22 September 2011

Kek Karamel


Salam semua. Semalam seharian tak sempat nak menghadap blog, mulanya plan malam nak jenguk blog sekejap nak update apa yang patut paling tidak balas komen tapi tak sempat. Mulanya nak tidurkan anak-anak baru tenang tengok blog tapi dengan mamanya tidur sekali. Maklum la semalam ada angin taufan yang lalu di kawasan rumah ita ni jadinya suami tak ke Universiti dan malamnya ada bola Jepun lawan Malaysia semalam hari untuk bersantai-santai sambil mengawal anak-anak yang suka sangat mengganggu papanya yang buat kerja dirumah.Jadinya hari ini ambil masa awal sikit untuk menjenguk blog ini. Terima kasih bagi kawan-kawan yang datang dan bertegur sapa dengan ita, ita amat menghargainya.

Hari ini ita nak cerita tentang kek karamel yang sedang melanda di blog-blog kawan-kawan. Ini semua virus kak Azlita la ni. Geram dengan kek karamel kak ita yang tulus mulus dan cantik itu. Sebenarnya ita ni puding karamel atau kek yang mengunakan telur yang banyak ni memang takut sangat nak cuba. Bukan apa kalau tak jadi atau tak sedap nanti ita seorang yang kena habiskan sebab suami dan anak-anak memang tak suka makanan yang berbau telur. Jadinya tangguh je nak cuba resepi ini. Tapi bila tengok dah 2 kali kak Azlita tunjukkan kek karamel ni jadinya nak cuba juga. Ita guna loyang 5 inci je. Kecil je kek ita ni. Alasannya takut nak pecahkan telur yang banyak dan takut tak jadi nanti buat kek besar-besar ita seorang yang kena habiskan. takut mok mok plak nanti.. hihihihihi




Ita baca semua tips yang kak Azlita bagi dan ikut sebiji-biji orang kata. Mula waktu pukul telur kuning untuk adunan kek tu macam tak berapa gebu je. lama ita pukul, rasa macam dah frust dah maklumla ita gunakan 1/2 adunan dari sukatan yang kak Azlita bagi jadinya sedikit adunan tu, nak pukul pun susah sebenarnya Alhamdulillah berkat sabar menjadi juga akhirnya walaupun tak la selawa kek kak Azlita. Siap je kek ita ni Fathnin terus je nak makan ita ambil gambar pun cepat-cepat je tambahan hari nak gelap dah kat sini. Tapi ita ikut kata kak ita kena sejukkan dulu kalau nak potong jadinya ita masukkan dalam peti sejuk sekejap. Sedap tau kek ni.. anak-anak ita makan separuh kek ni.Hanya betul la kek ini bila ita terbalikkan banyak plak air dia.. jadi ita kena lap dan basah sikit bawahnya.. Takpe la pertama kali buat tentunya tak perfectkan.. nanti banyak kali cuba tentu tahu kelemahan kat mana.

Baikla mari kita lihat resepinya. Resepi asal dari Munirah baharum dan kak Azlita telah ajarkan step by stepnya. Terima kasih pada tuan resepi dan kak Azlita sebab tunjukkan step by step yang memang kalau ikut betul-betul akan jadi InsyaAllah.Jadi bagi yang nak tengok step by step itu dengan gambar yang lebih jelas dan cantik boleh ke blog kak Azlita. Izinkan ita kongsikan disini ye kak Azlita.



Kek karamel

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan

Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
  1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.



Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  1. Belang- belangkan adunan
  2. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  3. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  4. Akhir sekali dengan satu sudu.
  5. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Tip dari kak Azlita
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

40 comments:

  1. meleleh air lioq tgk
    pernah buat sekali kek karamel ni x der jadi secomel akak buat ni...buat kek ni lepas makan kena senaman sbb banyak giler lebihan lemak lekat kat badan...ayu dah lama mkn makan kek lepas raya hari tue sebab diet kek...but kek ni mmg sedap giler la

    ReplyDelete
  2. jeles! jeles! jeles! aiyyyyaaaakkkk! nak buat jugek! tapi tula...takot mok mok bak kata kak ita...heheh...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...sedapnyer...bilala nak try nih..minta izin kopipes resipi yer. thanks..

