Salam semua. Selamat malam. Jika di Jepun sekarang dah kira tengah malam mana taknya sebab sekarang isyak masuk awal lebih kurang pukul 6 petang waktu Jepun dan pukul 5 waktu Malaysia. Kalau di Malaysia orang tengah berpusu-pusu balik kerja dan bersiar-siar di taman jika disini lepas je solat isyak kepala mula nak cari bantal tambahan sejuk sedap je duduk dalam selimut..:)
Disebabkan lama sangat tidak menaip disini gagahkan juga untuk membuka laptop dan mencoretkan sesuatu supaya blog ini tidak tinggal sepi je. Memang bagi ita bila ita lihat sahaja tahun-tahun lepas bila masuk je musim sejuk blog ita ni pun bagaikan beku je. Tak banyak cerita dan entry yang ita masukkan mana taknya nak jalan pun sejuk, nak ke dapur selalu pun sejuk jadi mood sejuk je sentiasa jadinya blog pun sejuk je tak de banyak cerita.
Resepi pau ni ita lihat di blog Table for 2 or more, suka sangat pau yang ditunjukkan di blog ni. Comel-comel.. dulu ita buat Pau keledek bunga ros tu pun dari blog ni juga. Hanya ita tak buat bentuk seperti dalam blog tu disebabkan ita nak letak inti jadinya tak boleh buat bentuk "candy Cane' tu. Anak-anak dan suami kalau ita buat pau kena ada inti tambahan kacang merah cepat je habisnya, ita ada juga buat yang kosong tapi kurang mendapat sambutan yang ada inti juga yang habis cepat.
Bagi ita, ita suka resepi2 dari blog wendy ni pau nya gebu dan sedap.. tak jemu untuk mencuba memakan pau tersebut tambahan bentuknya juga menarik. Untuk resepi ini ita telah alih bahasakan namun untuk cara bentuk pau ita tu ita ada ambil gambar tapi ada gambar yang tak lengkap . Namun ita hanya terangkan mengikut gambar apa yang ada ye..:) Terima kasih buat wendy diatas resepi pau yang sedap ini. Bagi yang ingin membuat bentuk asal resepi ini boleh ke blog wendy.
Pau Bunga dari resepi Candy Cane Steamed Bun
Bahan-bahan
1 sudu kecil yis
125 ml air suam
Secubit gula
( bahan-bahan diatas dimasukkan kedalam satu mangkuk dan dibiarkan ia berbuih)
250 g tepung pau
50 g gula
13 g 'shortening'
1 sudu kecil baking powder
Pewarna merah dan hijau
Inti kesukaan
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan inti ke dalam breadmaker. Tekan butang uli dan biarkan ia diuli sekata selama 15 minit. Jika masih belum sekata dan agak lembut tambah masa menguli tersebut.
2. Jika ingin membuat bentuk"Candy Cane" boleh la membaca cara-cara di dalam bahasa inggeris dibawah.
3. Setelah diuli sekata ambil doh tersebut dan bahagikan 2. Satu diletak pewarna merah dan satu lagi diletak pewarna hijau.
4. Uli doh berkenaan sehingga warna sekata.
5. Tutup doh berkenaan Biarkan doh yang telah diuli selama 30 minit.
6. Setelah itu untuk membuat pau bunga bahagikan setiap warna kepada 10 bahagian.
7. Ambil satu doh dari kedua-dua warna canai nipis .
8.Setelah itu potng bahagian tengah pau tersebut dengan pemotong seperti didalam gambar dibawah.
9. Kemudian lapiskan kedua-dua warna tersebut.
10. Letakkan inti diatasnya dan sapukan rata di sekeliling doh bekenaan.
11. Pintal kedua-dua doh tadi dan menjadi satu tali yang panjang dan simpul seperti bunga.
12. letakkan diatas mangkuk kertas dan biarkan ia naik 2 kali ganda.
13. Kukus dengan api yang besar selama 12 minit setelah kukus dipanaskan.
Ini resepi asal pau tersebut
Candy Cane Steamed Buns
Recipe Created by : Wendyywy
1tsp instant yeast
125ml water
Small pinch of sugar
250gm pau flour
50gm sugar
13gm shortening
1 tsp baking powder
Green and red food colouring
1. Mix yeast with water and pinch of sugar. Stir and set it aside for 10 minutes. It should look frothy later.
2. Mix pau flour, sugar, baking powder together. Put in shortening and frothed yeast mixture. Mix together until a rough dough forms.
3. Split dough into 2, about 220gm each. Add food colouring to each part and knead until a smooth soft dough forms. Cover and let dough proof for 30 minutes.
4. Make 15gm of dough balls from each colour, you will get about 14, roughly.
5. Roll each ball into long strands, about 5-6 inches long.
6. Take one strand of green and one strand of red dough. Twist both together and form a cane. Place on a piece of greaseproof paper.
