08 August 2011

Jelly Tembikai



Salam semua. Alhamdulillah selesai sudah puasa hari ini. Moga ia memberikan kekuatan untuk menjalankannya untuk hari-hari seterusnya. Hari ini ita nak share Jelly tembikai yang ita buat sempena ada banyak tembikai dirumah ni.

Ceritanya husband ita memang suka buah-buahan. Selalunya buah-buahan mesti ada dalam peti sejuk sebab memang sikapnya yang suka makan buah sebelum makan makanan berat. Jadinya disebabkan sekarang ni di Jepun adalah musim buah tembikai kami selalu pastikan tembikai ada di dalam peti sejuk. Tembikai dijepun amat manis tanya la sesiapa yang pernah makan tembikai dijepun tentu mengiakannya. Kemanisannya di labelkan diluar kulit tembikai tersebut. Rasa puas sangat makan dan ia adalah sesuatu yang akan dirindui bila balik Malaysia nanti.



2-3 hari yang lepas kami ke Pasar Matsubara berhampiran rumah lama ita. hajat dihati nak cari ikan yang boleh dibuat apa-apa masakan yang sesuai untuk berbuka. Tapi hampa sebab tak de ikan yang sesuai. Jadinya tengok buah-buahan banyak yang murah, suami ita memang tak leh tengok tembikai murah terus kata nak beli ingat nak beli sebiji tapi beli 6 biji:P Sila la percaya mana taknya selalu harga tembikai yang kami beli tu 980 yen tetiba turun 280 yen sebiji tu yang suami borong tu..:) Rasa nak beli sangat sebab minggu sebelum tu kami dah beli tembikai tu jadinya bila turun harga memang suami ita tak fikir panjang.



Mana taknya dengan isinya yang merah dan kulitnya yang nipis macam dalam gambar ita tu..jadi dalam kereta suami ita perli la ita tentu ada orang nak fikir sesuatu dengan tembikai yang banyak ni .. silap2 jadi satu resepi nanti.. memang betul ita terus terfikir jelly tembikai...:)

Jelly tembikai ni sebenarnya resepi dari Puding Jelly Oren yang pernah ita postkan resepinya dulu. hanya kali ini ita tak buat puding iaitu lapisan susu tapi ita tukar dengan lapisan hampas tembikai supaya terasa buah tembikainya itu. Bagi yang gemarkan tembikai jelly ni penuh rasa tembikai dan sedap rasanya.



Jelly Tembikai

Lapisan Jernih ( lapisan bawah)
4 g serbuk agar-agar ( jika inginkan lebih lembut boleh buat 3g)
400 ml air
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing dan kemanisan buah tembikai)
100 ml jus tembikai yang ditapis dari buah tembikai ( ditapis ambil air sahaja hampasnya jangan buang)
sedikit pewarna merah ( ita tak letak sebab tembikai ni memang merah)

cara-cara

* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan jus tembikai yang telah ditapis dan pewarna jika warna kurang terang.
* ketepikan sehingga sejuk sedikit dan dimasukkan kedalam acuan yang bersesuaian.


lapisan atas
2 g serbuk agar-agar
50 ml air
250 ml hampas tembikai yang ditapis
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)



Cara-cara

* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan hampas tembikai .
* Masak sebentar dan ketepikan sehingga sejuk sedikit.
* Apabila lapisan bawah didalam acuan telah keras sedikit boleh la dimasukkan lapisan ini.
* sejukkan didalam peti sejuk.



45 comments:

  1. Patut la akak bz td
    Bz buat jelly tembikai ek
    Sedapnyer tears amai giler tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya Ita,
    terasa manisnya tembikai yang Ita bayangkan tu, memang kalau dapat tembikai manis, sedap sangatkan....

    ReplyDelete
  3. Salam Ita..
    Byk tuh sampai 6 biji buah tembikai hubby beli!!! hehehe

    Mama blh bayangkan betapa tipis & manis nyer buah tembikai yg Ita tayangkan...

    Ni mama nak tanya sedikit lah... di Jepun waktu berpuasa tuh lebih lama ke Ita... n kat man pulak Ita dpt nangka yg dibuat gulai!!

    Kemungkinan anak mama si nazli akan ke Jepun dlm 2 minggu lagi kalau tak tukar plan dier org...

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah tengok bila dah malam... sedapnya Ita... macam terasa-rasa tembikai tu kat tekak...

    ReplyDelete
  5. terpikat tgk kaler merah tu blari nk tgk dekat2...klu dpt segelas ni syiok abis ni..ada lg ke yg bentuk square tu dijual?

    ReplyDelete
  6. merah! sukeeee....

    kalau buke pose ni..mesti rase enak je kat tekak kan kak...

