Salam semua. Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan bakal berlalu. Moga kita sama-sama dapat bertemu kembali Ramadhan yang bakal dirindui ini tahun hadapan. InsyaAllah..
Hari ini ita nak share resepi Easy Parmesan- garlic Chicken @ Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan yang ita ambil dari buku "busy Family Recipes" oleh kraftfood. Ita baru beli sebenarnya buku ni. Nampak menarik semua menu-menu didalamnya. Ita buat menu ni pada hari Ahad baru-baru ni. Kisahnya ita keluar beli barang dapur balik lagi 1 jam 30 minit je masa nak berbuka. Solat asar sekejap terus bersilat didapur dalam fikiran tak sempat nak masak menu nasi terus fikr masak pasta carbonara, Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan ni dan salad dan kuih karipap yang difrozenkan.. alhamdulillah semuanya cepat masak dan jadila menu berbuka kami pada hari tu..:)
Bagi yang ingin mencuba resepi ni bolehla mencubanya. Ia sedap jika dimakan bersama salad dan sos cili bagi yang inginkan pedas. Resepi dari Busy Family Recipes.
Ayam Bawang Putih bersama Keju Parmesan
Bahan-bahan
3-4 ketul ayam ( bahagian dada)
3 sudu keju Parmesan ( Lebih pun tak pe bagi yang suka)
1/2 sudu serbuk bawang putih ( boleh gantikan dengan bawang putih cincang)
sedikit oregano
sedikit basil
sedikit cayanne ( jika inginkan pedas)
sedikit lada sulah
secubit garam
Cara-cara.
- Panaskan oven 180 c
- Potong ayam bagi nipis dan memanjang.
- Lumurkan semua bahan-bahan diatas ayam tersebut dan perap seketika.
- Setelah itu bakar di dalam oven selama 25-30 minit sehingga masak.
Selamat pagi Ita, dah sahur ke..... ABPnKP tu nampak sedaplah, memang cekap & cepat Ita masak, itulah kemahiran seorang wanita bergelar ibu & isteri yang sentiasa pentingkan kualiti makanan/masakan untuk keluarga...
ReplyDeleteslm ita, lama tk dpt jejalan dpr kwn2...emmm...nmpk menarik menu ni....tapi kn asben akak mesti nak nasi gak...tu yg malas nk msk menda2 lain...
ReplyDeletecekap kak ita di dapur ye....hihih.... kalau nani maunya 3-4 jam kalau masak spesel2 tu...menu ayam ni simple je...tapi ada cheese...mesti best! suke sgt makan cheese!
ReplyDeletewahhh...menyelerakan betoi tengok ayam tu..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita
ReplyDeletehmmmm dari jauh dh tergoda tengok ayam tu...dlm bulan puasa nie kak nur kerap makan ayam...kena pelbagaikan resepi...hehe...
sedap nampak ayam tu...kalau dekat dpt kak nur hidu bau kan?? Hahaha.
kak ju..blh buat menu hari raya ni..sempena tak balik malaysia..ehehe
ReplyDeletemolekk duduk je ayam tuu dikk
ReplyDeleteermmm yumx2 ...
:)
thanx dik .. nanti nak try buat :)
waa nanges tgk menu iftar ita nih.bling2 mate kite jd biru ijau dah, hehe...sedapnyee
ReplyDeletemeleleh ayaq lioq ayu tgk...
ReplyDeletesedapnyer akak mudah plak nk bikin ni...cantek ayam akak...pandai masak
Aslmkum Ita
ReplyDeletewpun ringkas menarik resepi ni...letak cheese byk2 tu yg buat sedapppp..
wahh first time ni tahu resipi ni, boleh cuba hujng minggu nanti..
ReplyDeletep/s: kak ita itula pasal double protection risau kan pencopet hehe...
nyumm2..tertengok ni pukul 3 la pulak..isk2
ReplyDeletekak amie.. tak la ita masak ikut selera keluarga nasib suami tak cerewet makan senag nak masak..:)
ReplyDeletekak ida.. tula suami ita alhamdulillah memang suka westen style ni jadi nak mudah masak ni je
nani.. tak la cekap fikir apa yang mudah masak.. hihihihi sedap ayam ni akak dan keluarga suka
ReplyDeletemas.. bagi ita sedap simple
kak nur.. hihih boleh kak hidu.. bagi pun boleh..:)
ReplyDeleteH.J .. tak best la menu ni.. suka menu raya malaysia
kak ieda.. thanks kak ida.. nanti buat ye
ReplyDeletenoorsha.. ini menu nak cepat sya... saja makan2 gini cepat masak
ayu.. sedap la bagi tekak akak.. menu simple ayu.. senang nak masak..:)
ReplyDeletemamasya..yup letak cheese banyak2 suka
hanis .. tula tapi bagus guna dua2..
ReplyDeleteanum.. hihihi dah abis dah anum menu ni.. nanti buat ye
The guy is absolutely fair, and there is no suspicion.
ReplyDeleteToronto movers | Courtenay real estate | Thanksgiving dinner ideas