21 December 2011

Cinnamon Pull Apart Bread




Salam semua. Semoga hari ini seceria sang mentari yang memancarkan cahayanya. Minggu ini Yokohama sangat baik cuacanya walaupun dalam kesejukkan. Matahari yang memancar memudahkan proses untuk menjemur pakaian. Alhamdulillah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.. sebagai hambanya rasa amat bersyukur.

Dua tiga hari ini ramai kawan-kawan di blog yang menunjukkan hasil membuat roti ini. Ita tidak ketinggalan untuk membuatnya disebabkan teruja dengan komen dan hasil yang ditunjukkan menyatakan roti ini amat sedap. Bagi ita ianya benar.. memang sedap.. tambahan ia lembut dan manis tambahan bau serbuk kayu manis yang ditabur menyemarakkan lagi selera untuk menjamahnya. Betul kata kawan-kawan yang telah mencubanya bau yang terhasil sewaktu dibakar membuatkan tidak sabar untuk merasa roti ini. Ini adalah roti kali kedua yang ita buat. Roti pertama habis dimakan oleh anak-anak sewaktu panas.



Sewaktu roti ini siap diadunan, teksturnya lembut dan lembik sedikit. ita gunakan sedikit tepung untuk membentuk roti. Bila sudah dimasak ia akan naik dan gebu betul...:) Tapi ita tak la potong banyak bahagian roti ini dalam 16 keping sahaja tak silapnya.. jadi roti ita nampak seperti dalam gambar-gambar tu. 2 kali buat jadi macam tu juga.. kalau nak roti yang berlapis-lapis rapat canai lebih nipis dan potong banyak keping lagi ye... Terima kasih buat Joy the baker yang berkongsi resepi. Ita kongsikan resepi yang diambil dirumah kak Nor. Terima kasih kepada semua ye..:)


CINNAMON PULL APART BREAD


Bahan untuk doh
2 3/4 cawan + 2 tbs tepung
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs mentega
1/3 cawan susu penuh krim
1/4 cawan air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

Untuk isinya

1 cawan gula kasar - ita letak 3/4
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - ita tak letak sebab tak de
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and garam. Ketepikan
  2. Pukul telur, ketepikan
  3. Dalam periuk kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract.
  4. Biarkan seketika sehingga adunan menjadi suam2 kuku.
  5. Tuangkan adunan susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk.
  6. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cawan tepung, dan uli sehingga sebati.
  7. Adunan agak lembik sedikit.
  8. Masukkan doh kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak.
  9. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
* ita menggunakan Bread Maker jadinya ita masukkan semua bahan cair dahu kemudian baru bahan kering dan tekan butang doh. Tunggu hingga siap doh berkenaan sebelum di canai.


peringatan: doh yang telah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

Untuk mencanai doh
  1. Ambil doh dan canai senipis yang disukai, Ita buat agak tebal.
  2. Letakkan mentega yang telah dicairkan diatasnya dan sapu rata.
  3. Tabur campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secara rata.
  4. Potong berbentuk segiempat sama semua doh yang telah dicanai tadi
  5. Bolehlah disusun didalam acuan kesukaan, ita menggunakan acuan roti buku.
  6. Disebabkan cuaca agak sejuk di sini untuk menaikkan 2 kali ganda ita masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 100 c selama 10 minit kemudian bakar 180 c selama 20 minit.
  7. sedap dimakan sewaktu panas..:)


*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.




21 comments:

  1. sedap bau roti cinnamon ni
    biler nk try plak ni
    kena tgk mood gak
    lately mood pemalas jer
    apa nak jadi ni issyyy

    ReplyDelete
  2. wahhh.. roti ni dah sampai ke jepun..
    maklong gak yang ketinggalan.. jamu mata ita punya roti pun jadilah..
    selalu beli roti yang pitpot2 bawak je.. hehe..

    ReplyDelete
  3. salam kak ita^^..
    nampak sgt sdp la roti ni..teringin nk cube..tpi merajuk buat roti tak jadi hari tu belom hilang lagi..hehe..
    mungkin bile dah cuti skolah nnt kne paksa diri cube buat..

    ReplyDelete
  4. Sampai sini dah roti kayu manis ni...memang manissss...jenguk2 jap...nak mintak...alahai! jauhnya...:)

    ReplyDelete
  5. wahhh....CPAB mania skang kn....sedapp x jemu mkn....kene wat lg nih...geram jer nengok....

    ReplyDelete
  6. akk pun dah selesai round 2 n nk masuk rnd 3 .. tunggu rakyat jelata dlm rmh ni ramai sikit.. hihihi

    ReplyDelete
  7. Tergoda pulak roti ni. mesti bau dan rasa sedap!
    *Ita, nmpk cinnamon stick tu, beli kat sini ke bwk dr msia? besar dn pnjg2 kan!

    ReplyDelete
  8. kak ita bestnyaaa nak cikit nyum2...

    ReplyDelete
  9. arghh lapar dah ni pagi2 tgk roti ;)

    ReplyDelete
  10. uwaaaaa..dah buat gak ya roti ni...bilalah akak nak meroti ni..makan time panas2 yg baru kuar dari oven mmng bestkan...

    ReplyDelete
  11. mesti wangi semerbak jer satu rumah ita bila bakar roti ni..bila2 ler boleh try ni

    ReplyDelete
  12. salam lame xsinggah umah kak ita...sedpnye nmpk cinnamon nihhh adooyaii apekan daya badan masih xkuat nk mengadun roti......kene kiv resepi ni..bile dah sihat br leh balas dendam buat ehhehe

    ReplyDelete
  13. wah! dah ramai yg buat roti ini... agaknya musim sejuk2 begini sesuai makan roti kot... teringin nk try la pulak...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak Ita..wahhhh cepat betul virus CPAB ni merebak yaaa..dah sampai Jepun pun....Korang kat Mesia ni jugakkkk yang duk tgk kat dapur orang lain jeeeee

    ReplyDelete
  15. ita CPAB dah landing kat Japan ye bila nak landing kat penang pulak ni:(

    ReplyDelete
  16. akhirnya... sampai gak CPAB kat dapur ita :)

    sedap kan :)

    ReplyDelete
  17. siang td visit dapur kak nur secubit garam nampak roti ni..kali ni muncul di japan pula..kompom roti ni sedap kan ita..pandai ita buat..kak mieza mmg suka cinnaon jd kak mieza pasti roti ni mmg mabeles! Tapi akak tak pandai meroti jadi telan air liur je la tgk roti ita ni...terliur!

    ReplyDelete
  18. Akk sy pun dah cuba roti ni..sedap kan ..tp ade sikit hangus..hehe.xpe nextime nk buat lg..
    Akk terima kasih doakn ank2 sy ye..harap ank2 kita semua sntiasa sihat.)

    ReplyDelete
  19. kak ita! akibat tgoda tgk roti akak, semalam dh try jugak resepi ni...fuh, keluar oven je trus mkn.lupa diri nk diet.sedap sedap sedappp..
    sy buat nipis2 dpt 2 bekas roti yg kecik..lembut n sedap. wangi plak tu.. tq!

    ReplyDelete