7. Repeat with all other dough strands until done.
8. Let shaped dough proof for 45 minutes (covered).
9. Steam on high heat for 12 minutes. Best served when hot, reheat by steaming if needed.
Oishii sou Nak rasa
ReplyDeleteDasar pemalas nk buat ni
Kena terjah jmpa akak b4 akak blk for gud
Masa haru oke kot sbb yuku yasumi akak Ada plan lain @_@
ha ita...dah tidur ke...kita kat m'sia ni tak terlelap pulak... cantik je nampak pau tu, memang rajin sungguh la... jangankan nak berbunga2 camtu, buat yang biasa pun asyik fail aje
ReplyDeleteSalam kak Ita,
ReplyDeleteMusim2 sejuk macam ni lah ye, macam beku je. ehhe.. tambah pulak hari cepat gelap. Saya ambil kesempatan cuti skarang nak memasak dan ambil gambar sikit. hari tak cuti alamatnya susahlah :)
Cantik pau bunga akak. Saya suka background merah dengan bentuk2 love kecik2 tu. cantik :)
amboiii...sejuk2 pon rajin mengpau yer... cantek pau bunga tu... kombinasi kaler yg k.gee suka...
ReplyDeletecantik.. nampak kenyal2 pun ya juga..;)
ReplyDeleteAssalam Juwita ku cayanggg...hehe.. Amboiii balik dr bercuti2 ke..lama x berasap...aleh2 mengukus pau bunga2 gitu...cantiiikk...tp x reti nak buat tgk berbelit2 tu Ita, akak wat pau molaattt jek laaa...hehe
ReplyDeleteRajinnya. Teringin nak cuba tapi rasa cam malas sangat.
ReplyDeletesalam Ita & family..sihat ye disana? cantiknya kuih pau...hehe
ReplyDeletesalam ita...comey pau ni, dwi kaler lg....:)
ReplyDeleteamboi lawanya pau..huhuh
ReplyDeletefuhhhh mmg mengancam betul pau tu...nk mkn pun sayang ni...hihihi
ReplyDeleteSalam Kak Ita...rajin tul akak kita sorang ni...kaler2 lagi paunya
ReplyDeletealoorr sweetnya dikkk
ReplyDeleterajin tul ita nie
jeles akak
cantik lak tuu :)
oh tidak..cantiknye kak..rs xsanggup nk mkn klau camni.:)
ReplyDeleteAslmkum Ita
ReplyDeletebila cuaca sejuk mmg cepat je nak tarik bantalkan...sinipun pukul 5 dah gelap..masuk maghrib.
cantik pau bunga Ita tu...kreatif sungguh...
assalamualaikum ita..sihat ke tu? musim2 sejuk mmg sedap duk bawah selimut je kan. tapi perut tu lapar jugak. hehe..
ReplyDeletecantiknya pau, tak dpt nak imejin cemana nak simpul mcm bunga tu. lawa betul
Assalam Ita, sama lah kan kat sini pun sejuk beku ni rasa malas dan lemau jer nk update..akak hujung thn ni nak merayau dan shopping jer kejanya..hehe tgh sale kan sekrng ni.
ReplyDeletecantik ler pau bunga tu...rajin tul ita buat bentuk gitu menarik tu:)
salam ita, lama tak jln2 sini tp dah agak dah dapur ita sure meriah aje..hehe..lawa betul pau tu
ReplyDeleteAslmkm & Selamat Thn Baru 2012 Ita.
ReplyDeleteWalaaa... rajen giler ni... mata Along pun terbelit nengok nya....hehe.
happy new year Ita & family! wahhh menareknya recipe kat sini.. kami rasa gambar2 pun cantik2 buleh buat buku resipi :D
ReplyDeleteAssalam ita,
ReplyDeletequite sometime juga akak tak kemari..kemarin ingat nak singgah tapi dah sibuk nak packing untuk pergi holidays, terpaksalah simpan dulu..hehe.. gamabr2 ita memang makin hari makin cantik..terpegun akak tengok..
Salam... Hi Kak Juwita, Nur harap akak sihat.. Biasalah tu kak, mood blogging ni memang ada pasang surutnya.. Nanti dah ok, update entri baru ye.
ReplyDeletePau ni nampak sedap sangat.. Memang tak pernah nampak pau macam ni kat Malaysia.. (kira jakun la nih hehe..)
rumit jugak buat pau ni tapi nampak menarik je..
ReplyDeletecantiknya pau tu ita... gabungan warna yg sgt cantik.. menarik..
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeleteterjumpa blog ni dari facebook. nak tanya tepung pau n shortening dlm bhsa jepun ap ek? yg ad jual kat supa...huhu~ cam teringin nk buat lak.
tq :)