    ReplyDelete
  4. Waduhhhh..cantiknya kek karamel ita.. Kak nadz buat, karamelnya tak licin dan mulus cam ita nyer sbb kacau kuat sgt masa nk buat adunan karamel tu.. Tp rasa mmg mantopppp... Kak nadz pun takooootttt sgt nak buat resepi yg guna bnyk telur.. kang jadi cam ita jugak lah.. Itu akak buat pun sbb bawa gi jamuan raya so tak de masalahlah nak perabis..hihihi.. Kalau buat kat rumah jer, rasanya tak buat lah akak atau buat sikit jer cam ita..

    ReplyDelete
  5. Assalam Ita,
    cantiknyaaa.... tabik sepuluh kali kat Ita, suka sangat kakak tengok! mesti sedap...warnanya pn sangat menarik.... ada warna 2 pastel...

    ReplyDelete
  6. wahhhh..ita pun dah buat kek caramel ni...
    cantikk la..
    nanti mas pun nak buat gak...

    ReplyDelete
  7. aduh...dah lama dok terbayang kek karamel ni...dah sempot kat rumah kak ita... ita pun dah cuba..aduhhhh memang tergoda sesangat

    ReplyDelete
  8. kalau la sy ni berjiran dgn akak kt jepun, tiap2 hari sy kecek apa yg akak masak hihik..

    ReplyDelete
  9. jay .. thanks jay

    ayu.. tula ayu anak buat 1/2 adunan je tak tahan dugaan betul nasib gak buat 1/2 adunan bila dah sejuk sedap plak kek ni.. hahaha so tak banyak makn sikit je.. hahahah

    ReplyDelete
  10. nani.. tak yah jeles akak punya biasa je tak cun sangat kak azlita punya cantikkan.. cepat buat nani

    kak rubiatun sila2.. itu saya copy dari kak Azlita

    ReplyDelete
  11. kak naz.. ita pun mula takut gak.. tula ita tak kacau kuat sangat takut tyak lawa..

    kak amie thanks kak. ita punya ni biasa2 je kak.. kak azlita punya lawa kak

    ReplyDelete
  12. mas cuba a mas tak susah sangat sebenarnya.. sedap lak tu

    sue.. cuba jangan tak cuba sedap kek ni

    ReplyDelete
  13. sue thanks.. alhamdulillah biasa2 je sue

    intan.. hahaha.. kalau sikit macam ni nak bagi sikit pun tak cukup intan.. hahaha

    ReplyDelete
  14. cantik kaler dia..terasa dah dok sejuk kat tekak ni..hehe..

    ReplyDelete
  15. Cantik nya kek yg Ita buat ni. Sebenar nya kek karamel ni mula di perkenalkan oleh Yani tapi sekarang ni di marblekan pelbagai warna. Along ada gak buat versi original tu tp belum cuba yg warna-warni ni lagi.Nnt satu hari kita buat lagi.

    ReplyDelete
  16. wow!! solid molid... mengguda you!!

    ReplyDelete
  17. wa.. dah sampai ke jepun kek ni.
    Gebu dan menarik. Bundo takut nak buat.Takut tak menjadi.

    ReplyDelete
  18. Pitam2 sshnya nak buat, kalau ke Yokohama nk request kek ni la boleh? Wuwuwu

    ReplyDelete
  19. farhana _ teknik jasinSeptember 23, 2011 at 1:59 AM

    Salam cikgu, sy singgah lagiik. N kali ni sy singgah tepat pd waktunye ( br 10mnt kluar kan kek keramel yg x jadik dr oven ). Ermm, klo bukak page cikgu ni slalu teruje jer. Kali ni dgn kek keramel cikgu pulak. (sbb sy punyer x jadi tu kan.) sy pun guna resipi kak azlita,,, tp langgar sikit je peraturanye. Sori kak azlita, pasni sy ikut bulat2 yer cara akak buat tu. ;-)

    Sy xdpt jejak cikgu di mukabuku. Maybe cikgu boleh add sy? 'cik puan rafy raffie'.

