04 July 2011
Pulut Serunding
salam semua. Sudah beberapa hari tak dapat nak jenguk blog ni dengan kesibukan dan kepenatan yang melanda. Tuan rumah sengal-sengal lagi tak sempat nak jalan-jala dapur orang lain yang semestinya menghidangkan pelbagai masakan yang sedap-sedap.
Seperti yang telah diberitahu sebelum ni ita join main futsal hujung minggu baru ni. Jadinya dari sabtu ada latihan dan hari Ahad hari perlawanan yang sebetulnya jadinya agak sibuk sedikit. Nanti boleh sharekan kenangan ita main futsal dan ceritanya ye.. hihihhihi.
Waktu belek-belek gambar dalam album ni tadi baru perasan yang minggu lepas ada buat pulut serunding ni. Ini adalah gambar minggu lepas ye.. ita buat pun saja nak habiskan pulut yang ada dan ada serunding dari malaysia dalam simpanan lagi. Serunding ni agak pedas jadi lambat la habisnya stok ni. Jadi memang tak pernah buat pulut serunding ni tahu makan je sebelum ni.. tetiba je rasa nak makan dan nak cuba resepi ni.
resepi ni ita guna resepi raidah ni walaupun banyak juga adjustnya. Ita hanya guna serunding dah siap je. Terima kasih kerana berkongsi resepi.
Bahan-bahan:( boleh diubah suai mengikut keperluan isi rumah)
1 kg beras pulut ~ cuci dan rendam sekurang2nya 3 jam dan toskan
2 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Sedikit gula
Air secukupnya untuk mengukus
Bahan serunding:
serunding yang telah siap
sedikit kelapa ( ita guna kelapa kering di letakkan sedikit air)
Ita campurkan serunding dan kelapa kering dengan sedikit air dan goreng hingga rata dan garing.
Untuk pulut :
1. Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam.
2. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap).
3. Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
4. Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata .
5. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan.
Untuk pulut serunding:
1. Ambil sedikit pulut dan kepalkan.
2. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Bolehlah dihidangkan.
kuat betol dia bersukan....senyap sunyi dapur kak ita minggu ni... dah lama tak makan pulut...time balik kampung baru merasa makan pulut. duk sabah ni tak reti pulak nk tanak sendiri. hihih
ReplyDeleteMnyla serunding tu. Mmg nmpk pedas ita. Hehe.. Tringin jugak nk memulut
ReplyDeletewahh...aktif tul ita b'sukan, kalau k'ida heee...dok peram lemak dlm badan jer la, dah la tak pandai b'sukan, malas nk b'sukan lak..
ReplyDeletek'ida pernah gentel bolat2 pulut cam ni, pas tu golek dlm serunding ikan..sedap gak kn
Salam kak! patut lah akak ni slim melim ya, rajin sukan sana sini :D Jalan malam2 nmpk pulut ni sedapnyer!!!! lama dah tak buat serunding sbb tak de kelapa parut, ada pun kelapa kering yg ciput tu jerr hihihi...
ReplyDeletesalam ita.. pulut serunding ni feberet saye..mmg sedap sangat!~ nak2 dapat serunding kelapa tu basah2 n banyak sket, huih x berenti makan... :) meh la pindah sebelah umah, heheh
ReplyDeletewahh sedapnya..suka juga kalau serunding pedas-pedas tu...memang best mkn ngan pulut tu...sibuk-sibuk ita ada juga menu yg berderet-deret tu...nieza ni sibuk berjln jer kejanya..hehe
ReplyDeletesalam ita...sedapnya kalau dpt mkn pulut serunding buat sendiri...lg senang keje kalau dh ada serunding ready made kan.
ReplyDeleteita, kat sana ramai family yg minat sports ke...sronok kalau dapat main selalu mcm tu...enjoy!
ReplyDeletelamanya x mkn serunding malaysia, pedas tu yg lg sedap...klu rasa2 x laku pos je ke nagoya sure licin!he he
kalo rajin bersukan badan cihat minda pow cerdas gitew...pulut serunding ni ayu suka gak...selalu makan yg sedap kat bamboo pekan rabu...perhhh terbaek...lepas ni kena home made la nampaknyer....kiter seropa la k.ita sebab ayu kaki dan urat x ok lagik lepas balek jejln dari disneyland tue :(
ReplyDeletesejak duk sini mmg x penah masak pulut2. hihi.. nampak sedap sangat tu!
ReplyDeleteAssalamualaikum ita...
ReplyDeletenie salah 1 kegemaran akak sekeluarga... biasanya p beli jer pun.. :D. bila ler nak rajin cam adik akak sorg nie... cantik pulut serunding ita tu... nampak sedaaaaap sesangat...
assalamualaikum...singgah nak mamam pulut serunding..
ReplyDeleteakak nie bagus betul..rajin bersukan.. ikut saya pun nak aje tp kesukaran dengan si kecik nie..so, bole takat berjoging aje la (tu pun jarang2x..hehe)
ReplyDeletesedap la kak pulut serunding akak tu..saya datang hulur pinggan kosong nie...ada lagi tak?
nani tu la sakit badan main futsal nani..
ReplyDeletetula izah lama dah stok serunding tu sebab pedas lambat habisnya
kak ida tula ita pun sebab hubby suka sukan past kawan kat sini aktif2 tu yang join gak tu
ReplyDeleteika.. mama slim melimnya takut tgk lemak kat badan bersukan selalu tapi tak juga kurus2 macam mana tu
sha tula .. serunding dari msia tu ita suka gak serunding
ReplyDeletenieza ni minggu lepas punya tau.. hihihi nasib ada menu ni tak le kosong entry
kzai.. hihihih tula rajin ke tak je nak buat..
ReplyDeletekak ena hahaha.. tula ada la juga sikit lagi serunding tu...hihih sini ramai yang minat sukn kak
ayu.. tula akak pun lenguh2 lagi.. masak pulut senang je ayu.. akak ni kurang sikit pulut tapi anak2 suka
ReplyDeleteAs.. tu la ita anak2 suka tu yang memulut tu
kak ruby thanks singgah.. ye kak dah abis tak leh nak mama..:)
ReplyDeleteumie.. anak kecik memang gitu akak nasib la suami memang kaki sukan so sanggup gilir2 jaga anak