Alhamdulillah perjalanan kami ke Izu dipermudahkan oleh Allah dapat camping dengan kawan-kawan disini dengan jayanya. Kami dah rancang untuk camping ni beberapa minggu lepas jadinya dah bincang semua perkara sebelum bertolak sebagai persiapan di tempat camping ni. Ita pergi dengan family Nik, Aliza, Maz, dan Aisha. Di izu secara khususnya dan shizuoka secara amnya banyak tenpat-tempat menarik tapi disebabkan kami memang nak camping dan kami sempat jalan untuk hari kedua je jadinya kami pergi tempat yang sesuai buat kanak-kanak dan dewasa. Kalau nak jalan satu izu ni katanya mahu 3-4 hari baru puas dan poket kena la banyak yen nya..:)
Dari yokohama ke Izu melalui highway kami mengambil masa lebih kurang hampir 3 jam perjalanan. Bertolak dalam pukul 530 pagi dan sampai lebih kurang jam 830 pagi destinasi pertama kami adalah ke jogasaki coast atau jambatan gantung yang popular disini. tempatnya cantik dengan permandangan laut yang biru. Untuk ke sini terdapat beberapa pintu masuk kami memilih untuk melalui jalan yang agak jauh iaitu lebih kurang 1 km berjalan kaki..:P sambil berjalan dengan laluan seakan 'jungle tracking'' kami melihat permandangan dan sempat mengambil gambar ditempat2 yang menarik.
ibu-ibu dan anak-anak
Selepas puas melihat permandagan yang menyegarkan mata kami ke tapak camping untuk check in dan lunch dichalet. Disebabkan kami pergi dengan anak-anak dan ada 3 baby jadi kami memilih untuk menyewa sebuah chalet yang besar boleh memuatkan 12 orang dan sebuah tapak khemah. Jadi untuk keselesaan anak-anak, ibu-ibu dan anak-anak tidur dichalet dan bapa-bapa di khemah yang perlu dibawa sendiri. begitu dengan chaletnya semua kelengkapan memasak ada tetapi untuk tidur perlu membawa tilam dan bantal masing2 kerana tidak disediakan. Nama chalet kami iaitu nanatakiautocamp@seven waterfall auto camp dan ia amat selesa dan berhadapan dengan air terjun. Jadi selepas je solat dan lunch kami pun masing- masing mandi air terjun disitu beramai-ramai. sejuk airnya dan terasa sangat bersih. Selepas habis mandi air terjun sempat lagi ita dan kawan ita maz masuk mandi onsen@ air panas yang disediakan didalam chalet. Onsen ni air yang panas, orang jepun suka mandi onsen yang ita dengan maz ni tak tahan siap masukkan sikit air sejuk lagi sebab tak tahan dengan kepanasannya..:) ini bukan public onsen,kalau yang itu ada dibawah tapi waktu kami nak pergi tu ada perempuan jepun disitu nk join sekali takut tak sesuai dengan pakaian kami sebab diorang kalau mandi jarang pakai baju..:)tapak khemah berhadapan chalet .. tapi yang ni bukan kami punya.. ita lupa nak ambil gambar khemah kami..
Bila malamnya kami pun mengadakan BBQ bersama-sama setelah masing-masing membawa bahan BBQ masing-masing. Seronok sangat bila bekerjasama macam ni tambahan pun menu agak specil iaitu kuzi kambing dan ayam, nasi beriani, acar mentah, keropok dan tembikai. sambil bakar BBQ sempat juga anak-anak main bunga api. Tak terkata seronoknya anak-anak bila dapat bermain bunga api.
Keeesokan harinya kami bersiap2 awal masak untuk sarapan dan berkemas untuk keluar dari chalet. Destinasi seterusnya kami ke kamazu seven waterfall yang terletak 5 minit sahaja dari tempat camping kami.Sampai disini selepas parking kereta kami perlu berjalan dalam 10 minit sambil melihat aliran anak sungai air terjun yang mendamaikan. kesemuanya ada 7 tapi kami tak pergi lagi 3 sebabkan bawa anak-anak dan perlu mendaki bukit cukup la sampai air terjun ke 4 sahaja. Sangat cantik permandangan disini dan rasa tenang sahaja mata yang memandang.
waktu nak keluar hotel saja tgk pakcik tu bersihkan wasabi nampak ita dia panggil dan bagi 2 wasabi ni.. minta izin nak ambil gambar...
Selesai sahaja di air terjun tu kami menuju ke shimoda floating aquarium. Disini terdapat ikan lumba-lumba dan kami membuat kata sepakat untuk melihat dari luar sahaja tidak masuk ke dalam disebabkan banyak tempat lain yang ingin ditujui. Dari luar dapat di lihat aquarium ikan ni dan agak luas juga kawasannya. sewaktu kami pergi ada penyu yang diletakkan diluar dan kanak-kanak diberi peluang untuk bergambar dan memegang penyu tersebut.
