Salam semua.. Dah hilang dah demam nak log in blog satu dua hari lepas. ..hiihihi So hari ini kita tengok entry baru dan ada masa nak berblog sebab tak keluar kemana-mana tambahan harini beri peluang anak-anak duduk depan laptop juga. Biasanya laptop kena sorok oleh mama diorang ni kalau tidak tak lekang dari menghadap laptop ni. Bukan tak bagus tapi nanti tak nak buat kerja2 lain tambah fathnin. jadi bila weekend macam ni bagi la peluang. Hari minggu macam ni pun tak keluar kemana2 sebab hubby ada main futsal dengan kawan2 dia semalam je keluar tu pun pergi shopping mall area rumah dan pergi main badminton. Tu yang takde entry jalan-jalan tu.. sebab keluar pun area sini je :(
Ok la hari Jumaat hari tu ada cuba agar-agar milo/coklat ni. Nampak menarik je untuk dicuba dan bahan-bahannya pun mudah. Tambahan bila dah panas macam ni makan agar2 yang sejuk2 macam ni sedap rasa masuk ditekak. Ita buat 1/2 aduan je sebab ia memerlukan agar2 yang banyak ita tak banyak serbuk agar2 tu. Thanks pada kak ummi atas resepi ni. Tapi ita tak guna milo tapi guna serbuk coklat.
AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge
Diambil di : Home Sweet Home
Bahan (Lapisan Coklat)
- 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
- 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
- 1/3 cawan gula
- 3/4 cawan serbuk Milo
- Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
- Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
- Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
- 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
- 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
- beberapa titis esen vanila
- Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
- Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
- Masukkan susu sejat dan esen vanila.
- Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
Salam kak! sana dah nak mula panas kan kan kan mmg sesuwaiiii musim panas hihihi..sini laks mendung panas ujan tak menentu yg pasti panas sgt! :D resepi ni pun lamaaaaa perap ntah bila nak buat :D
ReplyDeleteIta! cantik background. best eh rumah baru. hehe.. sini rmh makin kecik budak2 komplen je. bila nak mai sini, langkah dah panjang tu, selamat kot! :D
ReplyDeleteAssalam Juwita..
ReplyDeleteSedap nyer agar2 milo yang Juwita buat tu.. gambar pon menarik dan terasa rasa kelembutan dan kesedapan kat tekak nie...
waaa memang sesuai masa nie.sejuk jer anak tekak ..boleh laa buat nie nanti...akak ngan Umar alhamdulilah sihat..harap ita pun sama yer..cuaca tak menentu nie
ReplyDeleteAssalamulaikum Ita
ReplyDeletealahai nampak ayunya agar2 ni, kemas jer. tapi kak ct kenan kat mould mcm ita tulah. bila lah nak sambar kan.. hihihi
cantik2...happy teacher's day ita!
ReplyDeleteika.. tula akak pun baru cuba.. sedap resepi ni.. cuba la
ReplyDeleteAs.. ok la rumah baru hanya penat naik tanga hiihihii.. yela rumah besar jadi kecik
kak eda.. ye suka agar2 ni sedap... suka juga.. cuba a resepi ni
ReplyDeletetula suka dengar cerita akak.. kat sini nak mula panas kak
kak CT.. tula pakai mould silicon senang cantik agar2 jadinya..:)
ReplyDeletekak ayu.. happy teacher day to you too