27 June 2012

Nasi briyani Kambing



Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah bersarapan ke.. Alhamdulillah urusan memasak ita pagi-pagi ni dah selesai , Fathnin pun dah ke sekolah sementara Fateh belum bangun tidur ni sempatlah duduk di depan komputer ni sekejap. Kalau dia bangun berebut dengan dialah jawabnya komputer ni. Alhamdulillah hari ini cuaca di Yokohama cerah dan cantik. Memang sesuai untuk menjemur pakaian sebab matahari cerah cemerlang bersinar.

Ayam tandoori..sedap bagi kami.. ada ke yang nak resepi ni..???


Lama rasanya tak bekongsi resepi nasi berperisa. Seperti ita pernah bagitahu sebelum ini, dirumah ini kami gemar makan nasi berperisa. Lagipun gandingan lauknya pun mudah nak disediakan tak perlu pening-pening fikir dan anak-anak pun mengemari apa-apa nasi berperisa. Hari ini ita nak berkongsi resepi nasi briyani yang biasa ita buat, hanya selalunya ita guna ayam tapi kali ini ita buat nasi briyani kambing. Untuk memudahkan ita menggunakan rempah briyani yang telah siap dibeli, jika dimalaysia banyak dijual dipasaraya tapi di Jepun ni ita menggunakan rempah dari Pakistan berjenama Shan dan ia amat kena dengan selera kami dan dicadangkan oleh kedai nasi briyani disini. Untuk gandingan lauk ini, ita buatkan Kambing masak beriani ( lupa nak ambil gambar), ayam tandoori, coleslaw dan bebola kentang bersama ayam.

Ita kongsikan resepi ini brdasarkan cara ita memasak dan panduan dari cadangan cara yang ditulis di belakang pek rempah briyani Shan.



Nasi Briyani Kambing

Bahan-bahan 
 500 g Daging Kambing ( dipotong dadu lebih kurang 3cm )
500 g Beras basmati
1/2 sudu jus lemon
1 biji bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia- dikisar
4 biji cili hijau - dikisar
beberapa keping rempah tumis seperti bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1/2 tin tomamto dalam tin
sedikit daun ketumbar
3 sudu besar rempah briyani Shan@ apa2 rempah briyani
4 sudu Minyak sapi @ mentega
1 cawan susu cair
sehelai daun pandan
sedikit kacang gajus- jika suka
kismis - jika suka
2 sudu kecil garam
Air secukupnya

 Cara-cara

  1. Basuh daging kambing dngan bersih supaya hilang baunya. 
  2. Perap daging kambing dngan separuh bahan kisar dan rempah briyani.Ketepikan
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis separuh lagi bahan kisar dan rempah tumis.
  4. Masukkan rempah briyani yang separuh tadi.
  5. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak bolehlah dimasukkan perapan daging kambing tadi dan jus lemon.
  6. Masak sebentar kemudian masukkan tomato dalam tin. Jika agak kering masukkan sedikit air.
  7. Masak dalam 10 minit untuk pastikan daging kambing agak empuk sedikitt. 
  8. Masukkan daun ketumbar , daun pandan dan garam
  9. Biarkan mereneh sebentar.dan tutup api.
  10. Sediakan periuk nasi elektrik dan basuh beras.
  11. setelah itu masukkan rempah dan daging kambing tadi kedalam periuk nasi.
  12. masukkan susu dan sdikit air mengikut sukatan periuk nasi masing-masing.
  13. Masak seperti biasa didalam periuk nasi.
  14. Apabila nasi mendidih boleh taburkan kacang gajus. dan kismis jika suka
  15. Biarkan nasi masak.


19 comments:

  1. sure darl suka if ai bikin ni...tapi ai tak makan kambing la kaka....ni yang ayam tue buat ayam tandori ker??? oishii sou

    ReplyDelete
  2. sedap2 semuanya ;)

    p/s: nak ke tokyo middle sept ni. waseda uni. tak pernah pegi tokyo, so cam risau sikit. flight AA dr kl lak landed 2230 di haneda.. hehe cuak

    ReplyDelete
  3. Salam rindu Ita n family :)

    pagi2 gini kalau spt mkn nasi briyani kambing dgn cuaca yg sedang hujan begini best kan hahaha oishii :P

    ReplyDelete
  4. sedapnyeee
    penyediaan ju selalu menambat hati akk
    dikk jom joint masterchef ! .. ;)

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum Ita..

    Ita, bestnye akak tgk set hidangan ita ni. Paling suka tgk ayam yg tertenggek tepi pinggan tu..Nyumm...

    ReplyDelete
  6. Sdapnyerr..rajinnyer akak msak wlupun kt negara org ye..Sy kt ngra sndri pn bli..huhu..Tabik springggg kt akak..hehe

    ReplyDelete
  7. Aduhaiii.... rasa nak terbang ke Yokohama makan nasi briyani kambing... mengancam la Ita

    ReplyDelete
  8. saya dah hantar maklumat ke email yahoo. harap2 betullah address nya.
    tqvm

    ReplyDelete
  9. nmpk sedap kak ita......kite pon lame dah xbuat nasi berperise..kalo lerr larat try lerr buat arinii

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ita,

    sihat ke?? Lama kak Nur tk singgah sini...wah sedapnya nasi briyani tu...kak Nur pun mcm tingin juga nk mkn nasi briyani ayam....terliur sudah nie...tapi daging lagi sedap kan.

    ReplyDelete
  11. Wah...tergoda...siap ada ayam tandori tuuu...nyum3x

    ReplyDelete
  12. nampak sedap dan pastinya semuanya sangat sedap kan teruja nak buat briani jugak ni hee

    ReplyDelete
  13. As'kum aduhaii datang tengah malam.. terus perut berbunyi sedapnya...... esok nak makan nasi arab jugaklah!! tak tahannnnn

    ReplyDelete
  14. Salam ita. apa kabar. Nampak sedap tu. Tapi bundo tak makan kambing. Boleh je ganti dengan daging kan?

    ReplyDelete
  15. Salam.. Kak Juwita.. kami kat sini terliur melihat menu akak ni.. Rajin betul akak ni..

    ReplyDelete
  16. Salam Ita.nampak sedap nasi beriani kambing ni...akk pun suka nasi perisa...sbb kdg2 mood rasa nak mkn mcm kat kenduri.
    Happy belated bday juga utk Fateh yang ke 4 tahun.moga jadi anak yg soleh dan berjaya kelak.

    ReplyDelete
  17. Ita...meleleh dah air liur ni tgk beriani ni..walaupun mieza tak suka kambing tp nasi beriani ni tetap menggiurkan...sedapnyerrr

    ReplyDelete
  18. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  19. Tkasih Ita ucap tahniah kat akak.sokongan dr kwn2 juga.

    ReplyDelete