06 August 2011
Roti Jala & Kuah Kari
Salam semua. Moga hari ini memberi keberkatan pada kita semua. Maaf semalam tak sempat nak membalas semua komen-komen kawan-kawan yang datang berkunjung. Terima kasih diatas kunjungan dan ita amat menghargainya. Diharap ita dapat untuk membalas kunjungan tersebut kembali...InsyaAllah
Semalam seharian tiada dirumah. Lepas berbuka baru sampai dirumah langsung berterawih bersama suami. Sebenarnya hari ini ada Majlis berbuka puasa dirumah adik-adik disini. Jadinya kami bahagi-bahagikan tugas dan ita masak 'main' menu bersama kawan ita Maz. Nak bersinsing lengan la hari ni harap dipermudahkan segala urusan ini dengan jayanya.
Roti jala ni adalah menu hari 4 puasa kelmarin. Ita buat menggunakan resepi kak Ratna @ kak madiha. Nampak sedap je nampak roti jala kak madiha. Tapi memang sedap pun bancuhannya. Anak-anak ita pun suka laju je diorang makan. Alhamdulillah dapat jadikan menu berbuka kami pada hari tu.
Okla resepi ini dari kak madiha @kak ratna. Bagi yang tercari-cari resepi roti jala boleh cuba yang ini ye. Ita buat sekali kuah karinya untuk digandingkan dengan roti jala ini. Terima kasih kak ita kongsikan disini ye..:)
Roti Jala
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
Kari Ayam Berkentang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja
kegemaran anda.
Salam kak ita!! jalan2 lepas solat :D, kita pun nak mencuba resepi kak madiha niii, bila nak buat eak? byk betull menu kat kepala yg nak dibuat ni haa hihihi...Mmg roti jala kegemaran kita ank perempuan kita pun suke yg lain2 tak leh diharap makan kari jerr ngan nasi :D sedapnyer! nak masak apa hari ni kak? hihihi..
ReplyDeleteita..roti jala mmg menu wajib kt umah akak..sbb semua suka
ReplyDeleteharap arini ita berjaya dgn misi menyinsing lengan ye...heheeh..msk ape tu itaa!!!!!mesti best punye...
kemas,rajin betul ita menjala,dpt ayam plak tu.:)))ramadhan tahun lepas sy bt ni n terus x bt2 lgi,lama kan..:))
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita,
ReplyDeletesedapnya roti jala... bolehlah datang ramai-ramai makan di rumah Ita sebab memang banyak tu roti yang Ita sediakan,
Kakak belum pernah buat roti jala, tapi selalu tolong kakak ipar buat ni di kampung...
Salam Juwita..
ReplyDeletesedapnya roti jala tu.. pagi2 pulak akak singah sini terus berbunyi2 perut ni...
akak mmg tgh cari resepi roti jala nanti nak cuba lah yg ni pulak...
waaaa...tukang masak main menu yer...masak apa tu...nasi briyani ke? mesti best kan masak reramai.. hamboiii... mengancm roti jala ita tu...
ReplyDeleteSalam..selamat bepuasa...roti jalan n kuah kari mmg x di nafikan lagi...bulan posa mmg wajib ada manu nu...mkn 6,7 kepin kenyang pas tu ulang2 lagi mmg x jemukan.... akk dpt roti jala pun dah cukup...fv ank juga ni
ReplyDeletesukenya tengok gambar 1st tu.. lawa je posing roti jala dengan mangkuk munge tu... teringin jugak nak menjala. kena buat kari dulu la kan, baru ngamm
ReplyDeletela menu kiter serupa la semalam akak...ayu pow buat roti jala gak ngee....bestnyer boley berbuka ramai-ramai.
ReplyDeleterajinnya ita menjala..
ReplyDeletemas lama betoi tak buat roti jala..he..he..
