22 July 2011
Vietnamese Beef Noodle/ Mee Daging Vietnam
Salam semua. Semalam bangun je pagi, tengah fikir menu apa nak dimasak tetiba teringat vietnamese beef noodle yang ita makan di secret recipes kalau berkunjung ke sana. Terasa-rasa pula ditekak sebab lama juga tak makan. Waktu balik Malaysia bulan Februari tempohari pergi cari vietnamese beef noodle (VBN) ni tapi habis plak waktu tu di secret recipe tu jadinya tak dapat la makan..:( ita kalau ke SR selalunya menu ini yang ita akan order. Bukan selalu pun pergi makan di SR sebab tahu-tahu je la menunya boleh tahan harganya. Pergi makan pun kalau ada hari istimewa atau ada kawan-kawan ajak. Menu ni pun diperkenalkan oleh kawan ita waktu kami sama-sama pergi makan kesana dulu. Sedapnya makan waktu tu.. semangkuk besar habis dimakan..:P
Hujung minggu baru-baru ini sewaktu membeli barang keperluan dapur ternampak Banh pho atau bihun yang besar ni dan waktu tu terus sambar. Mula memang tak terfikir nak masak VBN ni tapi bila teringat pagi tu baru teringat boleh gunakan bihun ni. Pagi tu terus google resepi dan ita minta izin suami keluar pergi beli barang yang tak cukup. Tapi dalam pada beli barang yang tak cukup tu ada juga yang ita tak beli disebabkan ingat taugeh ada. Ita ni memang tak suka beli taugeh kalau takde keperluan sebab ia cepat layu dan tak elok jadinya ingat ada lagi lebihan kelmarin punya rupanya ita dah habiskan buat mee goreng pagi kelmarin. Nak keluar lagi malas dah sebab suami ita dah ke universiti nak angkut kanak-kanak riang 2 orang tu jadinya jadi la VBN ita yang tak de taugeh. Sayang sekali kalau tak lengkap menu ita ni..:( Walau apa pun ita bersyukur sangat sebab ia memenuhi selera ita dan keluarga, ita makan pun sampai lupa diet ita. ..:)
Untuk resepi ini ita ada juga tambah sikit-sikit sebab ita tak de stok tulang jadinya ita tambah kiub tulang sahaja. Sebenarnya di jepun sekarang sibuk tentang lembu yang kena radiation tapi ita tak beli daging lembu halal dari Jepun sebab harganya agak mahal sedikit selalunya ita guna yang Australia punya. jadi takde masalah dalam menggunakan daging dalam menu masakan sekarang ni..:)
Okla jom kita lihat resepi ini yang ita ambil di southeast asian food. Ita dah alih bahasakan ke dalam bahasa Malaysia mengikut kefahaman ita. Jika yang ingin membaca resepi asalnya boleh la ke link yang ita sediakan itu.
Vietnamese Beef Noodle
Bahan-bahan
500g tulang lembu- ita takde jadi ita tambah kiub sup tulang
500 g daging batang pinang- dipotong nipis-nipis
2 inchi halia - ikut kesukaan tapi ita guna 2 inchi je
sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih - ita tambah
4 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 kuit kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos ikan
sedikit garam
sedikit gula
10 cawan air
bahan lain
banh pho atau bihun yang 3 mm lebarnya- di rendam dan direbus ingat jangat rebus keterlaluan takut lembik.
daun sup
taugeh
limau nipis atau lemon
sambal kicap untuk rasa pedas- optional
* ita saja tambahkan sawi celur sedikit dan kucai yang dicelur..:)
Cara-cara
1. Rebus tulang dan daging yang dipotong nipis sekejap untuk membuang keledak-keledak daging. Biasanya bila kita rebus daging ada timbul buih2 dagingkan jadi untuk membuang buih tu rebus sekejap daging dan tulang itu. jangan lama dalam 2 minit sahaja.
2. Basuh daging dan tulang tadi dan buang air yang direbus tadi.
3. Masukkan air 10 cawan dan daging serta tulang untuk membuat kuah dan bila sudah nmpak empuk perlahankan api dan buang keledak2 jika masih ada.
4. Dalam periuk yang berasingan tumis halia, bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. sehingga naik bau. Setelah itu masukkan kedalam periuk rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada putih..serta kiub tulang jika suka. rebus sehingga daging betul-betul empuk Lebih kurang 40 minit - 1 jam mengikut daging masing2. Setelah itu keluarkan daging dan masukkan sos ikan, garam, gula.
5. Daging yang dikeluarkan dibiarkan tos dan akan bertukar warna sedikit.
6. masak lagi kuah hingga mesra dan ita masukkan sedikit jus lemon 2 sudu dan boleh la ditutup apinya.
7. Didalam mangkuk yang untuk menghidang masukkan bihun tadi, masukkan kuahnya,daging yang diasingkan tadi, taugeh celur, limau, sayuran kegemaran dan tabur daun sup. Boleh dimakan bersama cili jika inginkan pedas.
Selamat pagi Ita,
ReplyDeletewah.... pagi2 lagi Kak Amie dah terbau beef noodle yang enak dari dapur Ita....
selalu juga kakak belek2 resepi2 vietnam tapi belum pernah cuba, mesti hasil masakan Ita sedapkan!
salam Juwita...
