Salam semua. Moga hari ini memberi keceriaan buat kita semua. Hari ini hari jadi adik ita Muhammad Jaferi Bin Jamaludin. Ita ni ada adik seorang je jadinya memang dari kecil asyik dimanjai je dia ni. Sampaikan bila dia nak kahwin pun kakak dia ni iaitu Ita dan kakak ita yang ita panggil Yong tak percaya.. hihihihi sebab masih anggap dia ni kecil je. Sekarang dah jadi ayah dah dia cepat sungguh masa berlalukan.. Moga Jef akan sentiasa diberkati Allah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya dan gembira selalu ye... Ambil kek ni buat makan birthday hari ni tau..:)
Strawberry lagi ye.. hari tu strawberry tu tak dijadikan bahan masakan hanya tayang je.. hari ni ita buat muffin ni. Sementara ada strawberi ni baik buat apa yang berkaitan dengan strawberi ni banyak-banyak. Jangan jemu tau..:) Ita buat muffin ni sikit je dapat 7 ketul je. Ita selalu tak buat banyak2 kalau muffin atau kek .. Tapi yang ini anak ita suka .. jadi tambah bila ada coklat-coklat sikit. Rami kawan-kawan kat jepun tanya mana ita dapat strawberi ni sebenarnya strawberi ni dari costco selalu jumal mahal tetiba je jual murah dalam 478 yen kalau tak silap harganya. kalau tengok bentuknya pun tahu bukan jepun punya sebab besar-besar sebab yang ini dari US..
Resepi ini adalah dari resepi strawberry muffin tapi ita dah marblekan dia sebab nak bagi ada rasa coklat tu. Anak-anak ita kalau nak pancing makan kek kena ada rasa coklat. Baru la laju makannya. Alhamdulillah diorang suka dan rasa muffin ni pun bertambah sedap. Bagi yang nak buat muffin guna fresh strawberry adalah digalakkan tambahkan sikit gula bila kita potong2 strawberi tu biarkan dalam lima minit supaya buah tu manis sikit.. sebab kadang buah2 bila kita buat jadi kek atau apa masam sikitkan.. kecuali guna sos strawberi atau jem.. itu pengalaman ita yang tak seberapa ni la..
okla untuk resepi ini ita ambil dari Allrecipes dan ita ubah dengan memasukkan satu sudu serbuk coklat untuk marble. Kalau nak lagi cantik marble tu boleh letak sedikit pewarna coklat tapi yang ini ita tak letak .. terlupa plak.. resepi ini dah dialih bahasakan kalau nak yang dalam bentuk original boleh pergi ke link diatas.
Muffin Strawberi Coklat Marble
bahan-bahan
- 1/4 cawan minyak canola
- 1/2 cawan susu
- 1 biji telur
- 1/2 ts garam
- 2 ts Baking powder
- 1/2 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung
- 1 cawan strawberi yang dipotong
Cara-cara
- Panaskan oven 190 darjah celcius. Sediakan kertas muffin.
- Dalam mangkuk kecil pukul telur, susu dan minyak.
- Dalam mangkuk besar masukkan tepung , baking powder, garam dan gula. gaul rata.
- Pastikan strawberi yang di potong dadu tadi telah kering dari airnya dan dimasukkan ke dalam mangkuk besar berisi tepung tadi danmasukkan juga adunan susu yang telah digaul rata. Gaul semua menjadi adunan.
- untuk memarblekannyamasukkan sedikit pewarna coklat dan pes coklat ke dalam 1/3 adunan yang telah diasingkan.
- masukkan ke dalam kertas muffin secara berselang seli adunan coklat dan putih tadi dan boleh la dibakar selama 25 minit.
rajin sungguh akak...bikin mcm2...ayu natsu ni jrng buat dessert or cake sgt...ntah jadik pemalas semcm sebab kat dapur paling panas....hepi bufday kat adek akak yer...:))
ReplyDeletenani suke makan buah peach mase kt sana...mcm xde jual kat mesia. stoberi ni tak merasa la pulak..
ReplyDeleteuntungnya adik kak ita ni..besdaynya pon ada org buatkan kek lagi...hihih...comel aje cup kecik2 tu. senang nk telan.
ita cup mapin tu cantikkkkk.. suke tengokkkk... hehehe adik trasa kecik nak jadi ayah dah ye.. tingat adik saya yg sorg tu pun.. haiii blum jadi betul2 org lagi gaya nye.. hahaha
ReplyDeleteita...suka akk tgk mufin stoberi tu rasa mcm nk gigit je.
