Salam semua. Sudah hari khamis hari ni. Bagi yang berpuasa sunat hari ni semoga kebaikan dan keberkatan akan dikecapi InsyaAllah. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadan al-Mubarak moga tahun ni kita akan sama-sama mengecapi kemanisan dan keindahan dibulan yang mulia ini.
Semalam ita cuba resepi Nasi Ayam Hainan. Selalu buat nasi ayam madu je hari ini cuba versi yang lebih sihat iaitu ayam yang tidak perlu digoreng. Anak-anak ita nasi ayam memang suka jadi nak bagi makan banyak buat nasi ayam. Tentu berselera makan belum nasi masak lagi dah lapar minta nak makan sebab bau harum nasi ayam tu membangkitkan selera. ..:) Banyak juga resepi yang ita cuba cari dan ita tertarik dengan resepi dari blog resepi raidah ni. alhamdulillah memenuhi citarasa kami.
Okla bagi yang inginkan resepi nasi ayam dan ingin mencuba versi ayam yang tidak digoreng boleh cuba resepi ini. Terima kasih pada tuan punya resepi.. Saya kongsi disini ye..
Nasi Ayam Hainan
Bahan-bahan:
Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk
Cara penyediaan:
- Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk.
- Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.- ita pun sama
Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
ita tambah kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan ketumbar dan ditumis bersama bahan tumbuk.
Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.
*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.
Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
ita tumis sekali bahan tumis nasi dan sup kemudian asingkan untuk buat sup dan nasi.ita letak juga kentang dan lobak merah. ita tambah juga 1 sudu kecil serbuk lada putih.
Cara penyediaan:
~ bahan tumisan dicampur dengan air rebusan ayam tadi dididihkan.masukkan lobak merah dan kentang. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.
Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai
Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.
Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.
menu yang cihat gitew...
ReplyDeletesedapnyer tgk...2 hary lepas ayu dah buat chicken rice but yg mcm selalu la
nasi 1 dengan air tembikai...!! laporrrr nih
ReplyDeletewah nampak sedap nasik ayam tu...salam dari fukui k.ita :)
ReplyDeleteKena cuba jugak ni. Ita nanti mai ambik award erk
ReplyDeletek'ida plan gak nk buat nasi ayam hainan nihhh...sbb dh ada minyak bijan..bila2 jer la..nmpk sedapnnyer!!!
ReplyDeleteselalu jugak buat ni ita, sebab kalau goreng tu kan ayam jd cam keras sikit kalau simpan utk malam atau esoknya. budk2 tak berapa nak mkn kalau keras.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita,
ReplyDeletenasib baik akak dtg kesini perut pun dh berisi...kalau tidak aniaya je...tengok nasi hainan tu dh terliur..belum lagi rasa...hehe
waduh sedap nyer itaaa ngan air nyer sekali tuh.. pehhh.. hehee
ReplyDeleteita..ni peberet seisi keluarga ni nasi ayam!
ReplyDeleteterliurnyaa.rajin ita buat nasi ayam dan pakej nya skali
Assalamualaikum Ita,
ReplyDeletewaduh tak tahan tngk set nasi ayam hainan ni..laporlah...anak2 akak pun suka sangat nasi ayam, tapi akak tak pernah lagi masak yg mcm ni..best gak ya sesekali takyah goreng/bakar ayam tu...leh cuba ni..tq..
salam itaaa... kite nak jus tu!~ jus tu!~ wawawawa... telan air liur tgk jus temikai tu..codapppnyeaa!~dahler panas jer cuace kat sini.huhuhuh
ReplyDeletenasi ayam fevret akak & anak2 tp suami akak kureng.... lame tak masak nasi ayam, bestnye tgk nasi ayam ita.akak x pernah wat jenis camni punye nasi ayam.selalu buat yg goreng :D
ReplyDelete*same lak camera kite yek...tp akak tgk gambar ita lebih sharp.akak ingatkan ita guna pro dslr hehehee cadang aritu mmg nak let go, nak upgrade hikhik tp fikir2 kemudian, x jadilah.nnt2lah...
akak guna kit lens je ita...
nasi ayam satu set..
ReplyDeleteterliurnya tengok......
nasi ayam my feberet! sedapnya minum dgn air suika lagi...
ReplyDeletepandai betul ju masak .. akak salute tau .. nampak sgt2 sedap ! :)
ReplyDeletesalam perkenalan k.ita..(^_^)
ReplyDeleteumm..sedapnye tgk nasi ayam 2..tibe2 rasa lapo je..hehe..
kalau dpt nasi ayam, memang tak tolak dah! sedapnya!
ReplyDeleteSelamat malam Ita,
ReplyDeletememang pilihan menu yg sihat.... anak2 kak amie pun suka masakan begini.... tak perlu goreng ayam, rebus je....sedap!
sedapnya ita, akak suka nasi ayam ni...lama dah tak buat..nanti posa la buat ..:)
ReplyDeleteayu.. ye menu sihat.. suka juga dengan menu ni
ReplyDeletekak gee.. kedai dah tutup lal.. dah abis..:)
anum.. thanks singgah..salam kenal dari yokohama..:)
ReplyDeletekak sam.. thanks kak.. nanti ita angkut tau
kak ida.. cuba kak seda juga...:)
ReplyDeleteye as ayam gini lembut kan.. tak la penat nak mengoreng...:)
kak nur.. hihih ye kak biasa2 je menunya ni kak.. akak dah kenyang ye.. kalau tak jemput makan sekali
ReplyDeleteizah.. saja nak buat terliur dengan tembikai..:P
hasue.. mana rajin dah meu gitu kena labuat..:)
ReplyDeletekak yatie.. boleh kak cuba sedap juga..:)
noorsha.. hihihi tak leh itu untuk ita je..:P hahaha.. tula panas2 sedapkan minum yang ais2 ni
ReplyDeletekak fiza.. tula kak saja ubah selera kak
mas.. ye sedap ada air sekali
ReplyDeletehanis sekarang kan musim suika jadi minum la airnya
kak ieda.. mana pandai kak.. ini ikut resepi kak mana pandai masaknya
ReplyDeleteariani.. salam kenal.. hari tu akak ada datang tapi tak leh komen.. tadi datang boleh komen tapi tak leh post sebab word verification tu plak.. ubah setting dulu yek..
nani suka juga nasi ayam..:)
ReplyDeletekak amie..tula anak2 pun suka..
kak nieza.. sedap juga kak suka nasi ayam ni.. boleh buat mnu berbuka
Assalamualaikum ita..
ReplyDeletewah sedapnya nie... tgk set nasi tu lg... ada air tembikai lagi.. mmg sedap sesangat... terliur sudah