Salam semua. Moga semuanya sihat-sihat dan ceria hari ini. Semalam ita sempat mencuba pau yang sedap dan cantik mata memandang resepi dari wendy dan ita tergoda dengan hasil yang kak Azlita tunjukkan. Mula pandang tak tahu pun itu pau bila tengok tajuk baru tahu cantiknya pau ni.
Sebenarnya dua tiga hari ni memang teringin nak makan pau. Lama dah tak makan jadinya cari la resepi yang tak pernah dicuba dan tergoda dengan pau yang dihasilkan oleh kak Azlita terus salin resepinya. Ita buat 1/2 adunan je pau ni sebab tengok dari bahan-bahan nya banyak. Lagi pun disebabkan ita nak buat pau kacang merah jadinya takut la tak dapat sambutan. Selalunya pau ayam atau pau yang pedas yang mendapat sambutan dirumah ni.
Dalam resepi asal menggunakan keledek manis yang berwarna ungu tapi ita cari kat kedai tak jumpa pula jadi ita guna keledek manis yang biasa je. Untuk menaikan warnanya ita letak sedikit warna pink. Sikit je ita letak tak banyak dalam 2 titik je tu warnanya macam tu bila telah digaul. Bagi ita pau ni lembut sangat dan sedap bayangkan la anak-anak ita amat teruja sebab cantik.. waktu pau tu ita rehatkan anak-anak tak sabar nak makan. Jadinya terpaksa ita kukus dulu sikit.. Tapi cepatnya diorang makan sampaikan waktu nak ambil gambar pun mencabar juga sebab Fateh asyik datang je nak ambil pau-pau yang ita tengah posing tu. Selalunya anak-anak tak ganggu ita kalau ita bergambar.. tapi kali ni memang mancabar betul. bayangkan dari 14 ketul yang ita buat tinggal 5 je sebab dah kena makan oleh anak-anak.. :) Nasib sempat simpan 5 untuk papanya makan. Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan pau ni..
Ok mari kita lihat resepi nya. Resepi ini dari wendy tapi ita ambil dirumah kak Azlita . Bagi yang nak melihat langkah demi langkah bagaimana untuk menjadikan pau berbentuk bunga rose ni boleh ke rumah kak Azlita ni. Kemas je kejadian paunya. Bukan senang sebenarnya nak menghasilkan pau yang cantik.. Izinkan ita kongsi disini ye kak..:)
Pau Keledek Manis Berwarna Ungu Berbentuk Bunga Ros.
250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus ( ITA TAK GUNA KELEDEK UNGU SEBAB TAK JUMPA)
200 gm air
500 gm tepung pau- ita guna tepung roti je sebab tak de
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera
Cara-cara.
- Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
- masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
- Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
- Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
- Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
- Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
- Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
- Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.
Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara di bawah.
- Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
- Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
- Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih.
- Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
- Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
- Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun
- Gulungkan doh.
- Potong doh yang telah kita gulung.
- Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
- Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
- Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
- Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.Kukus pau selama 10-12 minit
Meraung Tgk cantekkkkkkkkkkkk nyer kaka
ReplyDeleteRajin betul try
Teringin nk buat but tepung pau x der plak
Bertuah anak2 kaka dpt mama yg super rajin ni
WoW! sampai dah ke dapo Ita....sukanya kak cek tgk...punyala teringin nak buat...siang tadi ada beli keledek ungu tu...ish2 bila pulak nak sampai serunya ....:D
ReplyDeleteadoi...tak rajinnya nani nak buat mcm ni. baru tahu mcm mana cara...sbelum ni tengok orang lain tayang yang dah siap je...
ReplyDeleteBaru prsn kaka dh edit part tepung roti tu ngee
ReplyDeleteBiler thn nk smpi kt dapur kecil Ayu ni tataw la
Now mood msk ke angkasa suda ngeee
wahh cantiknya pau rose ita ni.. kaler cam oren jer, sweet ! cam tukang buat :)
ReplyDeletewah...cantiknya rose dari jepun ni...teringat yang cheq sue buat... gedabak badak saiznya...inti pulak sampai terkeluar... aiiiii tangan x seni langsung
ReplyDeleteAssalamualaikum Ita,
ReplyDeletecantiknya Ita munge ros tu...hihi...syg nk makan...akak nk tenung aja..kalau Ayu meraung,kak nur lak tergulik2 hempas2 badan tengok pau yg cun tu...hehe.
cute! gitu rupa2nya buat bunga rose. smart! :)
ReplyDeleteIta, cantik paunya. patut la budak2 tak sabar nak makan. hihi..
