Semakin hari semakin malas nak update blog, angin apa yang datang menyerang ni.. untuk tidak melupakan setiap kenangan yang manis di jepun ni harini kuatkan semangat untuk sambung kisah trip ke kansai baru2 ni.. makin lama tertangguh nanti makin banyak entry dan lupa pula.. sayang pula rasanya.. bukan apa bila dah balik Malaysia nanti bila tengok balik kenangan2 di Jepun ni tentu rasa seronok dan rindu.. itu yang memang suka nak share di blog ni..
Hari kedua kami ke Nara. Dari Osaka ke Nara kami mengambil masa dalam 30-40 minit juga kerana pada mulanya kami menaiki keretapi yang berhenti disetiap stesen tapi bila dalam perjalanan nampak keretapi rapid iaitu agak laju jadi kami tukar dan sampai cepat sikit.
Sampai saja di stesen Nara kami terus ke information center untuk mengambil peta dan diberi sedikit penerangan bagaimana hendak ke Nara Park. Kami ke nara park dengan menaiki bas yang disediakan.
Di Nara memang terkenal dengan rusa2 jinak yang berkeliaran dan beberapa shrine disini. Kawasan ini dinamakan sebagai Nara Park agak besar dan pelbagai aktiviti menarik disini. Jumpa je dengan rusa tu Fateh dan fathnin suka sangat sampaikan fateh nak naik atas rusa tu.. Rusa2 ni boleh diberi makan dan ada makanan yang dijual di tepi2 jalan ni dan boleh dibeli dengan harga 150 yen.
Memang sepanjang jalan ada je rusa2 ni, jadi asyik berhenti2 saja sebab fateh nak pegang rusa2 tu.. kami berjalan menuju shrine yang dinamakan sebagai todaiji. Agak tua juga shrine ni 150 tahun.
kami berjalan melalui jalan yang dicadangkan dalam peta pelancongan disini hingga ke stesen Nara. Beberapa tempat pelancongan menarik disepanjang jalan ini. Setelah minum sebentar di mister donut kami poun pulang ke osaka.
No comments:
Post a Comment