02 August 2011

Ikan Sumbat Sambal


Salam semua. Alhamdulillah da sehari kita berpuasa. Moga Puasa yang dilakukan diterima oleh Nya dan mendapat manfaat yang sebaiknya. Semalam seharian tak dapat 'Online' kerana kesibukan rumah tangga. Moga diberikan kelapangan masa yang sesuai agar dapat dicuri untuk jalan-jalan dirumah kawan-kawan.

Bercerita tentang berpuasa diperantauan bagi ita ini adalah kali 4 ita berpuasa diperantauan dan InsyaAllah juga kali ke 3 untuk berpuasa dan beraya disini. Jika tentang juadah berbuka ita akan masak seperti biasa je seperti hari2 biasa hanya agak sibuk kerana perlu membuat kuih muih juga. Jika di Malaysia mungkin boleh masak 'main' menu sahaja dan kuih boleh juga dibeli jika tidak cukup masa.. tapi disini semua menu perlu di masak sendiri. Biasanya kalau mood rajin ita akan buat 2 jenis kuih sebab suami ita suka makan kuih muih sebelum makan yang berat2. Jadi kalau tak buat rasa serba salah dan tak seronok bila lihat suami makan seperti tak lengkap.

Hari ini ita nak share menu ikan sumbat yang ita buat semalam. Ita dan suami kalau berbuka suka masakan yang panas baru rasa seronok dan ringkas seperti ini. Jadi menu ikan selalu menjadi pilihan hanya ikan disini amat terhad untuk buat menu masakan seperti diMalaysia tu. Jadi ikan saba yang ita beli ini sesuai untuk dibuat ikan sumbat.



Resepi ini amat mudah dan sedap bila dimakan. Alhamdulillah suami sungguh berselera untuk makan ikan ini. Hilang penat memasak semalam. Ita gandingkan juga dengan Udang masak lemak cili api tapi tak sempat untuk share resepinya disini disebabkan kepenatan nak mengambil gambar..:) InsyaAllah lain kali jika berkesempatan ita kongsikan disini ye.

Okla resepi ini ita ambil dari rumah kak Ina KL.. Terima kasih kak atas perkongsian resepi yang sedap ini. Ita buat lebih sambal tu dan lumur sekali pada ikan juga.




Ikan Sumbat Sambal
sumber: kak ina KL

Untuk Sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan- ita tak letak tapi ganti dengan ikan bilis
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu.

Bahan utama

5 ekor ikan cencaru di belah belakang.( ita guna ikan saba)

Daun kunyit secukupnya

Cara hendak membuatnya
  1. Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.( ita lumurkan pada ikan sambal yang lebih)
  3. Masukkan sambal ke dalam ikan dan alas dulu dengan daun kunyit dulu baru di bakar dalam suhu 180 C dalam masa 30-40 minit.( ita bakar atas kuali dalam gambar tu dan tutup atas kuali dengan aluminium foil.)
  4. Enak di makan panas

*Untuk pencicahnya ni style ita Bawang merah dimayang, tomoto dipotong nipis, cili hijau, cili padi, asam jawa satu sudu diramas hingga pekat dan dibuang bijinya, sedikit gula, sedikit garam dan sedikit kicap serta 2-3 titik perahan limau/lemon. semua digaul sekali.




37 comments:

  1. Salam kak!! Dtg pagi2 lepas sahur hihihi ari ni kita byk kerja nk menggosok baju hihihi.... Ada ikan caru ya kat sana? Sini tak pernah jumpa huhu lama tk mkn caru klu bakar gitu pun sodap dgn air asam kan kak ari ni da plot menu apa? Hihihi... Mcm budak2 jer kita ni :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ita..
    memang betul ler kan... kalau kat M'sia nie kuih muih memang boleh beli jer kalau x cukup masa nak buatnya... kat tpt ita memang kena buat sendiri kan ita...

    n ikan sumbat sambal tu mmg sesuai tu makan masa berbuka... hubby akak pun suka selain ikan panggang kalau untuk berbuka nie

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ita...

    Itulah kebaikannya tinggal di perantauan. Si isteri berpeluang meraih lebih banyak pahala kerana memasak untuk suami terchenta. Mama sejak balik Malaysia ni, kurang banyak dah pahalanya sebab rajin masak kat luar. Hehehe...

    p/s : Menjawab soalan Ita tentang kek chiffon tu, so far mama tak pernah lagi bakar kek tu dalam loyang selain dari loyang chiffon. Mama tak confident, takut nanti bila terbalikkan loyang sebaik saja keluar dari oven, dengan kek kek tu sekali terkeluar... wallahualam.

    ReplyDelete
  4. salam ramadan utk ita n famili.sdpnya menu berbuka tu,kecur tgk air asam...ni antara menu mesti ada ni,semua suka! :)

    ReplyDelete
  5. bestnya tengok ikan sumbat sambal tu.....
    menyelerakan betoiii....

    ReplyDelete
  6. sedapnya juadah berbuka puasa Ita yer... menyelerakan... terasa nk terbang ke sana tumpang berbuka...heeeee

    ReplyDelete
  7. ini memang menu wajib time pose...kalau mak tak buat pon, konfem beli la. heheh

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Best kalau makan panas2 dengan nasi panas2. Tak payah lauk lain dah. Apa pun selamat berpuasa buat ita n family.

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan ita...betul tu semua menu berbuka nak kena buat sendiri mmg bz kan...but enjoy...sempat juga ita ambil gmbar makanan bagai ye...sedap ikan sumbat cicah air asam pulak tu...makan panas2 mmg bertambah nasi...

