11 July 2011

Tag dan Award dari Kak Ita, Kak Nor, Ayu, Ika dan Saba


Salam semua. Baru sempat nak online kat blog ni setelah rehat-rehatkan badan tengok FB dan upload gambar pergi mandi sungai semalam. Masuk blog je teringat kerja yang tak buat lagi yang diberi oleh 5 orang kawa-kawan ni. kak azlita, kak nor, ayu,ika dan Saba ,sekarang ni ita tengah memerah otak ni. Ramai yang dah siapkan.. ita je lambat.. takut kena rotan plak nanti..:) Ita nak mengarang ni tak pandai la ayat bunga-bunga.. maklum la mengajar di sekolah pun subjek Lukisan kejuruteraan dan Matematik jadinya bab nak mengarang ni kurang pandai sikit walaupun dulu zaman sekolah-sekolah suka sangat subjek Bahasa Melayu. Namun ita akan cuba sehabis baik untuk buat ye..:)


Syarat2 award: Senaraikan 7 perkara yg org belum tau perihal diri kita..

1. Pertamanya tentang nama ita, juwita ni sebenarnya bukan mak dan abah ita yang bagi. Dulu-dulu kalau bersalin di hospital nak keluar je wad untuk buat sijil kelahiran tu kena bagi namakan. Jadinya waktu tu abah ita tak tahu nak bagi nama apa tapi disebabkan nak keluar dan nama abah ita pun Jamaludin dan kakak ita pun mula dengan huruf 'J" jadinya pendaftar di hospital tu letak la nama ita Juwita. Jadi lekat la nama Juwita ni pada ita. Dari kecil lagi kalau sekolah cikgu suka kata nama ita ni Klasik. Ita lebih suka orang panggil ita dari ju. Walaupun ada yang panggil ju. Sebab nama ju tu lembut je rasanya.. ita ni ganas sikit kot.. hihihihi.. tapi ada yang panggil JJ juga kat sekolah ita mengajar dulu sebab Juwita Jamaludin singkatannya JJ. Walau bagaimana pun ita bersyukur ada nama dan terima kasih pada mak dan abah.

2. Dari kecil sampai besar dan sampai sekarang ita tak suka kalau orang labelkan ita atau anak-anak kecil mereka sesuatu yang tak baik contohnya perkataan yang tak baik la nak tulis pun tak sampai hati.. kadang sebagai parent tak sedar benda-benda tu doa untuk anak-anak itu. Dulu waktu kecil mak ita suruh ita pergi kedai beli benang lepas tu ita tersalah beli jadinya abah ita kena pergi tukar balik benang tu sebab ita dah tersalah beli. Jadi dengan tak sengaja abah ita terkata ita bodoh pada tukang kedai tu sebab tersalah beli benang.. ita yang tak boleh dengar kata2 macam tu terus kata "ita tak bodoh " terus balik dan menangis pada mak. Mak cakap kat abah yang ita menangis kuat sangat sebab kata-kata tu. Malam tu ita tidur awal abah masuk bilik ita, ita terus buat-buat tidur dan abah kata "Ita tak bodoh ita anak yang pandai, maafkan abah ye" Sedih sangat waktu tu tapi tahan .. abah keluar je terus menangis. Jadi sampai sekarang ita amat berhati-hati bila berkata-kata dengan anak-anak ita. Dapat pula suami yang memang dilahirkan dalam keluarga yang menjaga perkara-perkara sebegini dia memang selalu ingatkan ita.. even nak sebut ayat macam ni pun dia jeling" cuba jangan degil sangat". jadi amat berhati-hati bila bercakap syukur sangat dapat suami yang selalu mengingatkan diri ita.

3. Ita ada 3 orang adik beradik, Seorang kakak dan seorang adik lelaki. Dari kecil sampai besar kami memang rapat. Ita dalam keluarga memang lantang sikit kalau ada apa-apa keluarga akan tanya pendapat ita dan kalau nak minta tegur atau cakap apa-apa pada sesiapa dalam keluarga diorang akan suruh ita. Walaupun kadang kecut juga.. kalau raya kami akan bincang supaya dapat berkumpul bersama tapi ita la yang selalu tak de selalunya sebab dua kali keluar negara iaitu Australia dan Jepun. Ita suka share apa-apa dengan kakak ita. Dia baik dan lembut hati.

