27 July 2011

Andersen Theme Park ,Chiba

Salam semua. hari ini ita nak masukkan gambar weekend baru ni ita ke Chiba. Chiba ni sebenarnya negeri sebelah yokohama kalau di Jepun ni. Perjalanan ke Chiba mengikut highway lebih kurang 1 jam 30 minit. Sebenarnya ke chiba ni atas jemputan kak Nie sekeluarga untuk kerumah nya. Ita pergi bersama 3 family lagi dari Yokohama. Kak nie ni baik sangat orangnya . Amat mesra dan tidak berkira langsung sampai kami buat macam rumah sendiri pula. sayang sangat ita tak bawa keluar kamera waktu ke rumah nya haritu kamera tinggal dalam kereta..:( Terima kasih kak nie atas layanan yang sungguh baik dan sempurna buat kami sampai malam baru tahu nak balik...:) Makanan kak nie masak pun sedap2 belaka..:)

Sebelum ke rumah kak Nie sempat kami singgah di Andersen Theme park di Funabashi Chiba. Bag ita yang pertama kali ke sini amat seronok taman ni. Banyak aktiviti dan cantik pula tu. Tak tergambar untuk menceritakan kecantikan taman ni. Terima kasih pada adnin dan abang Puza yang carikan taman ni.. :) Bayaran masuk untuk ke taman ni adalah 900 yen bagi dewasa dan 100 yen bagi kanak. Bagi ita harga itu amat berpatutan dengan kecantikan taman ni. parking pula 500 yen sekali masuk.

kami sampai dalam pukul 10.30 pagi masuk je pintu masuk tu nampak banyak sangat himawari( bunga matahari) dalam pasu kecil2.. sangat cantik dan bunga2 lavender pun banyak berselerakan. Geram je tgk bunga2 tu.. disebabkan banyak aktiviti yang menarik dalam taman ni jadi kanak-kanak dah nampak taman permainan dulu. Jadi mak ayah kena la tgk2 anak2 yang main. Besar permainan disini dan seronok pula tu..







Lepas dah penat bermain panggil anak-anak makan sekejap dan bagi mereka main air. Disini waktu musim panas kolam untuk mandi dibuka. Jadi ramai sangat orang yang datang bawa anak-anak main air. Kebetulan kami duduk dibawah pokok tempat aliran air jadi bagi anak-anak main air disitu je la sebab nak pergi rumah orang takut lambat pula kalau bagi main air di kolam besar tu.. main permainan dan main air free je..








dah bagi anak-anak main air sekejap kami jalan lagi ke tempat menarik seterusnya iaitu tengok binatang . Tapi malangnya dah binatang dah masuk kandang waktu tu sebab ada jadual sebenarnya. jadi berhampiran dengan tempat tu ada aktiviti kayuh kereta basikal kot namanya..:P kereta ni boleh naik 4 orang dan kena kayuh. 1 basikal 300 yen. Jadi kami naik yang ni lepas tu papa dan anak-anak naik shinkansen( keretapi laju jepun) pula. Yang ita seorang 100 yen.







Kemudian kami ke arah windmill (kincir angin) yang cantik. Suka sangat dapat ke sini dengan bunga-bunga yang cantik dan rasa happy sangat dapat bergambar disini. Tapi tu la terlupa nak bergambar satu family disini kerana asyik ambil gambar bunga-bunga tengok-tengok semua orang dah beralih ke tempat lain..:)



w




Selepas itu kami ke ladang himawari ( bunga matahari). Kalau dijepun musim panas memang waktu nak tengok bunga matahari. Sekarang ni tengah kembang dan setengah-setengah tempat lagi 1-2 minggu kembang dengan elok. Suka sangat dengan bunga matahari ni cantik. Tapi yang ita perasan tahun ni kembangnya kurang sikit besarnya tak macam tahun sebelum ni ita pernah tunjuk dientry sebelum ni.. rasa waktu tu lebih besar..:)








Kemudian kami ke arah tempat menaiki sampan pula. Untuk naik sampan bayaran yang dikenakan 3 orang maksimum dan 300 yen satu bot diberi masa 30 minit. Jadi kebetulan fateh tidur dan Zaki pun tak pergi sebab familynya 5 orang ita dapat la merasa naik sebab dia tengok2kan Fateh. Papa mendayung sampan tu rasa seronok sangat sebab lama tak naik sampan macam tu.








Untuk tidak menghampakan anak-anak kami ke ladang binatang tu untuk menunggang pony dan melihat binatang2 disitu. Seronok fathnin dapat menunggang pony tu fateh yang tidur tak dapat la nak merasa menunggang. Bayaran bagi menunggang kuda 100 yen dan tengok dan pegang kambing percuma.








Sebelum balik tengok anak-anak main mainan beruang ini dan happy sangat diorang dapat ke taman ni. Bagi ita bagi yang nak ke Chiba taman ini adalah taman yang patut dilawati..:)



26 comments:

  1. Panjangnyer kaka citer tapy Ayu suka
    Boley share byk info kt cini
    Mmg kirei sgt tmn ni...boley terjah lepas ni (^_−)−☆

    ReplyDelete
  2. suka tgk k.ita punya pic.cantik....aa anak2 k.ita pun comellss..umur brapa tu dua2..huhu..

    ReplyDelete
  3. comelnya princess tu posing, sgt fotogenik nak2 mama dia pandai capture! saya kena belajar dgn akak ni... seronok sgt taman ni semua pun ada...i likeeee... gambar himawari sgt menawan!

