25 August 2011

Kuih Tako



Salam semua. Makin kita menghampiri ke penghujung Ramadan. Makin kita rasa sayu untuk melepaskan bulan yang penuh keistimewaan ini. Pastinya Syawal menanti dengan rasa gembira dan meneruskan amalan-amalan baik yang dilakukan dibulan Ramadhan ini dibulan-bulan lain juga..:)

Beberapa hari yang lepas ita teringin nak makan kuih Tako. Tapi belum berkesempatan nak buat. Alhamdulillah semalam mula masak awal sikit jadinya sempat la buat kuih tako ni. Hajat dihati nak makan kuih tako yang dalam daun pandan juga tapi faham saja la duduk diperantauan stok daun pandan bukan ada banyak pun, itu pun stok yang mak kirimkan baru-baru ini. Ita hanya korbankan 2 helai sahaja. Bila duduk diperantauan semua daun-daunan ini amat la berharganya ita akan pakai sebaik-baiknya...



Resepi kuih tako ini amat mudah nak buat. Lagi pun sedap pula rasanya. Memang tak perlu beli la kalau dah pandai buat. Nak buat pun mudah tak sampai 10 minit.. seronok sangat. Rasa berbaloi. Suami ita makan yang guna daun pandan dan tak guna daun pandan suami ita kata sedapnya guna daun pandan sebab wangi je baunya. Bagi ita pula rasa tetap sama hanya bau wangi dan terasa 'original' jika guna daun pandan..:) Untuk resepi ini sesuai untuk keluarga kecil ita.

Oklah resepi ini ita ambil dirumah kak Azlita. Blog kak Azlita juga ada menunjukkan cara-cara nak membuat kotak kuih tako ini. Terima kasih kak ita kongsikan disini pula ye..



Kuih Tako
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe hijau ( ita guna putih)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam


Cara-cara
  1. Susun kotak pandan atas tray.
  2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  4. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  5. Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
  6. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
  7. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
  8. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


24 comments:

  1. baru nak tanya kat mana dapat daun pandan tu...rupa2nya kiriman dari kg...sedapnya tako...nani tak sempat nk beli tepung hoen kwe tu...daun pandan dii blkg rumah ni punyelah menimbun sampai tak larat nak makan dah...suke gigit2 sengkuang kalau makan kuih ni...sedapppp

    ReplyDelete
  2. nani.. hihihhi nak juga makan yang guna daun pandan buat 2 je nani.. lain tu dalam bekas kecil2.. jadi la satu akak satu suami.. sedap nani memang tak rugi buat.. balik lg nanti buat la

    ReplyDelete
  3. salam Juwita...
    waaa.. comel tako dia ade munga2 lagi...

    baik hati mak kirimkan daun pandan tu..
    memang susah sikit lah kan dok tempat org ni.. susah nak cari bahan tuk nak masak makanan M'sia..

    gambar makin cantik! :D

    ReplyDelete
  4. Salam Ita, waaahh cantik kuih tako dia, tengok pun meruntun tekak dah ni...akak x kesampaian lgk nak buat kuih nih...dah penghujung puasa dah pun...huhuuu *cantik gambar2 Ita...i liiikkeee ^__^

    ReplyDelete
  5. salam...wah beshnye dok jauh2 pun masih lagi dapat menikmati masakan traditional m'sia kan..lebih2 lagi daun pandan tu dikirim oleh ibu terchayang...akak tak try tanam ker kat jepung tuh? :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak buat tapy tepung x der la akak....nnt kena order from mesia suruh pos la jawabnyer....boley tgk jer la uwaaaa

    ReplyDelete
  7. alooor cumeinya juuu kuih tako tuu

    salam lebaran buat ju
    insyaallah akak nak buat roti tuu , balik kg nanti :)

    ReplyDelete
  8. akak...kuih tako ni same dengan tepung pelite ek

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ita..
    cantiknya pic2 tu semua ita... tgk menarik sungguh.... kuih tu nampak sgt sedap tau ita.. akak x perna lg cuba.. tak reti nak buat bekas daun pandan tu... seuka sgt tgk...

    d kesempatan nie akak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat ita sekeluarga... jika ada silap n salah.. harap d maafkan yer ita..

