18 October 2010
Day 4 Kyoto
Hari ke 4 kami ke Kyoto. Pada hari tu hujan sedikit jadi kami tak plan banyak tempat nak pergi sebab dikyoto memang banyak tempat2 pelancongan tapi kebanyakkannya shrine.. Untuk memudahkan urusan dengan bawa anak2 lagi dalam hujan ni kami pergi 2 tempat je iaitu Kinkakuji ( Golden Pavillion) dan Fushimi inari. Ada juga hajat dihati nak pergi kiyomizu temple sebab cantik jika waktu aki ( Autumn).. tapi sebab tgk daun2 di kyoto ni belum tukar lagi tak jadi nak pergi. Kalau tukar dah warna daun waktu Autumn ni memang cantik sangat. warna warni..
Sampai sahaja kami di Kyoto stesen yang besar, rezeki agaknya nampak 2 orang adik perempuan malaysia yang belajar disini. Jadi setelah bersalam-salaman saja tanya dimana tempat tunggu bas nak pergi tempat menarik di Kyoto jadi diaorang yang waktu tu memang free terus kata diorang boleh tunjukkan tempatnya. Jadi setelah beli tiket semua tu adik2 tu pun balik.. bagus adik2 ni terima kasih sangat2. kami buat pilihan untuk pergi ke kinkakuji dulu sebab untuk ke inari tu kena naik train jadi pergi yang naik bas dulu senang..Di sini ada bas yang boleh dinaiki untuk ketempat2 menarik di sekitar Kyoto. Tiket kalau nak pergi semua tempat dengan satu tambang saja iaitu 500 yen.. tapi kalau nak beli tiket asing atau nak pergi satu tempat je bayar 200 yen pada pemandu tu.. berbeza cara bayar tambang naik bas di Yokohama dan kyoto.. kalau di Yokohama naik bas terus bayar tambang tapi di Kyoto naik dulu bila nak turun baru bayar tambang.. itu pepatah kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.. ye tak..
Sampai je kinkakuji tu tiket untuk masuk ke kawasan ini 600 yen. Jadi kami dapat la melawat disini sambil tu hujan plak tu. Nasib adik fateh baik je.. Dah habis ambil gambar dan ikut route yang dicadangkan dalam peta kawasan ni kami pulang semua ke kyoto stesen dan menaiki train ke inari pula.
Sampai di inari masih lagi hujan nasib renyai2 je... tapi dikawasan ni banyak sangat tangga.. papa bukan nak sangat tengok tempat2 macam ni jadi ita dengan Fathnin je la yang pergi papa pergi tempat jual cenderamata yang banyak di luar kawasan ni dan panjang plak tu.. Lepas dah abis ambil gambar kami pun cari papa dan rupanya papa tengah main kat padang permainan dengan fateh. Sebelum ke padang permainan ni ita jumpa gerai jual buah kaki dijual dengan banyak bagi satu bakuo dengan harga 300 yen je.. murah dan besar2 buahnya. Jadi la buat pelapik perut sebelum kami balik ke hotel. Kami solat di padang permainan tu dan makan buah kaki disitu. kemudian kami pun balik.
No comments:
Post a Comment