    ReplyDelete
  20. cantiknyer kek ita ni...lama dh nk try buat tapi lum ada kerajinan...pasti sgt sedap ni...sbb combine puding ngan kek...

    ReplyDelete
  21. cantik dan mengoda rasa...teringin nka buat tapi bila tengok banyak sangat step resipinya..hanya mampu menjamu mata je lah..

    ReplyDelete
  22. Assalam Ita...

    lama tak tinggal jejak kat sini.. kes malu sbb blog sendiri sunyi... hehe..

    akak dah lama simpan resepi ni Ita.. tp tak terbuat2 jugak.. dah pernah rasa sekali masa kazen akak buatkan utk besday anak akak aritu.. mmg sedap.. lembut & gebu basah2 gitu.. mmg best!

    mmg nampak comel jer kek ita ni kan.. potongan tu dah sama besar dengan saiz telur.. hehehe... cute jer.. warna pilihan Ita pun cun.. haii..bilalah akak rajin nak mencuba ni yer...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum ita cayang...
    tergodaaa... menarik... mmg cantik... akak bertambah2 ler tergoda tgk... adeeh.. tp akak x berani lg nak cuba... hehehehee.. x per ler kan.. akak jamu mata jer kat dapur ita nie dulu.... mmg cantik!

    ReplyDelete
  24. nampak sedap tapi gerun pulak tengok cara masaknya....sebenarnya, dasar tak jadi

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Ita..Saya pun baru je berkira-kira nak wat juga cuma tak tau bila jee...

    Dan pasal bau telur tu..saya ada satu petua..Masukkan sikit air jintan manis kedalam adunan tu...

    Cara nak sediakan air jintan tu...Ambik 1/2 sk jintan manis, tumbuk kat lesung..bila dah hancur, masukkan sedikit air dan ramas2...pastu tuang ke dalam adunan...InsyaAllah kuih kita tak bau telur....

    ReplyDelete
  26. Assalam..ita.mengancam betui kek karamel tu....

    marina

    ReplyDelete
  27. cantik kaler dia..nmpk meriah..heeee

    ReplyDelete
  28. ana.. tula makan sejuk2 sedap..:)

    Along.. oh ye ita ingat kek tu.. hanya kek ni lapisan karamelnya sikit.. sedap kek ni ye

    ReplyDelete
  29. kak gee... tak solid sangat la kak.. ada gak gerutunya tu.. hihihih yang penting sedap

    ibundo.. ye kak naik jet kak sampai laju sikit..:P

    ReplyDelete
  30. hanis.. boleh tapi kena bagi tau awal tau.. hahaha

    farhana .. saya dah add kat mukabuku tu..:)

    ReplyDelete
  31. kak ida buat kak jangan tak buat sedap kak puding ni


    suri solehah.. cuba la buat belum cuba belum tahu sedap tau kek ni

    ReplyDelete
  32. kak madiha.. tula kek ita ni kecil je .. takut sebenarnya nak buat takut tak jadi.. hahahah

    kak diana.. jangan gitu cuba la aka lagi pandai buat macam2.. tentu jadinya

    ReplyDelete
  33. ida.. jangan gitu cuba dulu kalau tak tak tahu jadi ke tak .. ikut tips yang diberi insyaAllah jadi

    sue thanks atas tips tu ye.. nan ti boleh la praktikan

    ReplyDelete
  34. marina boleh cuba .. sedap kek ni.. tak add lagi saya kat FB kan..

    anum boleh buat warna2 lain juga..:)

    ReplyDelete
  35. MasyaAllah...cantik betul kek ni pd akak Ita oiii...memg menjadi sakan dah tu...nampak gaya nak kena meneraii gak laaa :).. Nak kena baca doa byk2 nih...takut x jadi...hehe

    ReplyDelete
  36. sedapla ita....mmg yummy semua resipi ita

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete