23 November 2011

Oreo Cheese Cake


Salam semua. Hari ini cuti bagi negara Jepun. Cuti hari perkerja. Tapi bagi suami yang tidak berkerja ni tetap ada kerja yang perlu diselesaikan. Hari yang sungguh cerah untuk keluar bersiar-siar hari ini di Yokohama ni walaupun suhu tetap sejuk namun matahari sungguh cemerlang memancarkan cahayanya.


Sekadar berkongsi satu lagi resepi kek yang ita buat hari ahad baru-baru ni.. Kek lagi..?hihihihihi kekini ita buat untuk dibawa ke majlis sambutan Aidiladha di Universiti suami. Ita ada beli 1 kg cheese jadi nya kalau ita nak buat untuk makan dirumah nanti mahu tak boleh kancing pula kain nanti.. :) Jadinya baik buat jika ada majlis- majlis sebegini. Ita makan 2 sudu je sekadar nak rasa. Alhamdulillah sedap kek ni. Ini adalah kali ke 2 ita buat oreo cheese cake ni. Di jepun ni biskut oreo ni agak mahal sikit harganya jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Lebih kurang RM8 satu pek. Jadinya kadang-kadang je ita beli itu pun beli kena beli 2 pek satu untuk makan dan satu untuk buat kek ni sebab sambil buat kek ni dah habis satu pek dimakan oleh anak-anak.


Resepi ini amat mudah dan sedap. Bagi penggemar oreo dan cheese boleh la cuba kek ini. Untuk tambah lebih meriah sebenarnya di dalam nya ita tambah sedikit kepingan coklat tango dari Malaysia yang berperisa cookies. Sedap terasa coklat-coklat didalam nya. Lupa pula ita nak ambil gambar coklat tu.

Resepi ini ita intai di rumah kak ummi. memang dulu pun ita guna resepi ini. Sedap.. Resepi asal dari Joyce (Jthorge). Terima kasih buat kedua-duanya.




Oreo Cheese Cake

Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream- ita gantikan dengan yougurt
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus





Cara Menyediakan:-

Base :-

  1. gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.
  2. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Simpan sebentar didalam peti sejuk
  3. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  4. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
  5. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


21 comments:

  1. wah kak ita! beli cheese sampai 1 kilo tu....kite ni beli 250 gram pon dah rasa semput2 sebab mahal sgt. tp kat sana murah la kot cream cheese. philadelphia yang nani selalu beli tu pon harga rm11.20 untuk 250 gram. suke sgt cheese cake yang letak oreo ni...selalunya adik nani yang suke buat ni....boleh cuba juga ni nanti...

    ReplyDelete
  2. sedapnye ita..lame x wat ciskek...hehehe..oreo ciskek mmg sedap..peberet zaman berzaman... :)

    ReplyDelete
  3. wow kak itaaa ciskek plak....kene lompat katak beribu kali nih hehehe....best plak nmpk kek akak...tp kan kt yokohama ade cheese jenama anchor mmg bagus betol....kt kagawa dulu xpnh jmp cheese anchor..ade jenama kraft aje...tuh pon 200gm...xpnh jmp 1kg....huhuh.....

    ReplyDelete
  4. fengsan*
    terlioq dah ni kaka
    cheese cake lagik nangesssss
    isssyyy 1kg cheese issyyy lepas ni banyak la menu cheese....nk terjah sana la rasa ngeeee!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ita,

    wah 1kg cis...hmmm nk pengsan kak Nur...apa2 pun kek yg dihasilkan sungguh menakjubkan,cantik dan selera mata memandang...anak-anak suka ni oreo ciskek...dulu2 kak nur pernah buat tapi biasa2 aja lah tak lah secantik yg di deco Ita...anak2 kak nur suka.

    ReplyDelete
  6. uwaaaa Ita, berderet2 kek yg sedap2 kat sini...rajinnya adik akak sorang ni..leh tumpang makan tak...terliur je akak tngk tawwww..

    ReplyDelete
  7. oooo...OCC...mesti makin hari tambah sayang anak-anak pada Ita...ibunya pandai di dapur....

    ReplyDelete
  8. rajinnya ita membaking... presentation pon makin lawa... cayalah...!!

    ReplyDelete
  9. uwaa.. kek lagi! pastu kek tu siap berdeko seindah rupa... geram akak tgk tauu... lom boleh pegi kedai bakeri lagi utk beli sebarang jenis cheese.. kena tunggu gaji baru boleh pegi sbb kalau pegi sah2 abis beratus2.. nak belinya sikit tp kalau dah pegi mcm2 benda nak masuk dlm bakul.. hahaha...

    ReplyDelete
  10. huuu.. sedap nya dah 2 x beli oreo.. tak smpt2 lagi nk buat.. anak2 pun dah mngintai jer oreo tu..

    ReplyDelete
  11. ita terguda dgn ciskek ita ni ,kalau buat mau tak berhenti makan

    ReplyDelete
  12. sedapnye ita..dh lama x wat..kdg2 akak tingin nk mkn..akak beli slice je kt bakery yg base nya sponge kek..akak suka base spong kek..lembut je lalu kt tekak...warga kt umah x suka kek ni...

    ReplyDelete
  13. Salam ita..teringin akak nak try kek ni sebab semua bahan ada, akak nak tanya 16 oz @ 2 cawan tu berapa gram ye ita..akak tak pandai kalau sukatan dalam oz ni hihihihi...mesti sedap sgt OCC ni kan..jap lg nak gi beli oreo..tq ita sudi kongsi resepi..nak C n P dulu :)

    ReplyDelete
  14. nanges tengok....huwaaa....sedap giler nmpk..!!!dh la kte antoo oreo n cheesecake...wuuwuwuw...

    ReplyDelete
  15. Aslmkum Ita

    Oreo cheese cake tentunya yummy.... dah lama tak mkn...tengok Ita tayang ni terasa nak buat juga....bilalah rajin. 1 kg cheese...mmg byk tu...

    ReplyDelete
  16. give me 5 kak,sy klau beli,mmg beli 1kg terus..sbb lg murahkan..
    samal kak,aritu pun ade gak buat oreo ciskek,tp xletak lg dlm blog..
    anyway,cntiknye ciskek akk tuh..

    ReplyDelete
  17. Weeeeee Ita, lajunya entry sampai akak terlepas OCC nih...ada lg x...nak mintak upah pengeras nih...hehee...rajin tul Ita selongkar eh... Gambar pun cantik, lg terliuurrr tgk ^__^

    ReplyDelete
  18. Gambar cheesecake ni tersangat menggoda.. Kak Juwita memang pandai ambil gambar. Banyak beli sampai 1kg cheese.. Lepas ni nak try buatlah..harap2 menjadi.

    ReplyDelete
  19. saye dh buat kek ni, sgt sedap, mudah dan menjadi....

    ReplyDelete
  20. salam...

    sy browse blog utk buat cheesecake. surprisingly sy jumpa satu blog ni yg cara & bahan yg sebijik sama a.k.a copy paste dgn blog ni.
    cer check: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/02/resepi-oreo-cheese-cake.html

    hmmmm.... ape pon.. nak try lah. kalau pakai microwave oven boleh tak? selalu buat yg tak payah bakar.. =)

    ReplyDelete