23 July 2011

Donut Tofu



Salam semua. Hujung minggu macam ni tentu ramai kawan-kawan yang menghabiskan masa dengan keluarga masing-masing. Hari ini ita pergi main badminton macam biasa dengan kawan-kawan disini. Alhamdulillah keluar la peluh dah 2 minggu tak main badminton sebenarnya. Bila main badminton rasa happy sangat sebab dapat keluarkan peluh sikit kalau tak asyik duk rumah keluar peluh sebab panas je..:P

Ok la tak nak cakap banyak sebab esok akan ke Chiba InsyaAllah untuk pergi ke rumah kawan. Saja kawan ita di Yokohama ni nak ziarah kak nie sekeluarga dan Kak nie ajak kami sekali datang. Sebelum ke rumah kak nie nak terjah satu tempat menarik di Chiba ni. harapnya seronok. Ok la sementara tunggu muffin yang nak bawa esok untuk kunyah-kunyah dalam kereta cuba masukkan satu entry ni iaitu Donut Tofu.




Ita buat donut tofu ni tak silap hari Khamis, Fateh minta nak donut dah lama ita tak buat untuk dia.. Kalau bulan lepas mesti ada je donut untuk dia, akhir-akhir selalu tak buat plak..:( jadi resepi donut tofu ini ita ambil dirumah Noorsha. Resepi asal dari Mak yong my resepi.Terima kasih atas resepinya ye..




RESIPI DONUT TOFU
Resipi Asal : Makyong, Myresipi
Sumber : noorsha.blogspot.com


Bahan²
200 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
100 gm cotton tofu
6 gm yis kering
5 gm garam
20 gm mentega @ margerin
40 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu segar @ air suam
1/2 cawan air suam - standby
Minyak untuk mennggoreng



Cara²
1. sediakan semua bahan. pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik.
2. letakkan tepung, yis, gula halus, garam dan mentega dalam mangkuk. gaul sebati.
3. buat lubang di tengah, masukkan tofu, telur, dan susu. uli biar jadi doh. jika agak keras, nasukkan air suam sedikit demi sedikit. jika lembik, masukkan tepung roti sedikit demi sedikit.
4. uli doh hingga betul2 licin dan tidak melekat ditangan selama lebih kurang 20 minit. bulat2kan dan rehatkan dalam mangkuk sehingga naik 2 kali ganda. tutup mangkuk dengan cling film @ aluminium foil @ pinggan sepanjang tempoh mereharkan doh.
5. setelah doh naik, tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin dn bahagi kepada beberapa bulatan kecil. rehatkan lagi slama 15 minit.
6. setelah itu, bentukkan bulatan kecil tadi kepada bentuk donut, buat lubang ditengah2 @ boleh juga dicanai dan diterap dengan donut cutter... buat sampai habis (noorsha buat bulat² kecik saja)
7. susun donut yang dibentuk dalam tray yang ditabur sedikit tepung, jarak2 kan satu sama lain. rehatka hingga naik 2 kali ganda.
8. goreng donut dalam minyak penuh hingga kekuning kuningan.

25 comments:

  1. salam ita... aduhhh malam2 ni dapat donat sebiji sedapnya kunyah2...

    ReplyDelete
  2. agak lama jugak tidak mendonut...asik makan free je skrg...memang tak mendonut la...sedapnya makan panas2..

    ReplyDelete
  3. salam ita..wah brtmbh aktif sekali ita kedapur skrg..hingga x sempat nk komen dh kuar menu yg lain plk...alhamdulilah..semoga brtmbh sukses dgn resepi2 yg hebat..
    cantiklah puding yg berkaca2 tu dan nk mintak donut yg gebu tu sekali..yum..yumm

    ReplyDelete
  4. kak ita...donut gelang2 tuh yg best tuh.....kt jepon jek ade donut gitu kan heheh bak mai seketul boleyyy

    ReplyDelete
  5. Rajin..cantik ..mabeles.. suka mai sini.

    ReplyDelete
  6. ita...cantikk la donut tu...
    nak sebiji......

    ReplyDelete
  7. Salam Ita. Wah cantik nya donut spesel lak letak tofu ek. Kita nak satu kayu ya, penuhkan kayu tu dgn donut...hehehe

    ReplyDelete
  8. datang sini dapat beberapa biji donut dgn teh 'o' lemon panas kegemaran kakak ....lain kali nak singgah lagi, kenyang..... tak rugi datang dari jauh hi...

    ReplyDelete
  9. Sedap donat mkn ngan hot lemon tea tu
    Selalu Ayu buat ikut recipe ros JMC
    Akak jom jumpa hari ahad next week kt tokyo....blh x?

    ReplyDelete
  10. tergodanyaa tengok donut akak ni..nampak sedapp..heeee

    ReplyDelete
  11. nmpak gebu donat ita bt ni..sy dah lama x bt donut sbb x rajin nak menggoreng..blh gitu plak erk..hehehe

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Ita,
    bestnye tengok donut tu. kite suka tengok yg bentuk bersambung sambung tu. kreatif betul. :)

    ReplyDelete
  13. nmpk gebusss...yg cam gelang tu, lg comei...pakai acuan ke ita

    ReplyDelete
  14. Lama tak buat donut. Sekarang ni dah pelbagai jenis donut ada kan.. antara nak dengan tidak je membuatnya.. hehehe... psstt Ita, cantik cawan.. very the ladylike.. I likeee....

    ReplyDelete
  15. salam ita..
    lama dah maklong tak masuk dapur..
    nak donat tu seketul boleh..? hehe..

    ReplyDelete
  16. dlm mengganti posa ni nmpk menyelerakan jek donut itu :)

    ReplyDelete
  17. kak sue.. sedap donut ni dah dua kali ita buat

    nani.. yup sedap lembut je donut ni

    ReplyDelete
  18. kazai.. mana ada ita cuba resepi2 orang je mana yang mampu buat kak..

    saba.. yup kat mister donut adakan.. comelkan donut2 tu

    ReplyDelete
  19. kak sam.. terima kasih jenguk saya ye..

    mas.. mas pun dah buat kan.. sedapkan

    ReplyDelete
  20. along.. hihiihi nak satu kayu yekk jenuh ita nak masak lagi donu tu

    kak amie.. hihi kenyang tak kak kalau kenyang alhamdulillah

    ReplyDelete
  21. ayu.. akak dah balas kat Fb ye.. sedap ayu donut ni adam tentu suka..

    anum try la gebu je donut ni

    ReplyDelete
  22. del.. sedap donut ni jalangan la malas del dapat makan gebu2 ni hilang malas tu..:)

    ijan susah nak buat suka berderai tau

    ReplyDelete
  23. kak ida tak la tak pakai acuan.. bulatkan satu2 kecil2 past sambung guna ir yang cil2 tad buat macam gelang...

    mama.. yup macam2 resepi yek ita cuba je semua

    ReplyDelete
  24. mak long .. ita ni pun sebab jauh susah dapat makanan yang sedia dimasak kalau tak tentu ada hari gantung periuk gak

    alin.. sedap donut ni gebu je

    ReplyDelete
  25. waaah gebunya donut tofu yg ita buat tu.. comel... suka akak tgk tau.. rajin ita buat donut yer..

    ReplyDelete