01 August 2011
Salam Ramadan, Nasi Oren, Ayam Lemon Madu serta kad ucapan
Salam semua. Alhamdulillah sampai juga ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah ini dengan baik dan sempurna InsyaAllah. Dikesempatan ini juga ita ingin memohon ampun dan maaf diatas ke terlanjuran jika selama berblog ada terbuat kesilapan tanpa disedari kepada kawan-kawan di alam maya ini. Moga puasa kita diterima disisi Allah hendaknya.
Dua hari sebelum ini agak padat jadual hingga tak sempat nak online untuk menerima kad maya dan ucapan selamat berpuasa dari kawan-kawan. Ada program sebenarnya sebelum menyambut puasa hari ini tetapi tetiba program terpaksa ditukar disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Apa-apa pun cuti dimanfaatkan dengan kunjungan kerumah kawan dan semestinya membeli belah barang-barang keperluan menyambut ramadhan.
Sekadar berkongsi menu yang ita cuba minggu lepas. Bulan puasa pun asyik tayang menu je yek. Bukan apa sekadar memberi idea dan semangat untuk masak yang sedap-sedap buat keluarga buat juadah berbuka. Ita memang suka juga blogwalking kerumah kawan-kawan untuk mendapatkan mood memasak dan memberi idea apa menu yang akan dimasak buat makan berbuka. Bukan makanan yang enak yang menjadi sasaran tetapi merasakan tidak salah menjamu keluarga dengan makanan yang berkhasiat dan istimewa moga semakin erat kasih sayang antara kami.
okla mari kita lihat resepi Nasi oren yang dikongsi bersama oleh kak Amie. Sedap-sedap kalau pergi rumah kak amie ni masakannya buat kita bersemangat nak masak. Untung family kak amie sebab kak amie rajin ke dapur. Terima kasih kak atas perkongsian resepi ni. Kata kak amie resepi asal dari Majalah rasa. Ita buat juga seperti kak amie iaitu Ayam Lemon Madu untuk digandingkan dengan nasi oren ini.
Nasi Oren
500gm beras basmathi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50gm mentega
2 sudu makan jus oren - perah jus sebiji limau Sunkist pun boleh
3 sudu makan stok ayam - dicampur
bersama dengan air (jadikan 4 cawan)
1 biji buah oren - dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning
* kak Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis
Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah dan putih yang telah dikisar serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8. Sedia dihidangkan.
Ayam Lemon Madu
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
1 1/2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sayuran
3 cm halia - mayang halus
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan susu cair
1/2 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 1/4 cawan mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing.
3.Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali tadi dan tambahkan mentega. Tumis halia, bawang putih hingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng.
6. Kacau agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam.
7. Angkat dan hidangkan.
Alhamdulillah sempat juga sempat juga mengakut kad-kad ucapan untuk digantung disini. Terima kasih buat kak nor, Noorsha, Kak ummi, izah dan Along Roz. Selamat berpuasa..:)
Assalamualaikum ita...
ReplyDeleteSelamat berpuasa untuk ita sekeluarga....
wah dah buat dah yer nasi oren n ayam lemon madu nie... ari tu akak pun ada nmpk kat dapur akak amie... tapi memang tak sempat ler akak nak cuba dlm masa terdkt nie kan... Insyaallah... suatu hari nak cuba gak buat
Assalamualaikum Ita,
ReplyDeletedah sahur ke ...... kak Amie terbau sesuatu yang harumlah dari dapur Ita, nak intai ni...
amboi! lawanya nasi oren ayam lemon madu dia... Kak Amie suka sangat tengok cara Ita hias dengan susun atur yang menarik, sekali pandang terus terpikat,
assalamualaikum ita.. selamat berpuasa dan bersahur.. alahaiii sah sah wangi nasi tu kan. ada je buah oren ni, tapi tak rasa pelik ye nasi ni. hehe... kot kalau buat karang kepelikan pulak anak bujang dua orang tu nak makan. kiki.. bebudak berdua tu slalu buat muke pelik kalau buat menu lain sikit ni. nyampah tul.
ReplyDeletetq dah gantung kad. slamat berpuasa buat ita sekeluarga yee
salam ita... emmm bestnya nasi oren + ayam lemon madu... selamat menunaikan ibadah puasa buat ita n family... salam perkenalan...
ReplyDeleteselamat berpuasa:)
ReplyDeleteSalam kak ita!!! waduhhhhhh awal lagi niii dah tunjuk menuuu mcm niii :D nak mencarik beras basmathi jugak sbb dah habis menu kita bulan puasa ni bk buat nasi rempah2 mcm ni :D
ReplyDeleteselamat berpuasa ita.... sedap dan berselera nampaknya nasi oren tu...klu buat berbuka pun sedap ye...
ReplyDeleteSalam Ramadhan Ita & famili...
ReplyDeleteSedapnya nasi oren
mmg k.amie rajin betul masak....
ReplyDeletesama macam akak jugak...yang menu ayam tue boley try nanty....terjah sini nak cari recipe udang *______*
Salam...
ReplyDeleteSelamat Berpuasa...
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat Ita dan keluarga di rantau sana...Semoga sihat selalu dan diterima segala ibadah oleh Allah swt. Amboiii tayang nasi oreeeennnnn...kecur la tgk pagi2 nih...hehe
ReplyDeletesalam ramadhan al mubarak..
ReplyDeleteselamat berpuasa dik ! :))
ReplyDeletewah! kak ita pon dh ikut jejak langkah kak amie ni...masak nasik tumis2...dah lama tak menjenguk kak ita...tenet di rumah ada masalah 2 hari 2 malam.
ReplyDeleteselamat berpuasa kak ita :)
ReplyDeletekak diana.. selamat berpuasa kak.. ye kak nampak terus salin resepi.. alhamdulillah sedap kak
ReplyDeletekak amie terim akasih ye atas perkongsian resepi suka la kak sedap.. terima kasih kak ita suka nampak gambar tu cantik untuk kepuasa sendii je kak
izah.. tak pelik rasa sedap lembut je nasinya anak2 ita boleh makn tak de pelik.. sebab anak ita pun sama juga tak suka benda2 pelik ni.. hihhih cuba la..:)
ReplyDeleteummi.. terimakasih singgah blog saya ye... selamat berpuasa
atie.. selamat berpuasa ye..
ReplyDeleteik.. akak pun dah habis ika.. ni beras thai je..:(
kak fiza ye kak buat menu berbuka pun sedap kak
ReplyDeletekak gee selamat berbuka ye... selamat berpuasa
ayu akak tak banyak buat resepi udang rasanya.. hihihi.. kena terjah rumah oran lain..
ReplyDeleteira.. selamat berpuasa..:)
kak ummi.. hihi ni menu sebelum puasa kak.. hhhaahaha.. leh buat kak.. akak tentu dah buatkan
ReplyDeletesofea.. salam ramadan..:)
kak ieda.. kak selamat berpuasa kak..:)
ReplyDeletenani.. ye nani akak suka nasi yang macam ni senang nak makan
anum.. selamat berpuasa anum