08 July 2011

Puding Buih


Salam semua. Alhamdulillah dah hari Jumaat sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik je. Moga masa yang berlalu meninggalkan memori yang indah dan memberikan pengalaman yang berharga buat kita dan belajar dari setiap pengalaman dan memori itu. Melangkah dengan bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Hari ini ita dari pagi dah mula untuk buat Puding buih ni. Bukan apa suami ita lambat sedikit ke Universiti hari ini. Jadinya jika dia belum ke Universiti biasa dia akan main-main dengan anak-anak dulu. Waktu tu sempat la ita godek-godek didapur masak apa yang patut. Jadinya sambil-sambil masak makanan untuk suami bawa bentou sempat buat puding buih ni. Puding buih ni lama dah nak buat tapi tertangguh-tangguh je tapi bila nampak rumah kak Azlita buat puding buih ni terus tergoda. Kak Azlita kalau buat apa-apa tentu menjadi dan cantik je. Amat kagum dengan idea kreatifnya.




Untuk Puding buih ni ita buat 3/4 dari yang dicadangkan untuk family kecil. Itu pun banyak buat ita. Tapi kalau puding buat banyak sikit ita tak kisah sebab penggemarnya ramai. Suami ita kalau balik dari Universiti pertama dia akan buka peti sejuk dulu tengok apa la yang isteri dia masak hari tu.. kalau ada puding senyum je dia sebab dia suka benda-benda sejuk macam puding ni setelah disimpan didalam peti sejuk. Untuk puding buih ni ita buat perisa coklat semuanya sekali sebab anak-anak ita suka coklat dan ita tinggal kan sedikit warna merah untuk buat keliling bunga tu. Yang dalam gambar ni ada bunga2 tu ita buat sikit je lain tu semuanya coklat.

Okla terima kasih pada kak nor secubit garam diatas resepi puding buih yang sedap ini. Makan dengan kuahnya terangkat tambah kuah tu rasa-rasa kastad dan manis. tak ingat berapa mangkuk makan...:) Ita kongsikan disini pula ye kak nor.




Puding Buih

Ini adalah resepi bagi mereka yang ingin mencuba dahulu jika ingin resepi yang banyak boleh pergi ke sini.

Bahan-bahan puding
2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
esen vanila
pewarna/emulco yg disukai

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam



cara membuat puding:
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati. ( ita masukkan pewarna setelah dicampur telur dan agar-agar)
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya). asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. (ita masukkan warna waktu ini).Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

cara membuah kuah:
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  2. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

26 comments:

  1. waaa.... slrupppp... nyamannya tekak... yummy!!

    ReplyDelete
  2. terasa sejuk anak tekak ek....ada lagik ker akak? ...mmg kretif ek...

    ReplyDelete
  3. wahh dah sampai akhirnya puding buih kat rumah ita ya.. hehe. mekasih ya sudi cuba.. :)

    ReplyDelete
  4. wahhh...cantik la puding tu ita..
    mas juga tak buat2 lagi..

    ReplyDelete
  5. Salam kak ita! ha ar! kita pun mcm kak mas tak buat2 lagi dah nak puasa niiii hihihi.... sedap mkn dgn kuah pastu fresh fruits yummmyyy!!! masuk list lah!

    ReplyDelete
  6. As'salam Ita

    raai betul yang dah mencuba resipi ni. Kak ct jer yang belum ada kesempatan nak membuatnya. Hb kak ct pun suka dengan puding2 ni. tambah2 lagi yang ada kuah susu tu, lagi laju jer bla makan..hihi. Makan sejuk2 memang buat hati yang marah pun akan sejuk jugak kan ita.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam,
    wah rajin nya akak ni. pandai memasak & baking pulak tu. Bertuahnya :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya, tak pernah buat lagi...mai ambik bau dulu..hehe

    ReplyDelete
  9. memang cantik n menarik puding buih tu ita.. sedap nie jika makan ianya baru jer d keluarkan dr ice box... sedaaappp

    ReplyDelete
  10. salam ziarah..sedap tu puding buih mkn buah2 segar gitu compare ngan fruit cocktail..presentation pun sgt menarik

    ReplyDelete
  11. kak ju kat sini kak ju beli agar2 kat mana? jenama apa? dah lama tak makan puding yum yum!

    p/s: hanis drive kat nihon kalau hubby ada hal.. kalau tak jadik mam je hehe...

    ReplyDelete
  12. wah...campur buah-buahan mcm tu, meriah la jadinye...

    ReplyDelete
  13. kak gee.. sedap kak puding ni tambah makan dengan kuah dia

    Ayu .. sejuk gak anak tekak bagi akak akak suka uding ni makan kena waktu sejuk

    ReplyDelete
  14. kak nor.. sedap kak puding ni thanks ye

    mas.. buat mas sedap.. dan makan dengan kuah manis2

    ReplyDelete
  15. del.. thanks.. ada buah2 tu jadi ceria nya

    buat ika jangan tak buat.. sedap..hany aada bau telur kena letak vanilla esen banyak tau

    ReplyDelete
  16. kak Ct.. suka.. kak suami ita dah makan dia pun suka...

    hani.. thanks ye.. mana pandai saja isi masa.. masih belajar lagi

    ReplyDelete
  17. nieza.. amik bau ye.. hihihihi nanti sampai la finland tu

    kak diana.. buat kak sedap.. anak2 ita da suami suka kak

    ReplyDelete
  18. kak lina.. thanks ye singgah.. suka juga puding ni sedap..

    hanis akak dah hantar gambar puding tu nanti boleh buat ye

    ReplyDelete
  19. nani ... suka gak buah ni akak suka

    ReplyDelete
  20. ita.. adoiii sedapnya.. puding tu terasa-rasa lagi..
    ita nanti singah dapur akak ye! ambil Award :)

    ReplyDelete
  21. ita.. jom dtg rumah amik award ya.. heheeh

    ReplyDelete
  22. yeayyy time kasih kak jue ptg ni jugak g jusco hehe... tapi lepas meeting abis la... huwaaa hari sabtu mmg salu ada meeting T_T

    ReplyDelete
  23. kak ita...ada award dan tag...sori la ek org fofuler ramai kasi award kat akak :))

    http://ladychenta.blogspot.com/2011/07/award-7-things-about-me.html

    ReplyDelete
  24. selamat petang Ita,
    Kak Amie sangka ada buih sabun atas puding tu... hehehhh gurau aje,
    banyak aksesori & warna-warni, cantik & sedap dipandang!

    ReplyDelete