05 July 2011

Puding Roti Karamel



Salam semua. Hari ini agak lega sikit sakit dibadan setelah penat dalam dua tiga hari ni. Jadi hari ini boleh sambung main mask-masak balik didapur dengan menu yang baru :) Rasa jealous je nampak didapur kawan-kawan menghidangkan menu yang sedap-sedap. Ita nak buat rasa tak terkejar alhamdulillah hari ni dapat la masak menu extra untuk kudap-kudap anak-anak.

Tak sempat nak berceloteh panjang sikit lagi nak bawa anak-anak main di taman sekejap setelah dua tiga hari tak ke taman. Ita tak la juga rajin bawa anak-anak ke taman tiap hari tapi dalam seminggu mesti kena bawa 2-3 kali je. Tengok kepada cuaca dan kesesuaian fateh sebab kadang-kadang dia tidur petang sampai waktu nak main tu jadinya tak dapat la Fathnin nak ke taman main-main basikal.



Dah lama sebenarnya nak buat puding roti karamel ni. Nampak di rumah kawan-kawan ramai yang dah buat. Jadinya nampak ada roti lebihan diatas meja tu dari terbiar lupus tarikhnya biar la buat sesuatu. jadinya ita godek-godek sekejap didapur dan hasilnya ini la menu minum petang hari ni. Dah tinggal 1/4 aje tu sebab tinggalkan untuk papa diorang anak -anak makan banyak pula petang ni.Dan bawa sikit untuk makan anak-anak ditaman nanti. Takpe seronok sangat bila tengok anak-anak berselera makan apa yang kita masak...untuk puding ni ita buat dalam loyang bulan 5 inci tapi dapat rendah plak.. kena ita lapiskan untuk bergambar tu... ( pecah rahsia..:)) .. jadi bagi yang nak dapat tinggi boleh buat dalam bekas yang kecil sikit ye.

Okla resepi ni ita ambil dirumah mas duniaku yang rajin sangat masak tu.. suka tengok mas ni rajin tul. Resepi asal dari kak rosaliza dan diubahsuai oleh kak dayang... Terima kasih semua ita panjang-panjangkan resepinya disini pula ye.


Puding Roti Berkaramel

Resepi asal : Kak Rosaliza
Diubahsuai : Kak Dayang


Bahan :
Untuk Karamel :

* 1/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan air panas

Cara membuatnya :

1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
2. Kacau segera supaya tidak berketul.
3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.



Bahan Puding :

* 3 keping roti sandwic - disiat-siat
* 1/2 cawan air suam
* 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)




Cara membuatnya :

1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati.
2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
3. Tuangkan ke dalam karamel tadi.
4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
7. Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
8. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda.
9. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.

28 comments:

  1. kawaii bentuk pudding akak tue...jenis ni selalu ayu buat sebab si adam suka makan....best kan makan waktu panas gini...ada lagik x? kasik sepinggan kat ayu :D

    ReplyDelete
  2. mmmm....yummy2x..!! neleh air lioq...mai secawen....

    ReplyDelete
  3. Salam Kak!!! Dtg petang2 tgk pudding Tu Sedapnyerrr telan terus lalu kat ank tekak hihihi..... Rajin Akak nk bentuk2 kn dia Klu kita tenyeh jerr terus Dlm mangkuk hihihi

    ReplyDelete
  4. sya geram kat strawbery tu.. auuuu geramnye gemuk2. best puding ni.. sedap

    ReplyDelete
  5. Salam Ita, waaaaa terliur habis tengok puding caramel tuh...dengan buah stoberi berterabur lgk...rasa nak ngap satu2 laaa...cantik gambar2 Ita tuuu...keep it up dear!

    ReplyDelete
  6. ita, cheq sue pun dah pernah cuba puding segini. memang sedap kan...tapi yang paling menggoda tu lah...bentuk puding tu alahai kiut miutnyerrr............

