28 June 2011

Nasi Kebuli dan Ayam Goreng Tandoori



Salam semua. Terima kasih bagi yang sudi jenguk dan singgah di blog ita ni. Bagi ita blog ita adalah terapi yang terbaik buat masa ini untuk Ita sebab dengan nya blog ini ita curahkan apa yang ita ingin pertingkatkan kemahiran dalam diri ita, kemahiran memasak, kemahiran mengambil gambar, kemahiran menulis walaupun terkadang ayat macam lawak je bila baca balik.. tapi ia mengajar ita kreatif untuk melakukan sesuatu tambah bila masak, mengambil gambar Ita ingin menyampaikan sesuatu itu dalam keadaan terbaik bagi kemampuan ita. Ita amat gembira dengan apa yang ita lakukan setelah seharian dirumah melayan anak-anak dan duduk saja dirumah bila pandang je blog ita ni dan kawan-kawan yang datang rasa happy tak terasa kosong tanpa aktiviti.

Terkadang ia juga mengajar ita untuk lebih bijak menguruskan masa agar tidak lengah sebab bukan senang nak ada komitmen dengan blog ni dengan nak masukkan entry dan melawat hasil kerja kawan-kawan blog yang lain. Seperti yang ita bagitahu sebelum ini melawat blog kawan-kawan dengan membalas setiap komen diblog mereka adalah tanda terima kasih kerana sama-sama berkongsi kegembiraan dan kesukaan yang sama...:)Walaupun kadang ada juga suara-suara yang kurang sedap didengari namun blog ini adalah terapi buat ita jadi ita biarkan saja suara-suara yang kurang sedap didengar tu..:)



Nasi kebuli adalah menu berbuka puasa semalam. Seperti yang pernah ita katakan sebelum ni ita memang suka masak nasi berperisa ni. Seisi keluarga memang mengemarinya. nak masak pun mudah.. ita buat sikit je untuk makan sekali je waktu berbuka. Sedap nasi ini. Suami ita pun kata sedap. .. Alhamdulillah suka bila masakan yang dimasak disukai oleh suami dan anak-anak.

Untuk gandingan dengan nasi kebuli ita gandingkan dengan ayam goreng tandoori, dalca daging dan acar mentah. Okla jom kita lihat resepi nasi kebuli yang ita ambil dirumah kak ummi dan resepi asal dari tulip.



NASI KEBULI

Untuk membuat mengikut bilangan isi rumah perlu la diubahsuai sendiri..

Bahan-bahan:-

  • 900 g beras -basuh dan toskan
  • 2 biji kelapa parut
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis/ ita guna minyak canola

Untuk Hiasan:-

  • 2 biji telur (didadar) - ita tak buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan giling:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • setengah labu bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia- yang ini ita tambah sendiri

Cara Memasak :

  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.




AYAM TANDOORI GORENG

Resepi asal :Chef hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

27 comments:

  1. kak ita ayu dah hulur pinggan tulun penuhkan yer unutk 3 org boley x??? buat dinner malam nie...hahahaha...sedapnyer tgk dah mcm bulan posa....rajin betul :))

    ReplyDelete
  2. eeemmmm sedapnya ....
    bau semerbak sampai ke penang.courier boleh? sedapnya kalau dapat berbuka dengan nasi kebuli ari ni.

    ReplyDelete
  3. salam ita...
    nampak pun dah tau mesti sedap ni... akak lom pernah merasa lg nasi kebuli...

    ReplyDelete
  4. nasi kebuli mmg sedap... akak pun suka!

    ReplyDelete
  5. Salam kak! alaaaaaa...kita jer yg belum nasi kebuli niii, nak buat jugaklah! beras basmathi kita belum rasmi lagi tu mesti sedap :D ayam tandoori pernah masak sekali kalau tak silap hihihi....

    ReplyDelete
  6. tak tahan akk tgok set nasi ita ni.. perut mmg tgh lapar coz bru balik bertugas sukan di pdg.. macaron kt bwah tu pun akk dah ketinggalan nampaknya.. sejak naik sek ni mmg buzy mmanjang.. dpt BW jap2 jer..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap ler nasi kebuli ni ita.... x pernah merasa apetah lg mencubenya... hehe.. takper nanti leh try, masuk list dulu.... tapi klo x pkai basmathi pun ok kan....utk makan2 sendiri jer boleh la kan... heheh

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kat Kak Ita jugak sebab sudi berkongsi melalui blog^^..plus,tnjuk gambar yg cntik2..biar sye terliur dan semangat nk mencube..hehe..
    first time dgr nama nasi kebuli..nasi dan ayam tu sama menggoda:))

    ReplyDelete
  9. kakk ita pakai beras basmathi ye? nmpk sebiji2 nasik tu. konfem la mahal beras mcm tu kat sana. tp puas hati kalau masak family suke makan...

    terima kasih jugak buat kak ita kerana rajin melawat blog nani yg tak seberapa itu..belom ada masa lagi nk salin kulitnya. heheh...

