Assalamualaikum.. Salam di minggu yang baru.. Alhamdulillah moga urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar minggu ini. Agak sibuk balik sejak akhir-akhir ini dengan tempahan.. Alhamdulillah tempahan di Simple Homemade Cake sentiasa ada setiap minggu walaupun terkadang bila waktu sibuk tu memang sibuk sangat dan ada kala nya ada juga hari yang lapang buat ita bila tak de tempahan. Mungkin minggu ini ada hari yang lapang insyaAllah akan cuba bagi lebih kasih sayang sikit kat blog ni nanti dan boleh BW blog kawan-kawan InsyaAllah..;) Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi meninggalkan komen di blog ita insyaAllah akan membalasnya sedokit masa lagi.
21 Mei tempohari hari jadi anak kedua ita iaitu Muhammad Fateh yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dah 4 tahun dah dia.. Terlalu cepat rasanya masa berlalu, moga Fateh diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh serta berjaya didalam hidup di dunia dan akhirat. Sempena harijadi Fateh ita tak sempat pun nak buat kek yang special disebabkan pada hari tu memang banyak tempahan. Sampaikan papa fateh perli mama, kek orang lain buat kek fateh tak sempat.Memang rasa bersalah sangat.. Alhamdulillah minggu tu ada majlis ilmu di Yokohama ni mama buatkan kek dan sambut birthday fateh dengan kawan-kawan walaupun kek tu memang simple juga. Yang pasti Fateh amat gembira dan dapat memotong kek bersama kawan-kawan.
Jika dulu dihari jadi kakak Fathnin kami ke Disneyland dan kali ni kami ke Disney Sea untuk melengkapkan jelajah kami ke taman tema yang popular ini. Ini adalah hadiah hari jadi Fateh dan yang pasti banyak permainan yang fateh dapat masuk dan main dan semua nya dia happy hanya diawal tu je yang fateh agak takut. Alhamdulillah anak mama dan papa dah besar dah berjaya melalui semua permainan yang mencabar ini dengan baik..;)
Sebagai kenangan mama simpan disini semua gambar di Disney Sea, ini je gambar yang ada disebabkan sibuk mengejar pass fast untuk main banyak game dan tak sempat nak bergambar sangat..
Happy besdey Fateh! kakak Fathnin pun tumpang seronok ye. Memang seronok dpt pergi Disneyland n disneysea. Seharian pun tak habis jln kalau rmai org. hehe..
ReplyDeletehepi befday Fateh... 4 tahun dah...seronoknya dapat g disney sea. kami pergi dulu masa weekdays... mmg best sbb org tak ramai sgt. tak payah q pjg utk main game2...sampai mlm pun tak habis ronda semua...teringin nk g lagi...
ReplyDeleteSalam.. Apa khabar Kak Juwita?
ReplyDeleteSyukurlah dah masuk 4 tahun umur Fateh.. "Selamat Hari Lahir buat Fateh"..
Seronok melihat gambar2 akak ni.. Anak2 akak nampak gembira sangat.. Memang jelas kelihatan di wajah mereka.. :)
hppy besday Fateh...
ReplyDeleteseronoknye tgk budak bdua tu hppy...klau klau aunty bpeluang ke sna..gitu jugak kot..silap2 lg lbihhh...hehe
Hepy besday utk Fateh...:)
ReplyDeleteseronok g disneyland ye....:) cntik2 gmbanya....!
happy birthday fateh ;) erm tumpang tanya, stay area tokyo ke skrg ni?
ReplyDeletesalam gan ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Tie ada try briyani kambing Juwita tapi terlebih air, beras brand apa yang juwita pakai, tekturnya cantuk dan elok.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteCantiknya gambar2 makanan dlm blog ni. Best.! Tapi tulisan kecik sgt. (hehe mata ku rabun).