4. Ita dan suami kami sekampung dan kecil-kecil dah kenal.Kami sebaya. Dia memang dari kecil dah suka pada Ita tapi tak layan .. ala dulu kanak-kanak suka mengusik-usik.Lepas tu berpisah sebab sekolah lain-lain. ada juga jumpa dalam bas bila balik cuti dari asrama. tapi buat tak tahu je. Kami jumpa balik waktu di Universiti secara kebetulan sebab abah Ita dan Mak suami (mak mertua) bersembang-sembang dan tahu anak masing-masing di Universiti yang sama. Abah suruh dia tengok-tengokkan ita kalau nak beli tiket balik kampung ke apa. Terus jadi kawan baik dan bila dah ada hati family tahu mak ayah suami offer untuk kami nikah waktu tu ita masih belajar dan suami baru habis study sebab dia program ekspress ijazah 3 1/2 tahun je umur 21 dia dah kerja. Jadinya nikah dulu lepas 6 bulan baru buat kenduri.

5. Bila dah kahwin ( lepas kenduri kahwin sebelum tu tak duduk sama sebab ita study) terus mengandung. Tapi tak de rezeki ita gugur dan dia pergi study ke Australia ita tak ikut sebab dapat kerja. Kami duduk jauh selama 8 bulan. Sedih sangat waktu tu lepas tu ita minta ikut suami lepas dah dapat surat lantikan kerja. Ita mengandung di Australia tapi rezeki takde lagi, ita gugur lagi. Waktu ni lagi sedih sebab dah 2 kali gugur. 2 kali gugur yang menyebabkan heartbeat baby tak bergerak setelah sepanjang mengandung kadang-kadang ada darah. Tak leh buat kerja berat dan muntah yang teruk je. Asyik melepek je. Ita mengandung memang macam tu. Tak segar macam orang lain. Balik Malaysia dari Australia baru ita mengandungkan Fathnin dan waktu tu dari mengandung bulan pertama hingga 8 bulan mengandung tak boleh naik tangga, tak leh drive dan pernah duduk hospital masuk air dalam badan sebab muntah keterlaluan. Bila bersalin plak tak buka sebab dah lebih hari jadinya disebabkan takut Fathnin lemas terpaksa bersalin ikut tingkap. Alhamdulillah semua ok .. bila mengandungkan fateh sama balik ita lemah sangat hanya kurang sikit dari fathnin boleh drive dan boleh naik tangga di sekolah dan rumah tapi mak mertua siap bagi maid untuk tolong kerja rumah sebab kesian kat anak dia yang kena buat semua kerja rumah..:)Bila bersalin segar bugar masuk blik bedah sebab Fateh berada dalam keadaan songsang. Sebab itu ita amat sayangkan anak-anak ita sebab ita bukan jenis senang mengandung dan dapat anak. Ada peluang 1 je lagi nak bersalin sebab dah 2 kali bersalin ikut tingkap...:(

6. Ita ni kadang seorang yang suka cakap benda yang betul walaupun kadang pahit nak dengar. Orang kata terlalu berterus terang. rasa macam nak berubah sikit sebab kadang takut tak selesa kat orang. Sebab memang dari dulu tak suka selindung kalau benda tu memang terang gitu. Tapi suami kata tak yah jadi berterus terang sangat tapi dia memang dah faham itu sikap ita.. tah la susah juga nak berubah sebenarnya..tapi tengah cuba..

7. kalau ada benda yang tak setuju dengan suami ita tak suka masam muka atau merajuk lama-lama. Sebab takut kalau pendek umur nanti suami tak redha takut sangat. jadi memang selalu akan sejuk cepat je tak sampai la 1/2 hari pun. Sebab isteri redhanya pada suami jadinya memang suami dah faham dah sikap ita tu. Moga kami akan terus kekal berbahagia hingga ke syurga sebab suami la kawan dan insan yang paling faham ita.

okla dah tujuh dah.. banyak dah cerita dah ni.. habis semua rahsia terbongkar.. hihihihi.. so nak tag siapa pun tak tahu ramai yang dah kena. 5 orang ye jadi jom kita lihat siapa yang kena...:)

ok la kawan-kawan yang kena ambil award dan tag ialah :

1. kak dzana- Inspirasiku
2. Wanieyra- ummiaffaf
3. Umie- antara tempe dan tempura
4. Maira- In mai Heart
5. kak gee - corat coret panorama hidup



Ini pula award dari ayu yang baik hati ini. Suka dengan ayu ni sangat cepat mesra walaupun belum bertentang mata. Thanks ye Ayu ada rezeki nanti kita jumpa ye...:)

14 comments:

  1. suke2! nani pon dh jadi macam kak hasue pulak...setiap entry award ni ikut aje...semua baca! hihih... macam tak caya je kak ita ni ganaz...tengok gaya tulisan, bahasa macam lemah lembut orangnya..,chewah...heheh... semoga kak ita berbahagia bersama keluarga di sana walaupun jauh dari tempat sendiri...