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak puding nii...nak kena try gak ni nampak gayenye, nak mintak sikit jauh sangat sampai ke jepun..hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalam ita, cantik n nyaman akk tgk puding ita tu. suka kan bila kita msk ank2 suka mkn

    ReplyDelete
  9. salam..huwaaa nanges tgk kejadian puding yg comel nih..sedapnyeerrr.sy suke puding camni :)

    ReplyDelete
  10. puding yg sedap dan sgt comel...ita, k'ida pun dah lama peram resepi ni, masih2 tak terbuat2 lagi..ita, stoberi banyak lagi kat sana, kat tmpt akak udah tak nmpk lagi kat kedai...dh abiss musim dah

    ReplyDelete
  11. uwaaaa......leleh air mata jeles pada mereka yg byk masa main pondok2 kat dapur.

    ReplyDelete
  12. salam juita...

    comelnya puding..
    banyaknya strawberry... merah2 pulak tu..
    kat sini susah nak cari yg molek.. kadang2 banyak yg masam..

    ReplyDelete
  13. Aslmkm Juwita. Waduh, cantik banget kejadian puding ni.... comel nya & saiz mmg just nice utk satu hidangan.

    ReplyDelete
  14. uwaaa leleh air liur kite kak ita....ehh kat sane ade ichigo lg ke? sini semua supa da xdek dah...

    ReplyDelete
  15. ayu.. tula anak2 akak pun suka tu yang mama diorang buat tu kanak2 memang suka pudingkan

    kak gee. amik lak ka hihihih

    ReplyDelete
  16. ika.. mana rajinnya saja kekonon nak bagi bergambar puas hat sikit ihiks...

    izah ye izah ni dari Us tu yang gemuk2 tu

    ReplyDelete
  17. kak ummi thanks ye kak.. budak baru belajar kak..:) itu yang ada nak buat prop kak

    cheq sue itu usaya tekan je dengan abuan bunga tu.. hihihih itu bunga sakura tu saya suka

    ReplyDelete
  18. acu.. hahah tu la jauh kalau kat msia pun susah nak minta.. hihihi

    kak rosaliza.. thanks jenguk blog saya thanks berkongsi resepi kak

    ReplyDelete
  19. noorsha. sedap puding ni sha dah buat ke

    kak ida.. strawberry t dari costco tetiba lak murah tu yag beli tu

    ReplyDelete
  20. kak anie.. jangan gitu kak saja hilangkan tension duk rumah main masak2..hihihi

    kak ita kat sini musim dah habis tapi ni dari US punya tu yang gemuk2 tu

    ReplyDelete
  21. along .. thanks ye.. sedap puding ni along tentu dah cubakan

    saba.. ni dari costco la saba.. bukan nihon punya ichigo tapi US

    ReplyDelete
  22. wahhh bestnyer mkn puding di waktu panas ni...buat stroberi kat sini pun byk dan murah memang puas la nk mkn...hehe

    ReplyDelete
  23. salam ita...wah gojes nye puding berposing...cantik dgn taburan buah stawbery...cantik puding ni bila didouble kan...jd tinggi..yum..yummm

    ReplyDelete
  24. sibuk sgt tadi...ni baru sempat jejalan kt blog kawan2...mula2 tengok update entry tak nampak lagi pudingnya. bila dh view blog baru nmpk puding...alahai....comel betol...terliur tengok..siap posing dengan stoberi lagi tu...ekceli sy teringin sgt nk ada kehidupan di jepon..petang2 jalan2 di taman...tempatnya selamat...tak risau org nk rompak ke ape...kalau ada rezeki...di sana juga sy nanti...heheh....

    ReplyDelete
  25. salam kak ita~
    sangat cantik puding roti akak..kagum menengoknye..kak ita dah lwn futsal blom?dh lame nk brtye psl futsal tp x menyempat sek bz je..hihi

    ReplyDelete
  26. yg nie lg ler tersgt ler cantiknya... rajin ita buat puding ... cantik plak tu kejadiannya... sedapnya

    ReplyDelete
  27. ita...i nk sgt try puding roti with peach berkuah kastard y u buat aritu...blh x u email i asap...pls...tq...hubby n ank i ske sgt puding2 ni...

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete