18 October 2010

Day 5 & 6 Osaka

Sambung lagi cerita jalan-jalan area kansai ni... Lupa plak nak cerita tujuan ita ke osaka ni ikut suami ada conferance di Osaka. Jadi ambil peluang jalan-jalan kawasan nara, kobe dan kyoto juga sebab dekat. Kalau tak pergi Conferance tak tahu bila nak pergi jalan2 ni.. huhuhu.. Kami pergi awal 4 hari dari tarikh conferance supaya senang nak jalan2 dah abis jalan baru papa pergi conferance.






Untuk hari ke 5 ni kami jalan di kawasan osaka . Itu pun kami keluar agak lewat lepas solat zuhur sebab bagi papa buat persediaan sikit tentang conferance untuk presentation paper yang papa kena buat lepas dah siap semua kami pun keluar. Kami ke Kaiyukan iaitu akuarium antara terbesar didunia. Akuarium ni besar dan pelbagai hidupan laut dapat tengok. Di pintu masuk akuarium ni akan diberi jadual untuk melihat show yang ditunjukkan di sini dan tiket bagi ke akuarium ni 2000 yen bagi dewasa dan 400 yen bagi kanak2. Fateh dan Fathnin apa lagi suka la sangat tengok ikan dan semua hidupan laut ni. Dah abis semua tingkat kami jelajahi kami keluar dan jalan2 di kawasan luar akuarium ni. Dikawasan luar pun ada banyak juga aktiviti2 menarik yang boleh dilakukan antaranya ada shopping kompleks, ferris wheel dan beberapa permainan lain yang disediakan untuk pengunjung. Makanan halal pun senang di dapati kerana ada 2 kedai halal disini.




permandangan dari ferris wheel

Turun je dari ferris wheel kami ke rumah Ros Jintanmanis.com. Memang dah sms dari awal dengan Ros kalau berkesempatan akan ke rumahnya untuk melawat baby wazhif. Alhamdulillah ada masa dan peluang jadi sampai juga kami ke rumah ros. Dekat sangat dengan akuarium ni jalan kaki dalam 10 -15 minit je. Besar rumah Ros ni dan luas.. Terima kasih ros sudi call dan ajak kami kerumah hanya ralat tak bergambar plak haritu sebab rancak sangat berborak. Kali kedua kami bertentang mata sebab sebelum ni ros pernah menghadiri open house yang ita dan kawan2 anjurkan.



Hari ke 6 ita jalan dengan anak2 je sebab papa ke conferance. Mula risau juga sebab kat yokohama pun tak pernah keluar dengan anak2 je tanpa papa kalau ke bandar ni kan di Osaka tapi sejak 5 hari jalan2 diosaka ni nampak jalan keretapi nya mudah dan amat informatif sekali. Tak rasa takut dan senang. Jadi ita kuatkan semangat pergi ke Osaka Castle. Kami ke osaka castle menaiki subway yang perlu ditukar 2 kali dan perlu berjalan agak jauh juga lebih kurang 20 minit sebab kesian juga dengan fathnin kena jalan banyak tapi memang alhamdulillah sangat anak2 mama semua baik pada haritu jalan baik tanpa meragam pun. Jadi perjalanan jadi lancar dan mudah.





Sampai je di Osaka castle tu untuk masuk ke dalam castle tu kena bayar 600 yen. Jadi ita beli tiket dan terus bagi pada penjaga tiket tu seba bali tiket pun di mesin tiket. Bila penjaga tiket tu tanya ita nak bawa stroller ke tidak ita jawab nak sebab tak larat nak dukung fateh biar dia duduk dalam stroller je. Rupanya jika bawa stroller ada laluan khas yang disediakan dan akan dapat naik ikut elevator tak perlu panjat tangga. Alhamdulillah keputusan yang tepat memilih membawa stroller.hihihi.. kalau tak penat nak angkat stroller dan fateh dengan tangga yang curam tu.. abis je tengok2 barang sejarah disatu2tingkat ita akan tekat punat elevator di pintunya dan ada caranya plak tu.



Yang menariknya didalam castle ni di tingkat no 2( kalau tak silap) rasanya ada tempat untuk menyewa baju kimono untuk perempuan dan baju khas untuk lelaki dengan topi dan pedang untuk bergambar dengan harga 300 yen. Jadi ita ambil peluang untuk pakai dan waktu tu fateh nampak je ita sedang menyarung baju tu dia dah mula menangis sebab dia ingat ita nak pergi mana agaknya.. kena la cepat2 ambil gambar dan tak perasan waktu tuan kedai tu selitkan bunga di tudung tu senget tudung ku.... jadi tak memuaskan hati plak rasa gambar tu.. hihiihi.. habis je melawat kawasan castle ni kami berehat2 sambil bagi anak2 makan roti dan aiskrim sempat juga ita jalan2 dikedai cenderamata di kawasan tersebut.





Sambil duduk2 tu terfikir papa habis conference lambat lagi jadi nak kemana pula.. tengok dalam peta osaka jadi ita plan ke Dotonbori. Anak dah kenyang kami berjalan semua ke stesen subway dan ke Dotonbori. Kawasan ni banyak kedai2 yang berjenama dan laluan shopping selain beberapa simbol yang besar dan terkenal disini. Kalu nak tengok lebih jelas boleh baca di link yang ita tunjukkan di atas nama dotonbori tu. Waktu jalan ni papa call cakap dah abis conferance dah jadi ita suruh papa ke kawasan ini untuk jalan2. sambil tunggu papa ita jalan2 dengan anak2 dan sempat juga ke kedai kain disini dan rasa rambang mata pula tengok kain cotton jepun yang banyak jual dan agak murah. Sempat juga beli 2 helai. Lepas dah jumpa papa kami jalan di kawasan sekitarnya..

x; text-align: center; cursor: pointer; width: 293px; height: 400px;" src="http://1.bp.blogsp

5 comments:

  1. Ita! pandai jalan sendiri eh. hehe.. nasib baik 2 orang dah agak besar. nampak seronok dan menarik jugakkan. Nanti boleh jln kat belah atas pulak. ;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak ita! amboiiiiii org atas ni pun berjalan akak pun berjalan jugak sana sini g jalan2! jeles sungguh mata kita yg tengok ni hihihi... bestnyerrr!!!!! nihon ikitaiiiiiiiii!!!!

    ReplyDelete
  3. bestnye akak...kami ni pun xtau bile nak pi jln2 nih..berani jugak ye kak jln2 sndri..trgelak sy bile bace yg fateh nangis bile nmpk akak tukar baju kimono tuh..hahaha..mesti die dah risau,manala mama nak pi lagi nih?

    ReplyDelete
  4. bestnya kak jenjln. tak penah sampai agi area sana. nanti kalo terpegi leh tgk balik semua entry akak ni tempat2 best kat sana (^o^)

    ReplyDelete
  5. to as.. yela boring kalau nak tunggu hubby habis conferance baik jalan sendiri nasib baik train kat osaka benri...

    ika.. nihon ni ikimashou.. hihihi.. kebetulan husban ada kerja ikut je la.. kalau tak tahu bila nak sampai..

    to kamalia.. hihihi.. tula lawak je fateh tu.. tak leh mama pelik sikit suka nak nangis

    to murni.. tak pe murni bila2 leh gi tunggu joe cuti je... banyak juga tmpt murni tapi banyak shrine.. akak ni gi naik densya pilih mana yang senang je

    ReplyDelete