23 October 2011
Musim Luruh ( Nikko - Ryuzu Fall, Senjogahara)
Salam semua. Sambung lagi cerita tentang jalan-jalan ke Nikko. Selepas kami ke Tasik Chuzenji ita meneruskan lagi perjalanan ke arah senjogahara dan beberapa tempat menarik yang lain. Waktu kami bertolak dari Tasik Chuzenji jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masih awal tapi kereta dan mula banyak dah. Kami menuju ke Ryuzu Fall (air terjun Ryuzu). Dikawasan ini kami perlu menunggu 5-10 minit untuk menunggu tempat letak kereta yang kosong.Tempat letak kereta adalah percuma. Setelah dapat tempat letak kereta, kami berjalan menuju ke kawasan Ryuzu fall ini.
Kawasan ini adalah antara kawasan air terjun yang cantik di Jepun. Untuk melihat ke ketingkat atas dikawasan air terjun ini disediakan tangga. Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil tidak digalakkan membawa stroller. Permandangan air terjun cantik dihiasi juga dengan pokok-pokok yang telah bertukar warna membuatkan kawasan ini amat menarik dan segar mata memangdang.. SubhanAllah.. indah cipta Allah s.w.t. Disini juga disediakan kedai cenderamata bagi yang ingin mendapatkan cenderamata dari kawasan ini.
Setelah puas di Ryuzu Fall kami ke Senjogahara.Hajat kami ingin ke Senjogahara Plateau tapi disebabkan kereta yang banyak kami tidak dapat memasuki kawasan ni. Kawasan Senjogahara ini amat luas sebenarnya. Ada beberapa kawasan yang dibahagi-bahagikan. Kami hanya sempat ke Senjogahara Plain dan Senjogahara Moor sahaja.Disini juga disediakan tempat letak kereta percuma. Senjogahara ini adalah hutan rumput yang amat bernilai di kawasan ini dan kawasan ini akan berubah warna mengikut musim. Sewaktu kami pergi semua kawasan ini bertukar keemasan. Cantik... subhanAllah...:) Kami cuba juga untuk ke senjogahara untuk kali kedua tapi tidak dibenarkan masuk kerana parking telah penuh. Nak jalan kaki agak jauh juga dengan anak-anak yang tidur jadi kami teruskan perjalanan ke tempat yang seterusnya.
Tengok gambar pun dah cantik. apa lagi duduk depan mata. Kepala serabut pun jadi tenang.
ReplyDeleteseronoknya makan angin...romantika gitu...!!
ReplyDeleteSalam Kak Ita,
ReplyDeletecantik cantiknya gambar. Kalau diprint boleh buat hiasan kat dinding gitu :)
wah, kak ita..daringnya gmbr plg atas tu...sukela I tgk. romantis gitu..
ReplyDeletecantiknya ita.. dpt memandang dgn mata sndiri.. kt msia dpt tgok hijau jer.. nikmat jugak tu kan.. syukur alhamdullilah.. tgok post romantik tu.. tersenyum akk sndiri.. sweetnyaaa...
ReplyDeleteSalam ita. Cantik.
ReplyDeleteerr.. gambar dan orangnya..
wahh....dh jln2 musim autumn ye ita....kt sana daun dh merah ye, sini belum lagi ita, cantik sgt pic2 tu..
ReplyDeletecantiknya kak ita...untung dapat jenjalan kat negara org...:)
ReplyDeleteAssallamualalikum Ita..
ReplyDeleteWah tu Ita dgn hubby yer.. So romantik & sweet..
Kak Naz suka tgk gambar dedaun yg dah kaler oren tu..Cantiknya..
romantiknyaaa dia...
ReplyDeletesuasanyanya pun sungguh indah, tenang & nampak nyaman...
rindunya..dgn autumn..;)
ReplyDeleteIta....
ReplyDeleteGambo paling atas....sweettttt....romantik....:D
Kekal bahagia berpanjangan hingga ke akhir hayat....:D