    ReplyDelete
  7. ita..
    nampak menarik sangat jeli tembikai ni..
    teringat maklong masa pergi hokkaido dulu.. maklong tak berani beli tembikai ni.. mahal sangat, sebab maklong bandingkan dengan harga kat malaysia.. hehe..

    ReplyDelete
  8. waa.... merahnya tembikai tu.. tipis pulak tu kulit dia.. mana nak cari kat cini.. semua kulit tebal2... jelly tu pon menarik dan mengoda..

    ReplyDelete
  9. Salam kak! waaahhhhhh! ini sudah menaglahkan siam tembikainyer ni! Merahhhhhhhh pulak ya? biasanyer akalu tgk org2 yg duk kat jepun guna tembikai tak merah sgt kan? kalau kat sini mmg merah2 pastu manisssssss sgt tp kulit tebal :D ala2 tembikai lokek hihihi... maasuk list ni kak lama tak buat puding :D

    ReplyDelete
  10. seb baik kat umah ada tembikai..persembahan ita memang cukup menguja rasa

    ReplyDelete
  11. waduh wat akak terliur je, nasib baik singgah umah Ita malam..kalau siang....adoyaiiiii..

    ReplyDelete
  12. Sib baik tengok gambar ni masa dah berbuka.
    Sib baik tadi baru je makan tembikai.
    Pendek kata...semuanya nasib baiklah.. hehehe...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ita...
    jelly tembikai tu nampak sedap ler ita... cantik n menarik.... tergodaaa tgk tau... tgk buah tembikai tu pun cam terasa jer kat tekak nie kemanisan buah tu.. sedaaapnya

    ReplyDelete
  14. Tengok tembikai Ita beli..merah elok..tentu manis airnya...sedap minum buat jus...fresh.
    daging gulai nangka kat bawahpun nampak sedap...senang dpt nangka kat sana. kat sini belum jumpa lagi...

    ReplyDelete
  15. wah! murahnya! kalau nani pon, harga tembikai kt sini RM1 sebijik pon agaknya borong mcm tu jugak. Hihih...

    habisla resepi kak ita pasni berasaskan tembikai jela...kene pulak nasik tembikai ke, talam tembikai ke, koktel tembikai ke...hihih...

    nani pon suke makan tembikai kalau berbuka. tadi pon banyak makan tembikai. pastu baru makan nasik. sedapnya makan time haus mcm berbuka pose ni...

    ReplyDelete
  16. Ita! waduh murahnya! kat sini suku je dah 500yen. huhu.. manyak sangat murahnya. tpi mmg puas hati mkn tembikai nihon ni. manis giler! betul la tu nnti balik mesti teringat2. ;)

    ReplyDelete
  17. Yeayyy jump a jugak dgn suika murah Waugh byk diskaun tu kak... Kalau sy pun sure boring jugak... Syoknyaaaa

    ReplyDelete
  18. murah sgtnyer ita....kat sini lum jumpa lagi tembikai yg gred A semurah cam ni,mmg nmpk manis, k'ida bukak posa ngan sahur mesti nk ada tembikai..selang sehari kut beli
    Tu dia.....borong sampai 6 biji, k'ida pun kalau murah cam ni mesti borong abiss gak
    haaa...tak tahan la tgk jelly tembikai tu, sedapnyer

    ReplyDelete
  19. Assallamualaikum Ita..
    Wah bestnya kalau dpt beli tembikai dan confirm manis lak tu... Suka tgk picture yg Ita snap ni.. Cantik.. Nanti bila2 nk buat jugalah..

    ReplyDelete
  20. Waaaaaaahh, merahnya makngaaahhh...terliur tgk jelly tembikai Ita nih....adeeeii cantik jek kejadiannya...ok masuk list akak...tq Ita, tp x tau bila nak buat...adeeii

    ReplyDelete
  21. ayoyo...manyak cidap woooo... ini hari wa mau bili tembikai ma... td tgk sekut tembikai ni tgk jelyy tembikai pulak... saboooorrrr je la

    ReplyDelete
  22. salam ita..
    cantik nya kalor tembikai ni dgn kulit yg nipis je tu..tgk pun dh tau sedap jely ni..nnt leh try plk

    ReplyDelete
  23. ita , klu yg saiz besar tu 6 biji sempat ke nak habis mkn sendiri tu...cer pos sebiji dua...;p

    hubby e-na pn mmg pntg tgk tmbikai mesti nak beli...e-na bgtau yg ita beli 6 biji..terkejut dia...

    sedapnya jelly tmbikai..buah banyak kan sempat wat jelly lagi...

