23 June 2012

Strawberry/Almond Chocolate Frosting Tart


Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu buat semua. Tentu hujung minggu sebegini banyak perancangan yang telah dibuat bersama keluarga sama ada ingin berlibur atau membuat aktiviti berfaedah dirumah. Bagi yang berkerja hujung minggu dimanfaatkan untuk beraktiviti bersama anak-anak sambil ini lah masanya meluangkan lebih masa dirumah dan teringat dulu waktu di Malaysia bila hujung minggu sahaja pagi-pagi sibuk ke pasar dan mengemas rumah dan waktu tu ita dan suami bergilir-gilir membuat kerja rumah sama ada mencuci kereta, membasuh bilik air atau mengemop lantai. hihihii.. Bila diingatkan kembali rasa manis sangat rasanya.. dan tengahari jika tidak kemana-mana sambil suami cuci kereta ita memasak didapur dan kami akan makan tengahari bersama-sama. Selalunya hanya bila malam sahaja yang dapat makan bersama disebabkan kami berdua berkerja disiang harinya jadi hanya hujung minggu masa yang ada untuk dimanfaatkan



Berbalik cerita hujung minggu, diJepun ni selalunya jika hujung minggu disebabkan ita adalah suri rumah sepenuh masa disini jadi hujung minggulah masa yang ita yang ita tunggu-tunggu..selalunya hujung minggu di peruntukkan untuk beraktiviti bersama keluarga setelah seminggu suami sibuk di universiti. Seronok didapat membawa anak-anak bermain ditaman yang  dekat atau jauh dari rumah sambil menghayati keindahan bunga dan keindahan taman serta lanscap yang ada. Tambahan jika dijepun ni untuk meihat sesuatu bunga ada musimnya.. jadi hujung minggu memang tidak sunyi dengan aktiviti.



Baiklah hari ini ita nak berkongsi resepi tart yang ita buat hasil idea yang ita lihat di kedai desert di jepun ni. Jika lalu dikedai-kedai desert, roti atau kek mata ni tak lepas memandang bentuk dan cara hiasan yang dibuat di desert tersebut yang memang kelihatan sedap dan menggugat iman. Nak beli terkadang tak tahu tentang kehalalan sesuatu produk tu, jadinya baik cuba sendiri dirumah sambil-sambil mencari resepi yang bersesuaian. Bagi ita tart ini sedap tambahan rasa chocolate frosting yang dibuat.. jika lagi pekat lagi sedap sebenarnya..



Dan yang paling teruja juga ita dapat bekas acuan tart yang baru.. Pos dari Malaysia. Terima kasih buat cik norai yang sudikan poskan pada Aisha dan aisha bagi pada ita pula.. seronok tgk hasil tart ni.
Baiklah jom kita semak resepi, untuk kulit tart tart masih menggunakan resepi kulit yang sama iaitu resepi mat gebu dan untuk chocolate frosting ni hasil google dan ikut citarasa ita sendiri. Hiasan diatas tu boleh tukar-tukar mengikut kesuaian tidak semestinya menggunakan buah strawberry .. kekacang pun boleh..:)





Strawberry/Almond Chocolate Frosting Tart


Bahan-bahan Pastry
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

Chocolate Frosting
150 ml whipping cream
150 ml coklat masakan yang telah dicair/ double boil
1 sudu gula jika perlu

bahan lain
Gula icing
Buah-buahan contoh Strawberry
Sedikit badam cincang


Untuk pastry:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan. Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.

Untuk Chocolate Frosting:- Pukul whippin cream sedikit kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar. Jika perlu gula masukkan. pukul hingga pekat. Masukkan ke dalam piping beg.


Untuk membuat tart.:- Ambil satu kulit tart yang telah disejukkan. Pipekan chocolate frosting tadi dan letakkan buah strawberry dan tabur dengan badam yang dicincang dan tabur sedikit dengan gula icing.sejukkan sebentar didalam peti sejuk.






15 comments:

  1. sedapnye..sebiji buah stoberi kt atas tu...comeiii n kiut miut jdinye..

    ReplyDelete
  2. Salam...memang nampak menawan dan sangat cute.Geramnya lihat buah stoberry yang gemuk tu.

    ReplyDelete
  3. takde jual kat kedai mcm ni, siap sebijik stoberi lagi. kalau nani buat, konfem stoberi tu belah 4. heheh

    ReplyDelete
  4. wow kak ita............terliurr sebiji plak tuh strawberry waduhhh kecur kecur..

    ReplyDelete
  5. fuh .. fuh .. lap peluh akk tgk
    sedappp sure sedapppp , seindah buatannyeee
    suke ngan hasil tgn ju .. seyesss ;)
    semoga success selalu dear ! .. ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau jual, agak2 berapa hengget tu Juwita? hehe...nak yg stoberinya beso, krim lebih, harga kurang...

    ReplyDelete
  7. sedapnyeeee...lapaaaa kak ita

    ReplyDelete
  8. menawan sekali tapi mmg kena banyak strawberry tu sbb guna sebiji utk satu tart tu kan..

    ReplyDelete
  9. hai ita... kalau x kebizian ni boleh jugak cuba buat... nampak sedap aje tart tu dengan manis masamnya...

    ReplyDelete
  10. Dapat SACFT sebiji pun jadilah Ita... menggoda sangat!

    ReplyDelete
  11. cantik tart shell nye...Ita guna acuan beli kat jepun ke Msia ye

    ReplyDelete
  12. Salam.. Kak Juwita, sangat2 menyelerakan tart nih.. :)

    ReplyDelete
  13. Alahai tergoda akak... Dengan tart dan fotografinya... Good job...

    ReplyDelete
  14. Comeiinyer tat2 ni k.ita.mkin kagum laa tgk bakat memasak n fotografi k.ita.nk menuntut ilmu laa..

    ReplyDelete