeletesugoi desu ne
mmg boley buka cafe la gini
caya lah akak...ingat nk order gak la
sanagt cantik..sangat kretip kak..
ReplyDeletesugoi..nnt balik melaka teruskan jugak atu..semoga bertambah sukses ye kak..
tahniah jugak buat resipi akk masuk magazine aritu..suka-suka..:))
sgt comel...kita tak pandai laaa nk guna fondant....nk cari kt mana kt nihon ni bhn2 fondant tu ita...halal ke...?
ReplyDeleteWow!!!!!!!!!!!!!!! sangat cantikkkkkk.... suka tengok... memang segar mata yang memandang wahhh.. teruja benor ni hehhe
ReplyDeletecomelnye..
ReplyDeletetak sanggup nak makan..
nak try la..
Comel sangat..Kalau depan mata, tentu sayang nak makan.. :D
ReplyDeletehandsome sungguh cupcake akak..
ReplyDeletekalau dekat udah lama Cik Yong order.