Salam semua. Semalam tengah fikir-fikir kuih apa nak buat untuk berbuka terpandang roti yang nak expired hari ini. Tengok fateh dan fathnin pun tak nak makan roti tu daripada terbiar begitu sahaja ita kena buat sesuatu dengan roti tu. Dalam fikiran ni nak buatkan puding roti je sebab itu yang selalu cepat habis kalau dimasak. Seisi rumah ita amat mengemari puding. Nak buat puding tembikai baru je kelmarin buat untuk bagi rasa kawan-kawan kat sini jadinya ita buat puding roti marble. Tapi kali ini ita inovasikan kepada puding roti marble coklat blueberry. Terkadang bagus juga kita mencuba resepi-resepi baru ni baru la terserlah kreativiti dalam pengolah resepi supaya ia menjadi dan menghasikan sesuatu yang baru.
Untuk resepi ini ita menggunakan resepi kak hana sebagai asasnya dan ita ubah sedikit untuk kesesuaian dengan resepi ini. Bolehkan kak hana.. moga semakin berkembangnya resepi yang kita kongsikan semakin bermanfaat ilmu itu..:)Ita hanya adjust susu dengan mengantikan susu soya dan gula dalam kandungan resepi ini disebabkan susu soya yang ita gunakan manis dan jem blueberry juga manis. Bagi yang nak tukar dari blueberry kepada sesuatu yang lain pun boleh sama ada strawberry, oren dan perisa lain-lain terpulang kepada kreativiti masing-masing...:)
Puding Roti Marble Coklat Blueberry
Bahan-bahan- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 180ml susu soya
- 8gram serbuk agar2
- 3 sudu gula - mengikut kemanisan masing-masing
- 2 sudu besar butter/marjerin
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
- 2 sudu besar jem blueberry
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu soya dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Satu lagi jem blueberry. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2 begitu juga dengan jem blueberry.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan bluberry, adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis, ketika memarblekan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.
betul2x kami pow suka pudding roti...mudah n cepat buat...dan cepat gak lincin....oishii sou :))
ReplyDeleteAs'salam Ita
ReplyDeletememang best kalau dapat makan puding ni. Tambah lagi cuaca panas2 macam kat M;sia ni Ita. family kak ct pun suka makan puding2 ni.
aaaaaarghh...nakkkkkk!!!!
ReplyDeleteakk,sy pun arini buat puding roti gak.ke roti dah nk expired,baik buat puding,sume org sukekan..
ReplyDeletesuka tgk kak ita rajin masak macam2..jue dh kena virus M skrg..hehehe..tapi bila tgk puding kak ita ni mcm nk selongkar lemari jap g..cek bahan cukup ke x..nak buat jugak..hehehe
ReplyDeleterasanya puding roti kak hana ni la paling sedap.. lemaknye pun cukup.lembut je pudingnya tu kan...
ReplyDeleteita..lawa la gambar..suke tegok kemas jee
sedapnye..terliur tengok..saya dah beli roti nak buat projek puding tembikai..hehe..kononnya nak buat sbb nak bg kat obaachan rumah hujung nie sebab dia selalu bg hasil kebun dia tp jirannye nie tak reti2x plak nak berbudi ye..hehehe
ReplyDeletep/s : akak, saitama - yokohama dlm sejam lebih aje..jemput la dtg rumah..;-)
salam ita..
ReplyDeletemenarik puding tu.. tambah menarik lepas kena potong tu.. geram jer mcm nak capai seketul masuk molot.. hehe..
jom tukar2 puding ita....
ReplyDeletesedapnya tengok puding ita tu..
cantikkk...
assalam ita,
ReplyDeletekak amie kagum betul dgn tangan2 kreatif yg berjaya menghasilkan resepi yg cantik & menggiurkan macam puding tu.... semangat nak belajar & tambah ilmu masak2 terus meluap2...
mesti sedap sbb ada 3 rasa...betui tak ita..haaaaa puding roti mmg sedap..cantik puding tu..
ReplyDeletelove ur dishes...this one looks absolutely yumm..!
ReplyDeletefirst time here..awesome space you have.
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite
alamak cantiknyaaa.. ita, lembut aje colour dia.. akak suka...
ReplyDeletesedapnya kalau dapat makan time cuaca panas2 kan.. licin aje dia melintas kat anak tekak ni..
Ayu.. memang sedapkan.. akak suka resepi ni saja olah2 untuk dapat rasa yang baru..
ReplyDeletekak Ct.. tula ita memang suka puding tu yang selalu buat tu kak
kak gee.. buat la kak senang je
ReplyDeleteLia betul lagipu resepi ni senang dan sedapkan
jue...buat jangan tak buat.. akak ni saja isi masa lapang hihihi
ReplyDeleteizah ye izah suka resepi ni tu yang cub aolah tu..
umie.. memang nak gi suka dapat gi tambah dapat tengok muaz.. tapi dah tanya hubby dia ada hal plak weekend ni...:(
ReplyDeletekak madiha.. saja nak bagi terliur kak..:) sedapkan kak resepi ni akak tentu pernah buat
mas.. jom pas ita tak tahu jumpa ke tak biskut untuk buat puding mas tu..
ReplyDeletekak amie.,, saja cari kelainan kak.. untuk dapat pengalaman memasak
kak ida betul kak sedap gabungan blueberry dan coklat...
ReplyDeletejay.. thnks to visit my blog.. i will visit your blog later..
kak ita.. tak secantik hasil kerja akak... ye kak sedap lalu kat anak tekak
ReplyDeleteRoti apa yg nak guna.roti yg kita buat sandwich tu ka.
ReplyDelete