23 June 2011
Jelly kelapa
Salam semua. Hari ini ita sempat ke Costco Kanazawa Seaside di Yokohama ni mana taknya misi mencari buah-buahan tempatan yang diimport dari Thailand.Costco ni supermarket borong yang barang-barangnya banyak dijual dari luar Jepun kebanyakkannya US dan yang paling suka disebabkan dari luar senang nak baca ingredient yang ditulis dalam english.
Ceritanya ita memang dah ke Costco Kawasaki hari sabtu baru-baru ni waktu nak beli barang-barang untuk majis gathering muslim society di universiti hubby ita, waktu tu memang nampak dibahagian buan-buahan tu ada "Thailand Fair" jadinya pergi la tengok-tengok apa yang ada. Tetiba nampak durian, suami ita yang memang suka durian ni kata jom beli durian waktu tu harganya 2080 yen. Jadinya ambil sebiji. Bukan buah durian je ada tapi ada buah-buahan lain seperti manggis, kelapa muda, mangga macam harum manis tu, mangga mexican dan laici. Mula nak beli juga buah-buah lain tapi sebab rasa harganya bukan la murah sangat biasa je tak le sampai terliur nak makan jadinya ita tak beli buah-buah lain.
Kelmarin kak hani tunjuk kat FB yang buah-buahan di Costco yang ita nampak tu dah turun harga, durian jadi 498 yen je sebiji.. alamak murah tu..ita rasa diorang nak habiskan stok.. Hubby ita kata jom la beli.. ita gi la semalam tapinya memang rezeki tak de sebab murah buah tu cepat la habisnya. Tapi buah lain macam mangga, laici, kelapa muda, manggis ni masih ada.. jadinya dapat la beli dan buahnya memang manis dan tak rugi membeli.
Ita memang dah tergerak dah kalau beli buah kelapa muda ni nak buat jelly kelapa. alhamdulillah dapat makan jelly kelapa ni yang memang dah lama dok kecur air liur tengok kak nor secubit garam selalu buat tu... Dulu masa diMelaka selalu pergi beli di pasar malam yang ada seorang penjual jelly kelapa ni siap nyanyi lagi jual jelly kelapa ni..:)
Okla jom kita lihat resepi yang best ini dari kak nor. Hari ini hari panas sangat dan amat sesuai sangat makan jelly kelapa ni. Nyaman je tekak dan terasa kenikmatannya. Ita hanya buat 1/2 adunan je dari resepi ni sebab kelapanya ada 2 biji je...
Jelly Kelapa
Sumber :kak nor@secubit garam
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-cara.
1.Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2.Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
3.Padamkan api.
4.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
5.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
cantiknyer jelly kelapa kaler ijau.. alhamdulillah.. dpt gak ita merasa jelly kelapa kat sana ya.. :)
ReplyDeletehai ita...jangan kata kat jepun, kat CH niboleh tahan susah nak dapat kelapa muda... :)
ReplyDelete** seronok selongar dapur kt jepun ni..
Gulpppppp!!! Nak jelly kelapa...
ReplyDeleteCantik dan menawan hati dessert tu Ita!! :D
sedap kan ita?? akak pun suka resepi kak Nor ni.. lembut aje.. lagi lembut lagi sedap! licin aje dia melintas dalam anak tekak ni...
ReplyDeletewarna ijau tu cantik lembut aje... sangat refreshing.. :D
akak...nk jek mtk tlg belikan kelapa utk kite..kagawa ken xdak....lame dah nk makan jelly kelapa nih..huuhuhh
ReplyDeletemmg best kalo dpt membeli kat costco..sye pnh pegi 2 kali je..tu pon tumpang sekaki ngn orng yg ade kad ahli..hehe
ReplyDeletekad sniri takde..lgipon jauh la dri umah..ssh nk smpai..huhu
oishisou~jelly kak ita..
Jelly looks vibrant and yummy. Beautiful looking blog, loved the recipes and pictures, I'm your new follower now.
ReplyDeletebila la nak merasa jelly kelapa kt nagoya ni...ada kelapa jual kt aeon, kedai thai kt sini..tp mahal...better beli buah2 yg xde di mesia / mahal kat mesia mkn puas2 kat sini..kan kan
ReplyDeleteklu dekat bole rasa ita punya 1 je...;p
Assalamualaikum Ita,
ReplyDeleteSedap lagi kalo dpt segelas dari Ita nie...hehe...masuk ke tekak terus ilang.
sangat jelez sebab tgk si murni pow borong buah kat Costco tue...kat sini x der la..uwaaaa hentak kaki nangesss!
ReplyDeleteadehhh..sedapnyer kalau dpt segelas dr Ita ni...panas sgt dah hari ni, emmm nyaman jer ni kalau masuk tekak, bestnyer ita, costco sana ada product dr Thai erk ...kt sini costco ada, tapi tak der la product Thai tu...
ReplyDeletetak per la..ubat hati yg kempunan dgn minum ABC jer la hari ni...hi..hi
uwaa..nak jelly kelapa gak.jelesnya dpt beli kelapa muda kat sana.kat sini xdepun,kot ade mahai sungguh..:p
ReplyDeletenice & sweet la ita... yummy!!
ReplyDeletenak secawan dikkk ! huhuhuhu sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteAs'salam Ita
ReplyDeleteMana nak panjat pokok kelapa kat KL ni. kalau kat kampung tu banyak lah..hehehe.
kecur dah tengok jelly kelapa ni ita, warna pun memikat hijau jer sejuk mata memandang dan sejuk jer masuk dalam tekak..hihihi
Salam Ita,
ReplyDeletePanas panas pekena jelly kelapa macam ni.....fuhhhhh bestnyaaaa.....
Akak nak satu gelas boleh....
sedapnyaaa dah lama tak makan...yum2
ReplyDeletebestnya..... walaupun duduk jauh kat jepun tp masih boleh dpt macam2 bekalan makanan yg segar2...kak amie biasa makan puding kelapa pandan je, itu pun terpaksa beli... nak kreatif jugak macam ita...
ReplyDeletesalam...sedapnya nampak jelly tu...tetambah tengah posa ni....he he..XOXO..
ReplyDeletekak nor .. thanks kak suka sangat jelly kelapa ni kak.. rezeki jumpa kelapa muda kak
ReplyDeleteoh yeke.. tapi kat pasar mungkin ada kot kat sin kalau ada mahal la
Love.. yup i love it.. yummy..:)
ReplyDeletekak ita.. akak pun buat warna hijau kan.. akak punya jelly lagi cantik suka tgk
saba.. yeke sian awak.. hari tu je promotion nya dah tak de dah sebab buah cepat busuk..
ReplyDeletemaira.. tula akak pun jauh gak sebenarnya dengan kereta pun 1 jam gak gi situ dari rumah akak..
mymoonah.. thanks to drop by.. i will visit your blog later..
ReplyDeletekak ena.. tula kak ini pun peja mata je .. hihihi tapi sebab dah nak clearkan stok dia buat murah..
kak nur.. tula sedap masuk tekak.. ita suka gak.
ReplyDeleteayu janangan la nanges hihihihi nanti suruh darl awak pujuk ye
kak ida.. minggu ni je sebelum ni tak de.. ita pun kebetulan kawan ckp..
ReplyDeletelia. siannya kat awak.. ok la kalau awak tak mengidam lega hati akak..:)
gee.. yup kak yummy
ReplyDeletekak ieda.. sedap kak senang je nak buat
kak ct.. sedap kak.. tu la kat Kl ada kena cari kat pasar kot..
ReplyDeletekak wattie.. tula sedapkan.. kalau panas2 kena sedap je
hanis.. yum yum sedapkan
ReplyDeletekak amie.. buat kak sedap kak licin masuk tekak
kak eni ye kak kalau berbuka sedap je amakn sejuk2..
ReplyDeleteAssalamualaikum ita...
ReplyDeletecantiknya jelly kelapa ita tu...