06 June 2011

Nasi Ayam Halba & Ayam Panggang ala Chinese



Salam semua. Badan masih sengal-sengal lagi akibat perlawanan badminton semalam. Nak tahu keputusannya alhamdulillah, bagi acara bergu campuran ita dan suami ada membawa balik hadiah...:) Nak tahu nombor berapa nanti ita ceritakan di lain entry ye sebab badan yang sengal tak abis lagi jadi kita tengok menu yang ita masak hari ni.

Kalau dirumah ita ni menu yang macam ni memang laku. Jadi ita memang suka masak nasi berperisa disebabkan kombinasi lauk dan sayurannya biasanya kita boleh rancang. Jika ita masak nasi putih terkadang sampai pening nak memikirkan lauk apa. Bukan apa bila masak kena juga tengok kesesuaian untuk anak-anak dan suami juga. Bukan saja lauknya untuk sayurnya juga kena fikirkan kesesuaiannya. ..:)

Untuk resepi ini ita geledah di dapur kak hana. Ia seperti nasi ayam biasa hanya tambahkan halba bila nak memasaknya. Bila buka sahaja periuk nasi selepas nasi siap dimasak terus menerkam bau halba tersebut.. sedap baunya. Okla ita simpan disini ye resepinya kak hana.. terima kasih...

AYAM PANGGANG ALA CHINES
E
sumber : paty`s kitchen
Dari : hanamemories

Bahan-bahan

* 1 ekor ayam
* 3 sb marjerin/mentega
* 1 sb madu
* 2 sb kicap cair
* 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia - ita juga
* garam dan lada sulah

Untuk Sos - ini hanya anggaran kasar boleh diadjust mengikut kesesuaian

* 2 sb sos tiram
* 2 sb kicap pekat
* 1 sb kicap cair
* 2 sb air rebusan ayam
* 1 sb madu - hana tambah
* 1 sk minyak bijan
* 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air

Cara-cara

* Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
* Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
* Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.



10 comments:

  1. betul k.ita kat umah ayu pow menu gini laku...adam selalu hirup sup sampai lincin...mkn ngan recipe yang akak letak dulu tue pow sedap..yg ayam panggang ala kenney rogers...malatop....@___@

    ReplyDelete
  2. Ita..sedapnyer nasi ayam..dh lama juga akak tak buat nasi ayam kat rumah ni..asyik beli jer..

    ReplyDelete
  3. Salam Juwita. Sedap menu2 gini, anak2 ALong mmg suka.

    ReplyDelete
  4. Nasi Ayam Halba dengan Ayam Panggang ala Chinese nak 2 set. Pas tu, air bandung soda 2 dan ais kosong satu ye dik... cepat sket eh, akak dah lapau dah ni... :D:D:D

    ReplyDelete
  5. Aslmkum ita..lama jugak tak buat nasi ayam.. buat sendiri mmg best kan.. mcm2 boleh boh extra.. bab nk memanggag ayam tu yg lemah sikit..

    ReplyDelete
  6. ayu.. memang ayu tak pening kepala nak masak kan.. tambah ada sup sedapnya masuk tekak

    ReplyDelete
  7. kak noorma.. ye kak ita pun lama tak buat tu yang buat tu

    ReplyDelete
  8. along.. anak2 ita pun suka .. mama senang hati nak bagi makan

    ReplyDelete
  9. mama.. hihihi lawak la.. jauh la mama.. hihihih..

    ReplyDelete
  10. kak zana.. ita suka panggang sebab senang tak berminyak lagi pun masuk je dalam oven sambil tu leh buat kerja lain

    ReplyDelete