Selepas itu kami ke shimoda rope way. Sebenarnya ada beberapa rope way disini. Ada yang lebih menarik tapi disebabkan ropeway tersebut agak bahaya buat kanak-kanak kami memilih yang ini. Untuk menaiki rope way ini dikenakan 1000 yen. Diatasnya boleh dilihat bandar shimoda dengan permandangan laut dan kapal-kapal yang cantik sedang bergerak dan berlabuh. Ada taman yang boleh diselusuri untuk melihat secara lebih tinggi kawasan shimoda ini.
Selepas itu kami ke pantai maihama. banyak pantai untuk mandi sebenarnya tapi ini yang kami boleh pergi disebabkan ramai orang dan parking kereta yang terhad. jadi dapat la kami melepaskan kepanasan dengan mandi disini sambil berhenti untuk solat dan menjamu selera. Ombak dipantai yang agak besar takut juga sebenarnya bila duduk dipantai ni. Anak-anak mandi dekat tepi je. Sebab takut dengan ombak yang besar. Rami yang main surfing disini. Macam gaya ada..:) Selepas solat dan berehat sebentar kami pun balik semula ke Yokohama. Terima kasih buat kawan-kawan yang sama-sama menjayakan percutian ini. Amat seronok sekali. lain kali kita pergi ke tempat lain pula ye..:)
slmt kembali ita dan blh masuk dapur semula..cantik view kt sana ye..tentu anak2 yg paling seronok sekali kan..
ReplyDeletealhamdulillah...dah selamat blk dah Ita,,sure penat kan..tgk gambar yg ita share memang cantiklah..subhanallah...best rasa mcm akak ada kat sana jer..gambar pun cun..:)
ReplyDeletesalam ita..... cantik gambar..congrates!~ dah dapat handle dslr ngan baik... kite suke!~ hehehe....
ReplyDeletepic air terjun tu klo dpt buat slow shutter sure cantik, lembut jer aliran airnye :)
salam Ita..
ReplyDeleteBest kan sekali2 dpt berjln2 menikmati keindahan alam semula jadi..cantik permandangan :)
Ita nnti fuyu meh jln ke atas pulak eh. :D
ReplyDeleteoohh..ita gi camp rupanya, patut la senyap jer dapur dia..
ReplyDeletememang cantik sgt ita tmpt tu bila tgk pic2 ita ni, gambar pun cantik.....last saturday k'ida hanya gi mandi-manda kt water fall jer
betul la akak kirei sangat....urmmm somi ayu ckp puw izu waktu sekarang memang ramai orang nak bercamping....teringin nak gi gak tapy jauh giler la
ReplyDeletewaaa...canteknya gambar 1 family di air terjun tuh... seronok nyer dia bercamping... air terjun pon cantek...
ReplyDeleteAssalam ita,
ReplyDeletewah ita pun berapa hari tak berupdate ya..bercamping rupanya..seronok akak tengok gamabr2 yang diambil..cantik2 dan sungguh2 teruja ..rasa nak pergi naik bas aje kalau dekat..bestnya..
mosyi-mosyi.tumpang lalu.den nak poiee shinjuku, nice pic and happenig, i like it
ReplyDeletewahhhh...bestnya gi campingg.....
ReplyDeleteAssalamualaikum ita..
ReplyDeleteseronoknya p camping ... pemandangan kat sana pun sgt cantik... gambar2 mmg cantik..
cantiknyaaa pemandangan tu! suka sgt tengok... bestnyaa akak...pasti jadi pengalaman yg takkan dilupakan, g ramai2 lg la sonok, meriah gitu...
ReplyDeletejauh berjalan luas pandangan....cantiknya pemandangan...bestkan dapat bejln tempat org...
ReplyDeletesalam ita...cantik gambar ibu ibu dan anak anak..cantik dan bersihkan pemandangan disana...bila tgk view yg cantik disana...rasa kita di m'sia juga patut lebih menjaga dan menghargai alam kita sbb m'sia pun ada byk sungai2 dan pantai2 yg cantikkan......
ReplyDeletesyioknye jalan2... beruntungnya ita dapat menikmati keindahan alam Allah swt depan mata :D
ReplyDeletecantik2 gambar, suke!!!
slm kenal sis..beshnyer view kat sane...
ReplyDeleteshiawase.....nyaman masa kat air terjun.ehem...gmba kelas you.cantik2 belaka.tapi jembantan gatung tu kkanie pas.takut ma n pasti pitam abis.
ReplyDeleteSalam. Hi Kak Ita, pertama kali singgah ke blog akak.. Cantiknya pemandangan di sana dan semua yg mengikuti percutian sangatlah gembira. Gambar2 pun sangat cantik. Salam perkenalan dari Nur..
ReplyDeleteQuite worthwhile data, thanks for your post.
ReplyDeletecell phone plans | Brooks real estate | Bracebridge real estate