    ReplyDelete
  24. daun ketumbar dan daun sup yg mcm kat mesia mmg xde di sini...cuma utk ganti daun sup bolehlah guna daun yg e-na tunjuk tu walaupun bau dan rasanya totally lain dari daun sup mesia tapi rupanya hampir sama kan...e-na wat ulam gitu je daun tu sedap!

    daun ketumbar pula rupa dia mcm dau sup tapi biasanya saiz lebih pendek dan bau kuat sikit...biasa buh dlm tomyam tu...kat kedai siam nagoya sini selalunya ada jual...lengkuas, daun limau purut,serai,ciliapi,kacang botol, daun2 ulam yang fresh pun ada...mai la jalan2 nagoya...;)

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Ita...Ishhhhh...nipis2 ya kulit tembikai kat sana...Kaler buahnya pon merah mengancam..sah-sahlah pudingnya manis dan sedap...

    ReplyDelete
  26. salam ita..
    waduhhh.. cantik banget jeli tembikai ni... terpegun akak menengoknya.... geram betul tgk tembikai tu.. nipis betul kulit dia ya.. jepun ni memang negara yg sangat maju hinggakan dpt cipta tembikai yg berkulit nipis gitu.. tp.. harus hati2 jugak kan ita sbb biasanya tembikai berkulit nipis ni amat rapuh.. cepat retak.. teringat dulu2 masa arwah ayah akak masih ada.. time bulan puasa ni jenuh kami mengangkut tembikai.. mak akak tukang petik.. yg lain2 tukang angkut guna kereta sorong.. sangat2 tercabar bila ada buah tembikai yg pecah akibat terjatuh or terlepas dari tangan... sbb masa tu kita puasa kan.. nampak pulak tembikai yg merah menyala time tengah2ari tu... hahaha.. sabor jelah...

    ReplyDelete
  27. salam cikgu...gambar yg cikgu amek sgt gorgeous...(^_^)..
    from : aqibah, sementech,bukit piatu melaka 2005-2006

    ReplyDelete
  28. Salam Kak Ita,
    MasyaAllah terliurnye tengok tembikai tu..super merah gitu...fuh sabar2.berbuka lambat lagi ni...hehehe.....

    ReplyDelete
  29. kak itaa esok or luse wajib buat nihh sempene ari jadi hubbyl.....terliurrr die ckpp..tgk picture nih hihih

    ReplyDelete
  30. ayu.. tak la ni kelmarin punya tau.. ayu tepun tu sibuk masak nasib tak hangus..:)

    kak amie memang kak rasa puas hati kalau dapat tembikai manis..:)

    ReplyDelete
  31. mama.. ye mama manis.. waktu ukat jepu puasa nya panjang sebab imsak awal kul 320 pagi tapi berbuka macam biasa pukul 630

    kak antan.. hihihihi ye kak nasib malam ye

    ReplyDelete
  32. del bentuk square apa tu tak faham.. memang tembikai sini warna merah terang suka

    ye sue sejuk je kat tekak

    ReplyDelete
  33. mak long.. tula kadang mahal ita pun tak sangggup beli tapi bila murah borong banyak2..:)

    kak ita kat msia tula kadang susah nak cari yang nipis dan manis

    ReplyDelete
  34. ika.. tula ika dah buat apa rasanya ok tak..?

    kak suri.. tula kak sebab warna nya tu kot tu yang ramai terliur tu

    ReplyDelete
  35. kak yatiee tu la.. hihihihi

    mama.. nasib baik dahmakan ye mama..

    ReplyDelete
  36. kak diana.. memang manis kak .. pasti rindu buah ni nanti..:)

    mamasya.. alhamdulillah sedap.. ita suka..

    ReplyDelete
  37. nani.. yang lain tak sampai seru nak buat la nani.. hihiihi

    as.. tula selalu mahal hari plak murah cerah biji mata laju je fariz beli sampai 6

    ReplyDelete
  38. hanis. tula kat tempat akak tgk nasib kadang memang murah

    kak ida.. hihihihi takpe la akak pun ada tempat murahkan leh makan tembikai banyak2

    ReplyDelete
  39. kak naz.. cuba la kak bagi ita sedap terasa tembikainya..

    kak ummi.. sedap2.. akak free2 buat la kak seda je masuk tekak

    ReplyDelete
  40. kak gee.. hihi ni mesti itgk biskut tembikai umah kak ita ye... hihiihi

    kak zai buat jangan tak buat terasa tembikainya

    ReplyDelete
  41. kak ena.. bestnya kalau dapat ke nagoya.. hihihihhi tula suami ita makan sehari sebiji tau kak.. hahahaha

    neni.. tula sedap tembikai jepun ni.. cuba la resepi ni

    ReplyDelete
  42. kak madiha.. akak ada pengalamn ye bagusnya..:) tula kak nak potong pun kena hati2 kalau tak pecah

    qibah.. terima kasih ye...

    ReplyDelete
  43. ijan.. tula merah betul tau.. alhamdulillah rezeki..:)

    saba buat jangan tak buat tentu cik abang suka

    ReplyDelete
  44. adehhh silap pulak bukak time tghari nihhh.terliurrr

    ReplyDelete