31 August 2010

Nasi kari berdaging


Salam .. Sudah beberapa hari tak sempat-sempat nak update blog.. minggu lepas agak busy mana taknya tuan rumah buat majlis iftar kecil-kecilan dirumah ajak kawan-kawan yang berdekatan untuk sama-sama berbuka dan solat terawih bersama. Disebabkan rumah diJepun ni kecil jadi banyak la pengubahsuaian yang terpaksa dilakukan untuk melapangkan rumah bagi tujuan solat terawih... Jadi agak busy sikit tambahan hri ahad ada tempahan tart lagi. Buat tart ni bagi saya perlukan masa dan tumpuan yang baik untuk menghasilkan tart yang ranggup, sedap dan comel. itu bagi ita yang kadang kelam kabut dengan urusan anak2 ni.

Menu nasi kari berdaging ni menu minggu lepas hari khamis. Tapi disebabkan sibuk tak sempat nak post kat sini. Alhamdulilah sedap bagi ita dan mempunyai kelainan. Resepi dari nure myresepi. ini untuk rujukan saya akan datang.. ita padankan dengan kerabu tomato ikan bilis dan ayam tandoori.

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar

Cara-cara

  1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng

3 comments:

  1. salam akak..sedapnye nasi kari nih..xpenah la pulak dgr..lgpun,dah lm xtgok myresipi tuh..tak pedas sgtkan kak?ade org order lg tat tuh..ni msti sedap sgt ni kak..nak kena rase jugakla tat akak ni..:D

    ReplyDelete
  2. Ita, baru minggu lepas adik2 sini buat nasi kari makan dgn ayam tandori. mmg nak try buat nanti. nampak menarik dan sedap kan. hehe.. ita wat tempahn tat utk majlis iftar ramai2 ye? seronok kan kat sana boleh tukar2 juadah. :)

    ReplyDelete
  3. to kamalia.. tula bagi akak sedap juga nasi ni.. ada kelainan.. try la buat sedap tart tu.. kami suka.. alhamdulilah ada juga tempahan .. ada rezeki leh la rasa hihiihih

    As..ita buat sebenarnya tengok kalau ada yang buat jamuan dan ada tempahan ita buat.. kalau tak ita buat untuk makan2 ita je.. hihii

    ReplyDelete