ReplyDeletewaa... sedap ni.. hari tu akak ada terpandang resepi ni dlm surat khabar ingat nak ambil salin pas tu tah mana pulak ilang nya.. mujur ita sharekan kat sini.. mmg dah lama berangan nak buat mee ni...
boleh cuba ni... macam sedap aje...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita,
ReplyDeletewah sedapnya nampak vietnamese beef noodle...sesekali pekena ngan masakkan vietnam...sedap.
salam kak..
ReplyDeletesedapnya..:)
xleh nak follow lg blog akak..
Salam Pagi ita..
ReplyDeletemama blm pernah mkn mee ni kat SR..but looks delicious lah :P tak pedas ke? atau kena mkn ngan special cili Ita?
pagi2 bukak blog..huikkk nmpk VBN pulak...terliur jer...
ReplyDeletehamboiiii... pepagi dah buat orang terliur ek... sedapnya
ReplyDeletekenapa ayu x perasan ada menu ni kat SR ek??
ReplyDeletesebab selalu makan tomyam kung jer selain dari cheese cake....urmmm nak cari Vietnamese noodle ni ada jual kat baticrom x ek???
salam perkenalan..first time jenguk blog ni. Dapat pula resepi pho ni. Macam nak buat next week...sebab dah lama tak makan pho.
ReplyDeleteSalam Ita...
ReplyDeletenampak sedap sangat mee sup yg ita masak ni.. akak suka kalau mee jenis berkuah gini.. mmg boleh lupa diet.. hehe.. tp akak tak pernah rasa lg mee kat SR tu.. kalau masuk SR pun sekadar utk membeli kek aje.. lom pernah makan / minum sana.. mcm ita ckp ler.. harganya yg boleh tahan tu kena fikir byk kali utk layan selera kat situ.. hhihi...
p/s: aritu akak ada masuk baca n3 ita pasal camping tu.. bila habis baca nak komen tup2 tenet buat hal pulak.. frust betulll... suka btl akak tgk gambar2 yg ita ambik tu...
aslmkum ita.. sedapnya dpt mkn mee yg plain2 camni.. tak brempah n tak berlemak2.. sesuai utk cuaca yg panas2 mcm skrg ni.. bderet2 menu ita.. tak terkejar akk.. baru nk mrangkak2 BW..
ReplyDeleteAssalam ita,
ReplyDeletevietnamese beef noodles ni looks interesting..akak masuk list lah sebab ia berdaging..hubby akak suka makan daging so maybe i can try this bila2..akak minta izin print ya ita..thanks dear..
dah lama resepi ni ada dlm list..tapi tak buat2 jugak..asek masak yang lain je..asek KIV je dulu menu ni..takot lama2 sok akak lupa terus.hehe:D
ReplyDeleteselamat pagi kak ami.. yekak sebab teringin nak makan kek nak gi SR kat jepun mana ada kak..
ReplyDeleteKak ita tula tetiba teringin nak makan google cari resepi.. alhamdulillah memenuhi citarasa kami sekeluarga..:)
ReplyDeletekak sue.. ye kak bagi ita sedap cuba lal kak
ReplyDeletekak nur ye kak sekal sekala suka juga.. tukar2 selera
atie.. terima kasih singgah ye.. tak boleh follow ye.. tak tahu kenapa.. salam kenal..
ReplyDeletemama memang akan makan dengan cili berasingan kalau suka.. ni kalau tak letak cili tak pedas..:)
kak ida dan kak gee.. jangan gitu pagi2 dah terliur yek.. dah breakfast ke belum
ReplyDeleteayu ada jual kat baticrom tapi tak lebar sangat rasanya..cuba check balik 3 mm tak saiznya.. cuba cari kedai thai atau kat sana ada gyomu supa tak? kadang supa2 biasa pun ada kadang..:)
ReplyDeleteisabella. thanks singgah blog saya... ye sedap pho ni.. suka makannya
ReplyDeletekak madiha .. ye kak nak makan situ kena betul2 makan dengan ouas baru berbaloi bayar mahal2.. huhuhuhu.. so buat la sendiri menu ni.. sedap kak bagi tekak saya mee ni
ReplyDeletethanks kak atas pujian tu..:)
kak dzana.. ye la akak kerja tentu sibukkan.. hihihihi saja kak masak untuk keluarga tu yang cuba2 resepi tu
ReplyDeletekak ay .. sila kan.. bagi ita sedap adjust la mana ikut selera sendiri
ka anim .. cuba kak sedap.. ita suka.. betul akkat akak kadang suka KIV tengok terus lupa
ReplyDeleteyg nie akak terus lapar tgk tau ita... suka ler makan mee mcm nie... sedapnya nie...
ReplyDeletesaalam ita..soalan ita pasal gambar tak sharp masuk dlm blog tu kan.. err... saye pun x sure la...x pasti ngape blh x sharp...erm..tp kalo sblum publish kat blog pic sharp ye? maaf ita, saye x tau kenapa jadi camtu.. sorry ye.... :(
ReplyDeleteSuka mee berkuah gini....mkn panas2, hirup kuahnya...sedap!
ReplyDeleteSalam Ita, akak tertinggal kete api nih....cantikkknyaaaaaaaa puding kasih bertaut diaaaa.....kretip sungguh...salute lerrr..hehe
ReplyDeletemana nak dapat thai noodle tu kak
ReplyDelete