    ReplyDelete
  2. Baru baca kisah akak ni.best :)
    Tak sangka akak ada pengalaman keguguran sampai 2x. Alhamdulillah sekarang dah ada hero dan heroin penyeri hidup :)

    ReplyDelete
  3. best maklong baca kesah ita..
    macam anak maklong yang no.2 kalau mabuk sampai masuk hospital.. teruk sangat..
    semuga ita terus berbahagia disamping keluarga tercinta..

    ReplyDelete
  4. menarik....dapat juga kenal-kenal kan bila ada ceter tag ni..hehe tapi nk tanya juga ita umur berapa yer? nieza thn 79.

    ReplyDelete
  5. betul tue k.ita ramai pesan nak ckp apa2 kat anak kena fikir 2 kali sebab
    itew mcm doa....mesti best jadi anak murid akak ...curlastt gitew...ahaks....tq sudi gantung award kat umah akak yer @_____@

    ReplyDelete
  6. Itaaa.... rasa macam tak layak jer k.gee nk amek award tu... ituhari Diana skyblue pon dh bagi juga... kena buat assignment lagi ke nih...? apapon terima kasih byk2... ilebiu

    ReplyDelete
  7. Salam ita...

    Seronoknya jumpa ita kat sini! Kadang-kadang nampak gak kat FB, tapi tak berkesempatan nak tegur. Dari FB gakla tau ita ada blog. Tertinggal keretapi.

    Rajinnya ita masak2. Kagum...

    Myza

    ReplyDelete
  8. akakkk seronok sgt baca tujuh perkara tu, rasa janggal plak nak panggil kak ita sebab akak sagt cun dan lembut...

    kesiannya akak 2 kali gugur, hanis yg gugur sekali tupun sedih sampai skrg, dan smp skrg masih menanti rezeki dari Dia... harap sgt rezeki tu...

    betul tu kak redha isteri pada suami tapi hanis ada je majuk haha.. plg lama sehari la...

    ReplyDelete
  9. bestnyer bila baca story mory bloggers ni kan.. banyak yg kita tak tau.. dgn cara ni kita lebih mengenali lagi seseorang tu..

    mekasih ita sudi buat homework ni.. sedih bila dengar ita pun keguguran gak dan agak payah dlm tempoh pregnant... semua tu ujian Allah kan.. semoga ita terus tabah dlm menghadapinya..

    thanks again :)

    ReplyDelete
  10. seronoknya dapat kenal serba sedikit ttg diri ita, bab alahan itu kak amie memang sudah rasa, 3 kali pregnant, 3 kali tak bermaya, kurang darah, muntah sampai tekak berdarah, balik2 jumpa doktor, kena injection utk hentikan mntah, turun berat badan, terjelepuk bagai... sampai suami kakak sendiri bersihkan muntah.... oh! tak sampai hati nak cerita dugaan waktu itu....

    ReplyDelete
  11. best baca cite kak ita. pandai je mengarangtu hehe. tp sayu betulla tang baca pasal pregnant tu. rasa muhasabah sikit diri...

    ReplyDelete
  12. nurul hannan mohd ghazalliJuly 19, 2011 at 11:48 AM

    salam cikgu...
    hannan ni ex-smtj.knl lg x cikgu?
    sy selalu jengah blog cikgu.tp silent reader jela.
    same la kite, sy bru miscarried last year.ala2 bunting plamin tp blm ade rezeki lagi.
    kwn2 sy,azuwien aida da pgnant 4++ kot, da jd lecturer pn.nabilah awl2 dpt ofer jd qs eventhough blm hbs dgree lg.dia memg mantop!!hehe.oh ye, rasenye dia nk tunang early bln 12 kot.tasha da jd asst. eng,anis, nurulhidayah(noy), wani masih lg doing dgree.doakan kami ya cikgu.
    bile cikgu blk m'sia permanently?
    krm slm pd fathnin n fateh.dtgla rumah abah saya kalu cikgu pg mlk.n dtg rumah saya kalu cikgu p aloq staq:)ukhwah fillah.salam~

    ReplyDelete
  13. thakns kawan2 semua tak sempat balas satu2.. bila dah ketinggalan macam ni.. thanks ye ita hargai sangat semua komen dan dah baca satu2

    ReplyDelete
  14. Salam hannan.. thanks singgah blog saya patut la tak de kat Fb awak tak de acc dah ye situ.. saya tanya nabilah hari tu.. saya doakan awak cepat dapat baby ye.. duk alor setar sekarang... happy nya tengok anak2 muid saya semua dah berjaya dan ada yang dah kahwin..:) keep in touch ye

    ReplyDelete