Semalam sempat buat homemade dadih ni sebab semua yang ada dirumah ni suka dadih. Stok dadih yang bawa dari Malaysia pun dah habis jadi ita cuba guna resepi ini untuk buat dadih ni.. tidak mengecewakan, sedap.. rasanya sedap lagi guna resepi ni. Caranyanya pun mudah. hanya resepi ni bila dilihat dari bahan-bahannya agak banyak untuk satu family jadi ita buat 1/2 adunan je, dapat la 14 bekas sebesar dalam gambar ita tu. Mulanya nak buat 2 lapisan macam didapur kak yani ni, tapi fathnin ni memang pengemar warna pink jadia dia kata nak lapiskan warna coklat dan warna pink.. mama ikutkan saja la.. bukan susah pun masukkan pewarna pink dalam adunan satu lagi tu, jadi la lapisan dua warna.
Homemade Dadih
source : Kak Nor myr
diambil dari :deco choco
Bahan-bahan:
- 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
- 1 liter susu segar biasa
- 1 liter susu segar berperisa coklat( ita guna susu biasa je masukkan coklat hershey syrup)
- 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
- 1.2 liter air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
- 1sudu teh coklat emulco ( ita guna serbuk koko bancuh dengan sedikit air)
Cara-cara
- Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
- Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
- Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
- Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
- Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
- Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
Assalamulaikum Ita
ReplyDeleteLama benar kak ct tak sampai sini. mana tak nya asik kena tinggal belon jer.. hihihi
huhuhu... musim panas memang sesuai makan benda2 macam ni, terasa nikmat bila dapat menikmati yg sejuk kan :D
k.ita nak tnya tak manis sgt ker 17 s/b letak gula tue?? ker ni k.ita buat banyak ek...ayu selalu buat x lebih dari 5 s/b...maybe ayu buat skit jer kot
ReplyDeleteYe kak kat sini dah mula panas.. Sedap mkn yg sejuk2 gini.. Ita ada gak kadang dtg umah aksk hanya kdg lupa bagi salam ihik
ReplyDeleteAyu untuk resepi ni sebab buat banyak memang gula banyak tu.. Tp akak buat 1/2 adunan je mcm dlm mukadimah ada bagitau jadi gula tu akak letak dlm 8 sudu penuh je
ReplyDeleteita miss u hehehe lama akak tak mai cini ita sihat ke?sedapnya dadih
ReplyDeletelamanyaaaaaaaa dikk x nampak ita ..
ReplyDeletebaru2 nie akak tukar templete ... habis semua no blog kawan2 ilang termasuk ita punye :)
winduu lah dikk ...
sedapnya kak ita panas2 makan dadih..nak buat malas..hahaha
ReplyDeletewah, k.ita dh kembali mengganas hehe. dh byk resepi kuar dh ni...
ReplyDeletecamne settle down rumah baru? ok..?
kak mimi.. thanks datang blog ita.. ita sihat kak.. hihih nak ke kak dah abis la..
ReplyDeleteoh yeke kak.. patut la akak lama tak datang jenguk ita.. ihik2.. save tau kak blog ita pas ni leh jenguk2 selalu
ReplyDelete