01 December 2011

Autumn Yamashita Park Yokohama.

Salam semua. Hari ini cuaca baik sangat di Yokohama. Jadinya bila tengok cuaca baik tak panas dan tak sejuk rasa nak keluar menghirup udara segar dari duduk sahaja dirumah. Telefon kawan ita dan ajak keluar bersama. Destinasi kami ke Yamashita Park. Ita pernah lalu di Yamashita park ni dulu, tapi tak pernah nak singgah pun. Jadinya disebabkan pada musim luruh taman ini cantik jadi ambil peluang untuk kesini.

Fathnin , Ain & Udin


Fateh pun nak join bergambar


Cantik laluan ni


Adnin ambilkan gambar


Maz dan Adnin

saya pun nak bergambar juga..:P

Ita keluar dengan Mas, Adnin serta anak-anak kami semua. Sambil-sambil kanak-kanak bermain si ibu bergambar dan bersembang-sembang. Seronok juga. Sekarang pun semakin cepat gelapnya jadi pergi sekejap je. Untuk ke Yamashita Park kami perlu menaiki bas ke yokohama stesen dan menaiki keretapi pula ke stesen Motomachi Chugakai yang berhampiran dengan taman ini. Menariknya taman ini ada laluan pokok ginko yang telah bertukar ke warna kuning apabila musim luruh dan taman ini juga bersebelahan dengan pelabuhan yokohama. Jadi anak-anak dapat melihat keindahan laut berserta kapal-kapal yang berlabuh. Sekadar berkongsi permandangan yang ita rakamkan sepanjang disana untuk tatapan dimasa hadapan..:)


Ambil gambar lagi


Rasa nak ambil gambar ditengah2 jalan je..


Antara permandangan




Burung-burung pun nak bergambar juga



22 comments:

  1. subhanallah.. golden autumn betul kat sana. sy pun suka gambar pokok sepanjang jalan yg kekuningan. mmg cantik kalau dapat bergambar.

    ReplyDelete
  2. memang sangat cantik tempat tu..huhuu

    ReplyDelete
  3. cantiknya..suka tengok...kalau saya ada kat sana pun mesti nak ambik pelung jalan2 cam gini...:)

    ReplyDelete
  4. Musim luruh paling best drp musim salji....rasa nak ambil gmbr sepanjang masa.

    ReplyDelete
  5. salam ita.
    cantiknya.....
    gambar semua cantik.
    Rindu nak tengok fall..

    ReplyDelete
  6. ramai la yg tanyang pic kat yamashita kouen ni...kirei sangat kaka...ada masuk dlm drama jpn baru2....terasa dlm citer hindustan....guling2 pow best ni ngeeeee...dush :D

    ReplyDelete
  7. cantik dah ginko kat sana..gmbr pun cantik..kak ita laaaaagiii cantik hehe

    ReplyDelete
  8. salam,

    cantik sgt pokok gingko tu,
    sblom ni tgok kat dlm muvi romeo&juliet je ;)

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Itaaa.....leh cuci2 mata je...hu hu hu...

    ReplyDelete
  10. sukaaaa ginko daripada momiji.hehe. cantikkk gamba2 akak. org nye pon cantikk!

    ReplyDelete
  11. kireiii bestnya park dekat dgn laut...

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Ita

    Cantiknya semua2 gambar tu....view musim luruh mmg cantik dgn daun menguning....suka tengok..

    ReplyDelete
  13. cantikla kak ita..haha,yg xtahan nak duduk tgh jalan nak ambik gambar tu..

    ReplyDelete
  14. nampak nyaman dan segar... pemandangannya memang sungguh indah! tenang je fikiran ye Ita...anak-anakpun sudah semestinya rasa sangat teruja!

    ReplyDelete
  15. Subanallah.. cantiknya ita.. daun2 mguning.. ceria tgok anak2 ita..

    ReplyDelete
  16. alangkah indahnya jika di Malaysia ada pokok yg kekuningan itu..nyaman sangat :)

    ReplyDelete
  17. slm ita....sukanyer tgk suasana dlm pic tu....daun ginko kekuningan yg amat cantik, ditambah dgn model2 nyer yg comel2 dan cantik2 belaka

    ReplyDelete
  18. Salam. Lama Nur tak ke blog ni. Kak Juwita awet muda, cantik sangat.. Nur suka semua gambar ni.. Indahnya pemandangan waktu musim luruh. Nanti akak buat entri macam ni ye.. (suka gambar yg banyak).. Take care sis.

    ReplyDelete
  19. ita..cantiknya kat yokohama ni..teringin kak mieza nak ziarah ke sana..bila la berpeluang agaknya...seronoknya kan dapat kenal tempat dan budaya hidup org lain...suka sgt tgk gambar2 yg ita tayang ni :)

    ReplyDelete
  20. wahhh..comelnye tmpt nih..huhuh..tingin nk p sn jugak...

    kak, cntik jaket.. =)

    ReplyDelete
  21. salam...hai juwita...sangat suka tengok blog awak..gambar cantek2....LIKE.....

    ReplyDelete