Assalam ita,
ReplyDeletewaduh bila tengok gambar2 masakan ita ni sungguh2 terpaku tau..cantik..semuanya..akak tak ada time nak buat setting2 props nii...masak terus potik gamabr..hehe.. roti jala pun dah laam tak buat..menu harus dibulan puasa ni..
Ita...akak nk kari ayam tu skali ngan mangkuk dia..lawa !!!
ReplyDeletenak tryle buat..copy dari sini jela..hehe..
ReplyDeletetgk roti jala kat sini..rasa teringin lak nak buat utk berbuka hari ni..bahan2 pun dh ada..
ReplyDeleterase nk beli kt bazar ramadhan ptg ni!
ReplyDeletesukenye makan roti jala! pose thn ni belom buat lagi..kdg2 ni menu raya kitorg. menjala sampai ke jam 2 pagi! esoknya masing2 mata mcm panda dah..huhuh...tp sedap...org kelantan suke makan roti jala dengan kuzi ayam..tp nani belom pandai buat lagi..
ReplyDeleteSalam Ita, roti jala dgn kuih kari mmg sedap...favorit kami sekeluarga.baru buat hari tu juga utk berbuka tp tengok roti jala Ita terliur pulak...
ReplyDeleteyummmy besnyeee.teringinnn tapi malas sgt nak menjalaaa.kalau duk dekat ngan akak kan best hari2 byk kuih.hehe
ReplyDeleteuwaaa syedapnyaaa roti jala...dah lama tak buat roti jala nanti leh try resipi ni...
ReplyDeletebiar betul sampai 6 biji borong suika....besar2 ke ita, habis makn? mesti best giler kan dpt yg muuuurraaaah sgt tuh!!
ReplyDeletelama tak menjala k'ida ni ita....haii, nk kena mnejala jugak ni..sedapnyer
ReplyDeletesalam ika.. tu la akak pun cari idea.. gi jalan2 umah ika la cari idea .. hihihih
ReplyDeletekak zai.. memang rumah ita pun sekejap je licin tu kak
del lama tu del.. buat jangan tak buat..:)
ReplyDeletekak amie.. cuba la buat kak
kak ita .. ita suka je resepi ni.. sedap..
ReplyDeletekak gee. masak biasa2 je kak.. bukan apap pun niat sedekah
kak sheila.. hi tula ulang2 makan ye kak tak sedar habis semamngkuk
ReplyDeleteizah semestinya makan dgan kari. ita suka
ayu.. yeke.. sedapkan ayu... tula ayu dekat leh datang
ReplyDeletemas.. tula mas ita lama gak tak buat sekali buat rasa nk buat lagi tau
terima kasih kak.. my pleasure..:) buat ka roti jala sedap
ReplyDeletekak noorma pinggn murah2 je tu kak..cari kat daiso
ana.. tula ana.. sedap gak leh la buat..:)
ReplyDeletesofea.. hihi memang kalau jalan2 blog orang terus terpikatkan
sue.. buat sue.. bar best.. hihihiih
ReplyDeletenani.. ye nani akak pun lama tak buat rasa nak buat lagi je
mama sya tu la masuk blog masak2 jadi semangat nak masak ye..
ReplyDeletesyaima kat sana mesti ramai family gak tak de yang dk dekat ke
hanis memang hanis.. cuba la buat.. akak suka roti jala
ReplyDeletekak ena.. tak besar sangat tapi sedap tau kak manis sangat
kak ida.. tula sedap makan berbuka kenyang juga
ReplyDeletesedapnya tgk roti jala n kuah kari tu ita... baru smlm akak berbuka puasa ngan roti jala.. tp akak beli jer pun...:) roti jala yg ita buat nie mmg cantik n kemas..
ReplyDeleteterima kasih ita sudi guna resepi akak ni.. entah ok ke tidak berbanding resepi sifu2 masakan.. hehe.. tak sangka pulak ada gak yg sudi mencuba... akak anak beranak memang suka ngan roti jala... antara feberet dish bulan puasa selain murtabak & roti john.. thanks ye sudi try resepi ni..
ReplyDelete