17 October 2010

Day3 Kobe



Day 3 kami ke Kobe pula.. dengan menaiki train dari shin osaka hanya mengambil masa 25 minit saja. Patut la jika berpeluang berjalan2 ke Osaka ambil juga peluang untuk kekawasan2 sekitarnya kerana agak dekat dan mudah dengan menaiki train.



Sampai saja di sonnomiya stesen kami berjalan ke masjid kobe. Kami berjalan ke masjid kobe lebih kurang 15 minit juga dari stesen sonnomiya. sepanjang jalan ke masjid banyak jumpa kedai2 halal disekitar masjid. jadi kami ke masjid dulu untuk menunaikan solat zohur.



Setelah selesai menunaikan solat kami ke salah satu restoran halal disini. kami pilih restoren Naan Inn kerana ada menyediakan nasi beriani yang sedap walaupun harga boleh tahan juga iaitu 1500 yen sepinggan. Jadi menu yang kami pilih adalah nasi beriani dan set Nan dengan kari ayam dan diberi juga side dishes yang lain bersama jus mangga. fateh suka sangat dengan roti nan disitu lembut dan sedap. Tak sempat nak ambil gambar makanan sebab sampai saja makanan diatas meja terus je ngap..



setelah kekenyangan kami berjalan semula ke stesen dan terus ke kachoen mae untuk melihat bunga dan binatang2 yang boleh dipegang disini. Dengan tiket 1500 yen seorang, pengunjung boleh melihat permandangan bunga2an yang segar dan memegang beberapa jenis binatang disini. Menarik sekali kawasan ni kerana ia dijaga dengan baik dan dibuat gudang khas untuk menjaga suhu supaya bunga2 ni tetap segar sepanjang tahun. Berbaloi ke sini dengan mebawa anak2 kerana pelbagai aktiviti menarik disini.



Dipintu masuk bangunan ini kami diberi jadual bagi setiap pertunjukaan dan aktiviti yag berlangsung supaya kita tidak ketinggalan pertunjukan dan aktiviti2 yang dijalankan.pada mulanya Fateh tidur jenuh juga dikejutkan tapi sedap sungguh dia tidur , agaknya suhu yang baik ditempat tersebut tambahan wangian bunga yang tergantung buat dia nyenyak je.. tapi bila sampai tempat tengok burung kejut juga bagi jaga sebab rugi biar dia dapat pegang dan bagi makan burung2 tu. Seronok sangat dia dapat pegang dan bagi makan burung, ikan, itik yang berkeliaran.Layan gambar2 dibawah ini sepanjang di Kachoen Mae.



Show all








ini rupa tmpat tu didlm bangunan kelabu ni

5 comments:

  1. kachoen mae
    best yer tmpt nie..
    dpt tgk pinguin n so on..!!
    whoaa.. teringin la nk g..

    hapy family.. :)

    ReplyDelete
  2. bestnyer jln2 ke bwh...akk plan next yr kot insyA. cntik sungguh masjid kobe tuh ek? mcm masjid kat mesia. ita tdo kat hotel mna? mhl x?

    ReplyDelete
  3. kak ita..asyik trlpas train je sy nih..time akak update blog,sy pulak yg sepi..bestnye dpt jln2 kat osaka n kobe..ni ikut hubby akak skali g konferen la ye..best..best..ade penguin bagai lagi tuh..

    ReplyDelete
  4. to zacky .. best kalau pergi memang nak tengok bunga dan haiwan yang boleh pegang... thanks singgah blog akak ye

    to kak ayu.. suami ada conferance kak ita ikut je la.. bagi ita tak la mahal sangat ok la.. hanya bilik tu tak la besar macam hotel kat msia..

    pearlnscraf .. thanks jalan2 memang seronok.. hihihi

    to kamalia.. ye ikut je kamalia dah ada peluang nak pergi sendiri tak tahu bila

    ReplyDelete