Salam semua. Alhamdulillah dah habis masak dah untuk menu berbuka hari ini. Disebabkan hari mendung tak de nak pegang kamera petang ni jadi ada masa sikit untuk masukkan entry. 2-3 hari yang lepas amat sibuk dengan urusan rumahtangga. Penat rasanya nak jalan-jalan dapur kawan-kawan pun ada yang tak sempat.
Hari ini sampai blog kena hack dengan suami sendiri .. :P bukan apa saja suami ita masukkan info supaya sesiapa yang mencari maklumat tentang AP ini dapat. Senang katanya simpan dalam blog ita ni nak rujuk nanti buka je entry yang tu.. Suami ita adalah tulang belakang blog ni.. Dia mesti baca dan bagi komen apa2 yang ita tulis kat blog...:)
Ita buat roti sosej ni hari sabtu sebenarnya. Resepi ini dah banyak kali buat tapi tak pernah masukkan sebagai entry. Kali ini ita masukkan. Ini adalah menu yang semua seisi keluarga suka. Sedap dan mudah. Kalau jalan-jalan tak tahu nak masak apa ada roti keping menu ni la yang suka buat.Kanak-kanak suka sangat dan ia mengenyangkan.
Resepi ini ita ambil dirumah kak Nor secubit garam. Tengok tadi izah pun ada buat untuk anaknya. Tapi kali ini ita tak letak keju sebab tak de dalam simpanan. Terima kasih kak nor atas perkongsian resepi ini. Ita kongsi disini pula ye
Roti Sosej Rangup
Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap- ita masukkan dalam microwave sekejap
10kpg slice cheese- ita tak letak kali ni tak de stok
1 bj telur ~ dipukul sedikit
sedikit garam diletak didalam telur- ita tambah
sedikit lada sulah diletak didalam telur- ita tambah
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng
Cara:
- Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
- Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 batang sosej.
- Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
- Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
- Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
- Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan
- Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
- Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.
comey nyer roti sosej akak...
ReplyDeleteboley try kebetulan stok sosej pow ada lagik nie....
ada sos mesti sedap lagi..aha
ReplyDeletenyummy..sedapnyee.pos fukui sikit kak ita :)
ReplyDeleteLaa samaaa... Hehehe..
ReplyDeleteNampak garingg jee tu. Tgok budak2 mkn rasa terliur je. Hehe
ayu sedap ayu.. akak suka roti sosej ni.. klau buat adam tenu suka tau
ReplyDeleteH.J .. ye lagi sedap makan dengan sos
anum.. ye anum kalau dekat leh je poskan.. hahaha
ReplyDeleteizah tula sama ye tapi ita ni entry tertunda ni
sini pun ada sosej rangup...tergoda!
ReplyDeletesalam Juwita..sihat? raya kat sana yer thn ni? anak buah saya ada gak dok sana kontrak kerja 3 thn kat sana..moga lebaran kali ini tetap meriah yer..
ReplyDeletekak ita yg cantik jelita...wow wiii dapnyerrr...akak beraya kat embassy? ktorg tk g pom wuwuwu sadis
ReplyDeletemmg rangup kan ita bila sapu jer telur dgn brush kat roti tu, telur pun boleh dijimatkan :)
ReplyDeletemekasih sudi try resipi ni ya.. sama jer dgn n3 izah arini :)
sosej dlm peti sejuk dh berzaman tu...adeh....tak tau bila nk buatnye...
ReplyDeleteuish rajinnya fariz. hehe.. thanks la info tu, tengok ramai2 like page group tu kan! dah lama x buat roti sosej berkeju ni, selalu roti takdan goreng dah abis. hehe..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum ita...
ReplyDeletewah sedaaap... dah lama x buat roti gini.... pasti anak2 akak pun dah rindu....
cantik la roti sosej ita tu...
ReplyDeletegaring jerk...
sedapp tu..
aloor x buat layie pose nie ..
ReplyDeletejuu mcm mana nak buat supaya roti tuu x gemuk sgt .. tgk ju buat nie cantik je :)
balas kat comment box akak ye dik .. tQ
assalamualaikum...semalam dah jenguk-jenguk blog ni..:)....hari ni terus simpan dalam dashboard...:)..selamat berpuasa...roti sosej rangup ni boleh lah di cuba nanti..stok sosej pun tgh banyak ..:)..tq kak juwita..
ReplyDeleteita.. akak pun suka buat ni utk sarapan anak2.. mmg kegemaran doranglah kalau dah ada sosej tu... mudah pun mudah..
ReplyDeleteadeh...sosejjjj! oiishi
ReplyDeletedel.. suka juga.. sedap..
ReplyDeleteanna.. oh yeke.. kat bahagian mana tu.. ye harapnya tetap meriah
hanis.. yeke kalau tak leh jumpa.. jangan sedih2 ye
ReplyDeletekak nor thanks for sharing ye.. sedap kak
nani.. ada bahan tu boleh la buat.. sedap tau
ReplyDeleteAs.. tula anak2 sukakan .. mak budah dan bapa budak pun suka
kak diana
ReplyDeleteMas.. tula ita pun kak dah lama tak buat tu yang buat tu
Mas.. ye garing je sedap tambah kalau golek nipis2
kak ieda.. kak ok nanti ita bals kat inbox kak ye..
ReplyDeleteLinda.. thanks ye linda.. selamat kenal ye
kak madiha
ReplyDelete.. ye kak sedap anak2 suka lagi pun mudah
sue.. hait.. oishi desu yo..:)
DISH NI MMG SIMPLE TAPI TU YG SEDAP... SALAM RAMADHAN DARI NORMAH
ReplyDeletenoormah terima kasih singgah..:) ye menu simple tapi sedap dan anak2 suka
ReplyDelete