    ReplyDelete
  10. Salam Ita, waaaah Ikan sumbat camni mmg best....salah satu menu fav family akak gak nih..bila nk buat ni ntah la..hehe

    ReplyDelete
  11. salam ita....

    mmg membangkitkan selera ni..

    ReplyDelete
  12. Assalam Ita,
    datang sini dapat idea buat ikan sumbat....

    anak-anak kakak dah bising tak mahu makan ayam waktu sahur (kakak biasakan makan lebih hidangan ikan sejak setahun lalu), mungkin dah rindu ikan semula... nak buat macam masakan Italah pulak...

    ReplyDelete
  13. emm...oishii!!, slm ramadhan juga dari k ida...bz, letih sama ita, tu yg tak online..

    ReplyDelete
  14. as salam ita, dah lamenye akak tak makan ikan bakar sumbat mcm ni... dulu arwah mak suka masak macam ni. sekarang nak buat pun x syioklah sbb suami akak tak berape gemar dgn ikan caru.klu nak buat kena buat dgn ikan kembong tapi kenalah cari ikan kembong yg besar tu... payah pulak nak jumpa....

    selera tgk ikan sumbat sambal ita ni....

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa buat kak ita sekeluarga... wahh dah 4 kali ye, mesti akak dah biasa... ikan tu yummy! dah lama tak makan huhu...

    ReplyDelete
  16. cikgu... thankss untuk resepi ni. hehe. bulan-bulan puasa ni saya kena masak untuk family & tak tahu nak masak apa. boleh try. :)

    ReplyDelete
  17. assalam ita..
    akak pun suka berbuka ngan kuih muih dulu.. tp smlm takde kuih muih sebab bazar sesak giler.. so hubby just beli mee & balik goreng kat rumah jer.. tak beli apa2pun kat bazar ramadan tu.. hehe..
    ikan sumbat ni mmg feberet ni.. sedap sgt2.. boleh cuba resepi kak ina ni..

    ReplyDelete
  18. Salam Ramadhan Ita, menarik buat ikan sumbat ni. boleh cuba jugaklah! :)

    ReplyDelete
  19. ita..ni lauk pembuka selera ni..dh lama x wat sumbat2 ikan ni..sedapnye

    ReplyDelete
  20. As salam, sesekali kalau kena ikan sumbat ni best jugak. tapi tak tau lagi bila nak buat..hehehe..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  21. wah..ikan sumbat..menariknya nengok..dengan pencicah lagi yg tengokpun boleh kelaparan tiba2..bolehlah buat menu berbuka petang ni..

    ReplyDelete
  22. Akak ampun lambat Ayu terjah maklum la guna 3G jer
    Ni pow baru Sudah masak hikhik
    Esok nk carik ikan nk buat ikan sumbat gak
    Sedap giler Tgk siap Ada air asam tu hikhik (。-_-。)

    ReplyDelete
  23. ika.. ni bukan ikan caru ini ikan saba.. hihihi semalam buat menu ulangan je tak bergambar pun

    kak diana.. tula penat kak nak masak je.. huhuuhuh tula suami ita pun suka gak

    ReplyDelete
  24. thanks mama atas perkongsian tu.. tula kalau ada pasar ramadan sekali sekala leh tukar selera..:)

    del thanks ye.. buat la dek senang je bakar atas kuali

    ReplyDelete
  25. mas.. ita suka makan ikan2 gini mas sedap berbuka

    kak gee.. tula kak sedap makan macam ni..:)

    ReplyDelete
  26. nani.. ye betui tapi kat sini tak leh beli la.. hihiihi

    kak sam.. selamat berpuasa dan buerbuka ye kak.. terima kasih kak

    ReplyDelete
  27. kak ena.. hihi yela kak saja amik masa sikit bergambar. hahahaaha.. kalau tak tak leh nak share sini

    kak ummi .. ita suka kak ikan2 gini nak beli tak de tempat nak beli

    ReplyDelete
  28. ira.. ye ira suka dengan menu ni request dari hubby sebenarnya...

    kak amie... sedap kak ikan.. tula kalau bulan puasa ikan lagi sedap la kak atambah makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  29. kak ida.. tula sian akak.. nanti akak tak busy akak online ya.. rindu kat masakan akak

    kak fiza jangan gitu kita kena teruskan juga kak.. insyAllah ok rasanya kaalu akak masak..

    ReplyDelete
  30. hanis.. tula dulu dari berdua hingga sekarang dah berempat.. hihi yang pentin suami disisi..:)

    silah.. rajinnya masak.. bagus2 dah boleh kawen ni

    ReplyDelete
  31. madiha.. ye kak sedap resepi ni try la kak .. ita suka.. mesti buat lagi nanti

    As.. tu la ita suka tau as.. fariz pun gitu cuba la

    ReplyDelete
  32. kak zai tula memang membangkitkan selera.. bulan puasa suka makan yang macam ni..:)

    yati iali selamat berpuasa ye.. sedap ika ni cuba la..:)

    ReplyDelete
  33. suri solehah.. thanks ye.. suami suka makan yang macam n tu yang buat tu..

    ayu haris car ayu akak suka menu2 gini

    ReplyDelete
  34. syaiima... bulan puasa memang kena jalan2 blog masak2 baru dap[at idea.. ihihihih

    ReplyDelete
  35. terima kasih.. saya nak try masak, lama dah x masak ni... lupa dah resepi yg nenek ajar..

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum...ikan sumbat cicah ngan asam...menyelerakan betul....
    msti cuba ni kak ita...nyaman....

    ReplyDelete