    ReplyDelete
  4. Salam Ita...
    Alhamdullilah dpt berjln2 ngan family & jgk teman2. mama paling suka gmbr bunga mata hari & jgk lavender2. Cantik gmbr2 Ita..gunakan camera baru lah nih :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya...jalan2...cuci2 mata...relax2...luas pandangan...banyakkkk pengalaman...kita yg kat sini pun tmpang sekaki berkongsi jenjalan walaupun cuma tgk gambo2 je...ntah bila la sampai nya...

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan2..geram dgn himawari tu...e-na x jumpa lg himawari yg banyak kat nagoya ni..huhuuu

    ReplyDelete
  7. salam kenal dari niigata. cunn gambaa! :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ita,
    Kak Amie selalu tengik Ita sekeluarga rajin bawa anak-anak keluar, jalan-jalan, bersiar-siar, pergi ke pelbagai tempat.... anak-anak mesti seronokkan,

    Kak Amie pula selalu kesuntukan waktu, bila cuti suami pula bekerja, nak jalan dengan anak-anak, rasa tak seronok pula tanpa bapa mereka, kadang-kadang anak-anak bising juga...asyik duduk terkurung dalam rumah macam burung!

    ReplyDelete
  9. ita,msk ape arini...
    wah berjalan sakan...bila lg nk mkn angin kan..cantik view kt sana..suka tgk...ceria je

    ReplyDelete
  10. Seronokkan Ita dpt bawa famili jln2 tempat rekreasi begini...mcm2 ada..anak2 yg paling happy. cantik gambar bunga2 tu!

    ReplyDelete
  11. bestnyer jln2...cantik sume gambar2 tu...himawari, last year, k'ida pernah gak gi tgk bunga matahari ni..besor2 kn ita..sume teruja la apa yg ada kt Japan ni..so, kita kena jln puas2 sebelum balik..summer kali ni k'ida tk byk jln2 sgt..ada gak la pegi mandi-manda kt water fall, ahad nanti insyaallah last copek mandi sungai lak sebelum ramadhan..ita balik m'sia raya nanti..k'ida raya kt sini jer

    ReplyDelete
  12. sukanya akak tgk gambar2 percutian ita ni... pandai ita ambik gambar..

    gambar2 bunga tu yg paling menarik hati akak.. almaklum.. peminat bunga.. hihi.. bab kena tinggal masa ambik gambar tu yg biasa berlaku pd kita yg minat ambik gambar sedangkan org lain tak minat sgt ambik gambar.. hahaha.. perkara biasa kan.. hishhh.. geramnya akak tgk bunga matahari tu.... cantikk!!!

    ReplyDelete
  13. ayu.. akak tak nak miss semua info tu tengah ingat baik akak tulis ini untuk senang kalau ada orang nak gi nanti..:)

    anum seorang tahun ni 6 tahun bulan 9 ni seorang lagi baru masuk 3 tahun...thanks anum

    ReplyDelete
  14. Hanis, thanks ye... nanti dapat yang comel gitu juga ye akak doakan.. mama dia nimemang suka amik gambar dia sebab dia pandai posing hihihihi

    mama.. ye mama guna kamera tu.. hihihih baru nak belajar ni mama... ye mama kalau suami free memamng akan jalan2 bawa anak2

    ReplyDelete
  15. salam ukhuwah akak...

    subhanallah!cantiknya lavender tu...
    saya sgt suke lavender

    ReplyDelete
  16. cik cek.. ye kak alhamdulillah dah sampai sini ambil peluang jalan2

    kak ena.. ita pun kali ke 2... kawan2 nak gi lagi hujung minggu ni tapi mungkin ita tak gi

    ReplyDelete
  17. akak...kemungkinan nnti sue kene pegi kumamoto....duduk sorang2..xde kawan...takut :(

    ReplyDelete
  18. sy suke belajar bahasa lain kak...

    dulu da belajar bahasa arab kat sekolah, mandarin kat uni...la ni belaja bhs jepun tak rasmi je

    ReplyDelete
  19. syaima.. terima kasih ye lawat blog akak.. samalam kenal juga

    kak amie.. ye kak dah seminggu duk rumah hujung minggu untuk bawa anak2 jalan

    ReplyDelete
  20. kak zai.. ye kak ada peluang jalan la tambahan kalau suami busy nanti duk rumah senyap2..hihihi

    mama sya.. kat sini memang cantik2 tak tergambar dengan mata

    ReplyDelete
  21. kak ida ita tak balik la kak duk beraya sini je,, awal tahun hari tu dah balik dah.. mana leh balikselalu..:)

    kak madiha tula ita asyik tertinggal je sebab ralit sangat ambil gambar

    ReplyDelete
  22. sue terima kasih lawat blog akak ye..

    ReplyDelete
  23. aah akak, attachment 3 bln inshaAllah kalau xde aral yg melintang akan pegi this coming oct..

    mekaseh kak..kene survive as lone ranger ni..

    maybe kawan dgn orang indon kot..

    ReplyDelete
  24. seronoknya p jejalan... pemandangan pun cantik... gambar2 pun cantik... anak2 ita pun comel... suka tgk

    ReplyDelete
  25. Salam ita, seronoknya nampak tempat ni, cantik pulak tu

    ReplyDelete
  26. kak diana terima kasih kak.. tula alhamdulillah tempat ni cantik kak

    kak pi.. suka taman i macam2 aktiviti kak suka sangat

    ReplyDelete