ReplyDeletesangat cute dan comel sudah mesti budak budak pon tergoda...tambah lagi dgn warna nya menarik . Saya pun dah terliur .
ReplyDeletesalam ita..
ReplyDeletemmg lawa! akak pn teruja tgk yg k.ita buat aritu.. tp xsmpat lg nk breksperien sbb akak dok sibuk siapkn gubahan hantaran BIL nak kawin.. harap2 lps ni adalah kerajinan nk mencuba tu... hehe...
Assalamualaikum ita..
ReplyDeletecantiiik!!!!! rajinnya ita buat... nie pasti cepat jer abis nie kan ita... mmg comel..
wahh! menarik and mesti sedap ni !! hihi. tgk bentuk tu pun dah terliur ni ;)
ReplyDeletewah cantikx2 pau ros ita ni...akak pun teringin juga nak buat tapi lum sampai angin rajin lagi...hehe
ReplyDeletememang tergoda tengok pau ni tiap kali tengok org duk buat...saya kena tunggu rajin baru nak buat...hehehhe..inti plak tak dek..lagi la kemalasan melanda...hehhehe
ReplyDeletewahhhh....kreatifnya akak...comel..!
ReplyDeleteAssallamualaikum Ita..
ReplyDeleteWah cantiknya pau ita ni.. Kak Naz suka tgk kaler dan bentuknya..
Eh.. ada digital scale eh..huhuhu.. terliur.. Bilalah akak boleh dapt scale ni. Lama dah idamkan. Kat sana murah ye ita?
canntteeekkkk nye.. mesti sedap kan :) tangan ajaib betul ni.. :)
ReplyDeleteSalam ita. Orang tak sabar tak boleh buat pau ni. Bundo tak sabar hiii..
ReplyDeletecantiknya pau..mesti sedap nie..:)
ReplyDeletecomeinyer pau ros ita ni.....sungguh rajinnyer dia, k'ida pau putih biasa tu pun dh lama tak buat, buat rasanya sebelum b'blogging dulu lg
ReplyDeletecomelnyer...1st time tengok pau bentuk ros...kreatip betul...
ReplyDeletecantiknya....bagi 7 bintang untuk Pau keledek Manis Bunga Ros Ita kerana:
ReplyDeleteBintang 1: Ita Rajin
Bintang 2: Ita Kreatif
Bintang 3: Pau Cantik
Bintang 4: Pau Nampak Sedap
Bintang 5: Buat Orang Terliur
Bintang 6: Orang Suka Tengok
Bintang 7: Teringin Nak Buat Walau Tak Pandai....
sweetnya pau bunga ros... teringin nak buat... rajin betol ita nih....
ReplyDeleteita..cantik nya pau munge2 tu...mmg lah xsabar nk ngap kalau tgk punya cantik mcm ni..teruja nk mkn
ReplyDeleteita sll mkn angin..cantik view kt situ..
sedapnya tgk anak2 ita mkn donut yg cantik
dok bertangguh nak try resepi ni sbb pau biasa kureng dpt sambutan kt umah ni...tp teringin nak cuba...cantik ita gambar pau tu..
ReplyDeletesedap sgt sampai derang tak sabar nk makan, nasib baik sempat snap gambar..pengsan tgk cantik sgt wuwuwu tak reti la nak buat, mcm susah je... shortening kak ita beli kat mana? dr mesia ke beli kat sini?
ReplyDeleteSalam ita..ini lah pau yang dok nampak kat beberapa dapur blogger lain..mmg tergoda sgt nak mencuba..hairan bagaimana kejadian ros tu..rerupanya begitu caranya..tq ita sudi postkan gambar step by step...insyaAllah nak mencuba juga nanti..cantik sgt ita buat! jelessss!
ReplyDeleteComeinya pau Ita bentuk bunga gitu...kreatif...
ReplyDeletecantiknya pau bunga ni ita... sangat mengkagumkan diri ku. hehee
ReplyDeleteThanks coz share resepi yg unik ni.kreatif btol wendy n da geng.kebetulan tunggu doh pau kembang n terjumpa resepi ni sy trus cilok tp xde warna,ingtkn nk bt yg biasa je.anyway thanks ita
ReplyDelete