    ReplyDelete
  10. kak itaaaaaaa...
    wahh sanggup korbankan daun pandan die yer...hahaha kite xmo la...sayanggg..cantik tako akak..mcm sedappp

    ReplyDelete
  11. salam ita wah dah buat ya tako lebih kurang pelita..cuma ada sengkuang cina kan kan.. tntang harga bekas cekut raya tuu keluaran terbaruuu rm199 jer tak tau lah harga yg ahli kami jual pada org luar..depa semua bisnes sakan..hehehe.. kak jer malas..

    ReplyDelete
  12. Kak ita sedapnye..kalu blik kg mesti dpt mkn kuih ni sbbnye kakak sy pndai buat kuih ni..siap buat biz jual kuih ni bagai..ni kn order tepung ni gakla dr mesia.teringin nk mkn..

    ReplyDelete
  13. saya duk telan air lir aje tgk kuih tako akak nie..duk plan nak buat tak buat2x pun lagi...padahal dah nak ujung2x ramadhan dah ni hah..kena buat weeknd ni la nampaknya...;-)

    ReplyDelete
  14. Dapnyerrr feveret sy ni. Kak ita kalau takde tpg tu ganti dgn tpg apa ye huhu

    ReplyDelete
  15. blog yg sangat santekkk suka! suka tgk gambar2 nya..selamat berkenalan ita..TQ sudi singgah dapur kak mieza..mieza follow :)

    cantik kuih tako ni..tp tak reti nak wat kotak daun pandan tu huhu

    ReplyDelete
  16. tepung hoen kwe tu tepung ape.first time lak dengar.huhuu

    ReplyDelete
  17. kak ita terima kasih atas pujian tu.. ita banya belajar dari akak .. akak banyak jar thanks ye kak..

    kak ummi.. terima kasih juga.. akak sifu memasak ita.. suka sangat terjah blog akak.. nanti ada masa boleh buat kak

    ReplyDelete
  18. chikadak biru..dulu ada tanam tapi selalu mati sebab sini 4 musim bila winter je banyak tanaman mati.. jadinya sekarang ni tak tanam simpan dlm peti sejuk je

    ayu.. tula kalau tak de tepung ni susah la sikit nak buat..

    ReplyDelete
  19. kak ieda.. sedap kak.. ita suka resepi ni menarik dan sedap

    sue.. tak sama dik yang ni guna tepung ni kalau tepung pelita guna tepung beras lagi pun dlm tepung pelita tak de sengkuang

    ReplyDelete
  20. kak diana.. selamat hari raya kak diana.. ye kak sama dengan ita maaf zahir dan batin ye kak

    saba.. hahahaha teringin nk makan dlm daun pandan korban 2 je saba

    ReplyDelete
  21. kak ilahjy.. bagi saya tak sama sangat dengan tepung pelita tepungnya guna yang lain...

    kamalia.. oh bagusnya tentu terror buat... tula pos banyak kegunaan tau tepung ni

    ReplyDelete
  22. umie .. umie akak ni pn dok tangguh je .. tu yang sampai seru kel marin buat.. tapi berbaloi sedap umie

    hanis.. hanis kalau tak silap akak tak leh ganti kalau nak bat kuih tako tapi kalau tepung peli boleh la guna tepung beras.. ada juga dlm entry akak yang lama2 tu

    ReplyDelete
  23. k mieza.. thanks kak mieza jengok blog sya.. mana adakak biasa2 je .. thanks banyak ye kak

    anum.. anum itu tepung buat kuih macam2 guna tepung ni..:) pos dari msia la banyak kegunaannya

    ReplyDelete
  24. sedapnya..nk cubalah,terima kasih untuk resepi ini. jemput singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete