Selamat hari jadi papa..Moga sentiasa sihat dan gembira, berada dibawah rahmat Allah sentiasa dan dipermudahkan setiap urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan moga menjadi bapa yang baik dan penyayang buat anak2 kita. 30/4 tempohari adalah hari jadi suami ita.. jadi seperti tahun-tahun sebelumnya ita akan cuba untuk membuat kek dan memberi hadiah mengikut kemampuan ita. Setiap tahun ita akan pastikan untuk membuat kek yang agak istimewa dan alhamdulillah dijepun ni tak penah lagi beli kek untuk sambut harijadi anak dan suami... moga kemahiran ni boleh dibawa balik ke Malaysia dan dipraktikan..
Pada mulanya pening juga nak buat kek apa la untuk birthday abang ni.. cari resepi-resepi yang sesuai untuk dibuat kek harijadi. namun tak jumpa juga yang berkenan dihati. Saja jalan2 di website secret recipes dan nampak ada kek baru di website tersebut iaitu choco cheese berries. Cari resepi tak jumpa jadi ita cuba olah resepi dari resepi kek coklat moist dan blueberry cheese kek. sebenarnya ikut kek di secret recipes tu 4 lapis tapi ita buat 3 je.. sebab stok biskut tak de pula waktu tu.. alhamdulillah percubaan berjaya dan ita amat berpuas hati... jadi ini resepinya ita oleh sendiri..
Choco Cheese Berries
Untuk lapisan kek coklat ( lapisan bawah)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1/3 cawan serbuk koko
- 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
- 1 biji telur
- 1/2 cawan butter@ minyak masak -
- 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
- 1sk esen vanila
- 1/2 cawan air panas
- 1/4 cawan susu pekat -
Cara-cara
- Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
- Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
- Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
- Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
- Masukkan air panas dan esen vanila.
- Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 20-25min atau sehingga kek 3/4 masak.
- 300g cream cheese
- 300cc/ml fresh cream/plain yogurt
- 2 sudu besar jus lemon
- 4 sudu besar tepung gandum
- 3 biji telur
- 135 g gula
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai jadi cream
- Masukkan ke dalam loyang yang dibawahnya kek coklat yang telah dimasak tadi dan bakar 170 c selama 30-40minit
- Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
100 g blue berry jam
50 ml air
1/2 sudu serbuk agar-agar.
cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai dan masak dengan api yang perlahan sehingga sebati.
2. setelah kek telah sejuk dan bolehla adunan lapisan ke tiga dituang diatas kek tadi.
3. simpan didalam peti sejuk
4. setelah lapisan 3 nampak keras boleh la dihias dengan hiasan yang sesuai.
selamat hari jadi pd en fariz.
ReplyDeletekak ita, nampak sedap le kek tu.
nyum nyum
selamat hari jadi.
ReplyDeletenak copy resepi.nak cuba2 nnt...mnta dihalalkan...
Selamat hari lahir fariz, mesti tambah2 syg suami kat ita ni sbb reka kek baru lagi utk dia :))
ReplyDeletewahh...bertuahnya cik abang sbb ieta pandai masak..:)sedap nampak kek tu..
ReplyDeleteAnyway happy birthday to fariz..semoga ieta sekeluarga happy selalu..
yati.. tahank ye..alhamdulillah akak puas hati.. cuba la..
ReplyDeleteanie.. cuba la saya suka..
kak pi.. alhamdulillah kat sini merasa nak masak mcm2 kat msia tak tahu sempat ke tak
ReplyDeleteachu.. thanks ucapan tu.. mana pandai masak.. baru belajar2
baru pasan kek mcm ni ade kat secret recipe...teror akak!
ReplyDelete