ReplyDeletehepi besday buat adik ita jef, moga bahagia sokmo
wahhh...ramainya memapin ari ni...
ReplyDeleteMuffin Strawberi Coklat Marble tu....cantikkk menawan la...
bestnye muffin kak ita..terliur!hhehe..tapi skang ngah bz sbb dh nk exam..x boleh la nk menggodek-godek di dapur:(
ReplyDeleteita...wah berderet2 menu keluar...ni mesti angin M dh melanda...ok lah tu kan...semalam tgk buah strawbery bertaburan..arini dh tertenggek kt atas cc..yum yum..
ReplyDeletemenyelerakan tgk kerabu tomato ikan bilis tu..pembuka selera
Salam kak! happy besday buat adik akak jugak! semoga da2nya dimakbulkanNYA insyaAllah! Waaaaaahhhhhhhh mapin cup cantek!!!! kalau tgk isi dia lagi cantek! sedap ni kak marble2 kita suke :D
ReplyDeleteAyu mana ada rajin tangan ni gatal je nak mencuba resei tau.. ye ayu akak pun letih je tu yang bangun tu godek2 kat dapur tu.. dapur panas gak lepas masak duk depan terus
ReplyDeletenanti ye nani kat msia susah jumpa kot.. sedapkan akak suka gak.. sekarang ada jual dah sikit buah tu kat supa..
saja buat muffin senang anak2 makan
Cantik sunggh rupa paras muffin tu..., rasanya tentu lazat, Kak Amie kagum! tapi entah bila kakak boleh buat begini.... cuci mata ajelah dari jauh...
ReplyDeleteizah o gi ikea je izah itu mufin ikea la..hihihihi.. tula awak pun aa adik gak yek.. ingat paling kecil ke
ReplyDeletekak rosa thanks ye atas doa tu
mas.. tula awak pun buat muffinkan.. saya nak guna strawberry saya tu..
ReplyDeletemaira.. ganbatte ne maira san... hihihihi akak ni housewife leh la godek2 kat dapur..:)
kak zai mood R ke M.. hahaha.. tak la kak tgk ada R baik kejar cepat2.. hahaha
ReplyDeleteika.. thanks ye atas ingatan dan doanya.. kat siam ada ikea tak, tu muffin cup ikea tu
kak amie.. saj akak dua je yang letak2 macam CC tu lain tu makan gitu je kak.. hihihi.. alhamdulillah sedap kak
ReplyDeleteSukanya tengok. Tapi cam susah je nak buat.
ReplyDeletecomelnyer muffin.. cup pun comel..
ReplyDeleteAssalamualaikum ita..
ReplyDeletewah comel nyaa muffin tu ita... sukanya akak tgk... cantik berseri gitu tau.. pasti sedap kan.. nak seketul... ada lg x nie?
salam, wah rajin nya :) mcm cupcakes :) muffin tu nmpk sedap. leh jualpre raya :D
ReplyDeletewow sedapnya muffin itew....sungguh menawan kalbu..hehe
ReplyDeletemakcik cuti oiii.....hahaha..mleh nak g keje.set kat kepala nak wat muffin.tp tak tahu nak wat muffin apa.sbb anak bujang sorang ni cerewet nak mampus.n sbb dia tahu maknya tak fail buat kek.sideh tak terkata
ReplyDeletewahhh..cutenyer mapin ita ni, pandai ita deco, cam sayang jer nk mkn, marble cakelat, mesti lagi sedapp..anyway hepi besday tuk adik Ita...
ReplyDeleteAssalam ita,
ReplyDeleteinilah rupa papercups tu ya..yang ita maksudkan tu ke?..aah sama macam akak punya akak beli kat ikea satu set dengan yg ini juga...cantik kan papercups ni..kena pulak dengan muffin yg sedap ni..makin berseleralah nak makan..
kak sam.. kak sam tak susah la kak senang je.. hanya deco tu terpulang pada masing2
ReplyDeletekak nor- ye kak li kat ikea je papercup tu
kak diana- kak diana dah abis la kak
hani.. hehehe tak pandai nak berjual buat makan2 sendiri je
ReplyDeletenieza.. saja2 deco2 tak banyak pun deconya
kak anie.. cuti ye leh main masak2 kak.. hihihih buat kak nanti mcm pizza hari tu banyak diorang makan
kak ida thanks ye atas ingatan
ReplyDeletekak yu.. tu la beli pun sebab cantik hihihihi.. ita beli kat ikea juga kak