    ReplyDelete
  10. itaa toksah dipeduli dgn kata2 x sedap tuu .. mana2 pun ada dik .. lantak pi lah .. janji kita x kacoo org kan :)

    ermmm ita nie memang pandai memasak dan rajin lak tuu :)

    ReplyDelete
  11. kak ita..kalau dekat..dah lama saya ketuk pintu rumah akak hulur pinggan mintak ayam tandoori tu... sedapnyaaa!!! mana nak dpt mood rajin masak mcm tu ni..adeh!!!

    ReplyDelete
  12. resipi baru lagi...nanti kak ita tolong ajar masak boleh...? kami ni asyik makan benda sama jer...n tq melawat blog saya...sehari sebenarnya xnyak pon pos...2 jer

    ReplyDelete
  13. assalam ita,
    kak amie belum pernah buat nasi kebuli tapi selalu tgk dlm majalah resepi, rasa nak cuba buat, esok balik lewat, lusa kena siapkan slaid show, Jumaat datang boss baru - buat presentation, Sabtu... ada larian 1 Sukan 1Malaysia 1Minit, Ahad....insya-Allah....

    ReplyDelete
  14. Ita, dslr eh! wah best2! dah pandai guna, cantik gambar2nya!

    ReplyDelete
  15. pergh..!! mantopp.... bila nk masak menu jepun lak ita?

    ReplyDelete
  16. Ayu ini menu semalam memang buat makan berbuka pun ayu.. hihihi mana rajin alang2 nak masak terus masak gini

    roses.. jauhnya nak courier..:) dah habis la.. thanks ye jenguk blog saya

    ReplyDelete
  17. kak madiha sedap nasi ni ita suka cuba lal kak.. masak pun mudah

    kak ita ye kak ita pun suka juga

    ika ye ika.. sedap tau nasi ini tak rugi cuba .. wah buat dgn basmati lagi la sedapnya

    ReplyDelete
  18. kak dzana.. tula ita dapat bayangkan kak.. itu pun akak sempat tgk internet.. ita nanti macam mana la rupanya.. hihihihhi

    sha.. leh je ita guna beras thai j en bukan basmati pun..:)

    ReplyDelete
  19. maira ye maira.. thanks kembali.. cuba la masak nasi ni sedap bagi akak

    nani.. awak pun sama thanks kembali.. ni akak tak guna basmati pun.. tak de stok kat umah guna beras thai je

    ReplyDelete
  20. kak ieda.. tak la tak pandai masak kak ita suka cuba2 resepi kak.. thanks atas semangat tu kak..

    umie mana rajinnya memang kena masak hari2 tu yang buat special sikit kadang2 je

    ReplyDelete
  21. faiz.. belajar masak cari je resepi kat blog akak ni banyak.. hihihi tula kena la kreatif sikit baru leh masak macam2

    kak amie sibuk ye.. ita balik msia nanti tak tahu la sempat ke tak masak gini.. sibuk macam akak agaknya

    ReplyDelete
  22. As. yup Fariz yang belikan .. baru je explore as.. tgh belajar lagi ni banyak yang tak tahu..

    kak gee. .. menu jepun ita masak yng simple2 je kak

    ReplyDelete
  23. Ambooiii Ita, sedapnya nasi kebuli...makan x panggil akak pun eh..hehe...sedap kan nasi ni...kena lak dgn ayam tandoori tuu...wey mau bertambah inci dibuatnya..

    ReplyDelete
  24. Salam Ita n family...
    Sedap2x... blm pernah cuba lagi nasi kebuli kalau tak silap... tapi bila tgk jejes ah air liuq mama siap ngan ayam grg tandoori...

    ReplyDelete
  25. wahhhhh...sedapnya tengok set nasi mandhi tu....
    terliur wehh...

    ReplyDelete
  26. Ita,

    sedapnya nasi kebuli tu...kecur kak nur kat sini...akak baru mkn goreng pisang aje nie...hehe...juling mata kak nur tengok nasi mu itew

    ReplyDelete
  27. terus bertmbh lapar akak d buatnya tau... terliur tgk nasi kebuli dan ayam goreng tandoori tu... sedaaaapppp

    ReplyDelete