13 August 2011

Puding Tauhu



Salam semua. Beberapa hari yang sibuk sebab asyik berbuka di luar je iaitu ada jemputan berbuka atau makan diluar. Memang berderet 4 hari ni jadi bila balik dah kekenyangan dan keletihan Alhamdulillah dah siap-siap terawih sekali cuma waktu berbuka diluar kelmarin balik gagah untuk berterawih juga jadinya tak berapa sempat nak masuk entry nasib masih sempat lagi nak jalan-jalan rumah kawan-kawan hanya kalau siapa yang masukkan entry berderet memang tak sempat nak kejar .. tapi masak tetap masak kami buat style 'potluck' je bawa makanan masing-masing tapi berbuka sama-sama. Hari ni ada lagi jemputan tapi hari ni ita tak masak makanan berat hanya ditugaskan sediakan kuih muih jadi hari ni siang-siang sibuk nak menguli karipap...:P petang nak buat kuih cara pula InsyaAllah..:)

Okla sebenarnya ita buat puding tauhu ni minggu lepas. Waktu tu ada adik-adik YNU datang rumah berbuka kebetulan sebenarnya suami bawa adik-adik tu berbuka dirumah. Kuahnya tu ita saja nak bagi ceria ita letak air gula 'kakigori' ( ABC kalau malaysia) perisa melon dan tambah juga dengan kuah laici tu. Tapi sebenarnya makan dengan kuah laici saja dah cukup sedap..:) ambil gambar pun main ambil je sebab dah nak bebuka takut tak sempat.:P

Resepi asal dari kak nor tapi ita ambil didapur kak yatie sebab guna agar-agar serbuk. Terima kasih kak nor dan kak yatie atas perkongsian resepi ni.;) ita kongsikan disini pula ye..



Puding Tauhu

Bahan-Bahan

  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 7 cwn air
  • 1/2 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  • 1 tin susu cair



Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.



33 comments:

  1. nk buat jugak...xde susu pekat pulak...

    ReplyDelete
  2. uwaaaa menariknya puding tauhu Ita ni, cantiklah plk kuahnya ada kaler ijau..kegemaran anak bongsu akak ni ada kaler ijau....sedapkan puding ni..

    ReplyDelete
  3. yummy..mcm taufufahhh...sedap nii

    ReplyDelete
  4. Ita...

    Wah...cepatnya ...dah sampai sini lak puding tahu ni...ni yg buat kak cek teringin nak buat...
    Selalu tgk kuahnya cam kaler putih jernih gitu...ni ada kaler ijau lak...Ita letak kaler ijau ke...cantikkkkk....menarikkkk...
    comel2...

    ReplyDelete
  5. Salam...cantik nya hijau bebunga lagi...nak buat le utk juada bebuka ptg ni...ramadhan 13...selamat bepuasa.....

    ReplyDelete
  6. wow!! cun sangat...nmpk lembut jer puding tu... aaarrgghhhh...!!!! tolonggg... terliur sudah

    ReplyDelete
  7. Huwaaa cantik sekali puding you ni Ita!!! Rasa nak ngap je karang ni :)

    ReplyDelete
  8. Salam kak ita! dah ramai yg buat puding nii, kita jer yg tak buat2 lagi ni haaa... semakin lama puasa makin malas nak buat2 lauk atau dessert2 tp nak makan hihihi...

    ReplyDelete
  9. Wah sedapnya akak......dh lama aida follow akak, akak ni pandai masak ek. Untung husben akak. Anyway selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. baru jer komen kat umah kt nor smlm...dok kata ingatkan puding ni letak tauhu ngeeee...betul bendul betul ayu ni ekkk....nnt nk try la akak sbb ayu mmg suka desert gini

    ReplyDelete
  11. nanti nak cuba lah... kalau buat kat kg ni famili x berapa nak makan, kene tunggu balik ch dulu

    ReplyDelete
  12. rajinnya Ita buat kuih muih ye, tang karipap tu Kak Amie suka makan intinya je... he hehehh

    puding tauhu memang sedapkan Ita, tambahlah sedap mata memandang kalau bubuh macam2 aksesorinya...

    ReplyDelete
  13. cantik pulak ita buat kuah kaler hijau gitu.. menarik jer :)

    ReplyDelete
  14. comelnyaa tauhu dia.bentuk bunga :)
    aa tak sempat2 ambik gambar..tgkla lps2 ni kalau smpt sy letak.hee..msk simple2 je kak ita^^

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Ita..cantik kaler puding tu, sejuk jer rasa kat tekak ni haa...

    ReplyDelete
  16. puding yang paling mas suka...
    sedappnya tengokkkk....

    ReplyDelete
  17. salam..
    k. juwita ade hantar gambar masuk utusan kan~

    gamba ngan bunga matahari~ hehe.. dh kuar paper.. hehe

    ReplyDelete
  18. Ita! cantik, mesti lagi sedap guna meron tu. hihi.. Ita thanks sangat nak offer pulak. tak kisah la Ita, kalau masih byk hidup dan ada masa xpe kot. eh nnti apa2 sms je eh. :D

    ReplyDelete
  19. Alahaiii comel la sangt bila ganding ngan air hujau2 gitu ita.. Superb presentation . I like.. Puding ni mmg best. Tpi tk pernah lagi buat guna agr2 serbuk

    ReplyDelete
  20. Salam kak ita, cantiknye puding akak... gambar pun cun melecun. Suka la kombinasi kaler2 puding tu. Ceria je :)

    ReplyDelete
  21. nani.. kena ada susu pekat baru uump..:)

    mak long saja mak long kalau menarik laju makan

    ReplyDelete
  22. cik cek .. ita letak kuah meron warna hijau .. saja..:)

    kak sheila.. ita namoak dah rumah akak cantik puding akak

    ReplyDelete
  23. ita...mebeles npk puding tauhu..akak xnah try wat lg...mesti sedap..sbb ramai yg dh cuba

    ReplyDelete
  24. kak gee...saja letak perisa melon tu kak..

    love... dah buat juga kan.. sedapkan

    ReplyDelete
  25. ika.. tula akak pun tgh cari2 mood masak ni..

    aisa tak pandai tu yang belajar2 tu aida serono dikelilingi kawan 2 yang bersemangat

    ReplyDelete
  26. ayu... sedap ayu hanya kita kat sini susah tang susu pekat tu la.. tapi sedap lemak2

    sue.. yela buat nanti kalau ada kelapangan

    ReplyDelete
  27. kak amie.. yekak sedap karipap ita suka..:)

    kak nor terima kasih sudi kongsi resepi

    ReplyDelete
  28. anum.. suka baca cerita dengan gambar..kalau sempat amik ye

    liza.salam kenal liza.. terima kasih singgah blog akak ye

    ReplyDelete
  29. mas.. sedap mas puidng ni suka ita..

    sharfiq .. kosmo ye.. ye terima kasih bagi tau

    ReplyDelete
  30. as.. ok nanti ita roger2ye..:0

    izah tula ita suka gak puding ni

    ReplyDelete
  31. ijan saja bagi ceria,,

    kak zai sedap puding ni kak ita suka

    ReplyDelete
  32. Here, I do not really suppose this will have effect.
    birth announcement | 18k gold jewelry | find dermatologist

    ReplyDelete