31 October 2011

Donut Keledek




Salam semua. Sudah beberapa hari ita tak sempat nak "online" tak tahu apa yang disibukkan. Sebelum mood untuk menulis disini hilang baik kejar cepat dengan memasukkan cerita baru..:P hari ini ita nak kongsi resepi Donut keledek yang ita buat minggu lepas. Minggu lepas 2 kali buat donut , ini atas permintaan Fateh jadinya mamanya turutkan juga la. Tambahan nampak dirumah izah ada resepi donut ni jadi lagi nak buat. Lagi pun bukan ita yang uli pun bagi pembantu kat dapur yang tolong uli.. ita hanya bentuk-bentukkan je.. kalau malas lagi tak tahula nak cakap apa..:P



Resepi ni ilham dari Ros jintan manis tapi kak nor ganu dah tukar kepada keledek. Jadinya ita tergoda resepi ni dari rumah izah.. boleh macam tu..:) Syokkan kongsi-kongsi resepi ni.. bukan apa semangat nak masak dan teruja dengan hasil yang jadi bila hasil masakan kita dimakan dengan selera oleh ahli keluarga.. seronok sangat...:)

Okla.. jom lihat resepi ni.. terima kasih pada semua yang terlibat... moga kita sama-sama dapat manfaatnya ye..



SEPI ASAL: DONUT KENTANG
Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


17 comments:

  1. salam ita.. heheheh.. k.nor baru jer sudah ngap donut keledek ni gak .. camna hasilnya, lembut dan gebu tak?

    ReplyDelete
  2. Waahh cantiknya donut ita. Ada cloreng coklat. Kalau budak b2 tu nampak, sah deman donut lagi. Hee.. Memang puas hati makan donut gebu gini. Kak nor, nak skeeetttt

    ReplyDelete
  3. X biasa buat donut keledek gini
    Selalu buat apam keledek jer
    Apa lg x ...Hulur la 2 ketul kt cheq (。-_-。)

    ReplyDelete
  4. wow... ada donut keledek laa...sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
  5. Ita..dulu2 dok nampak izahdaut dgn Mas buat..skg nampak ita lak buat..mieza je yg belum lagi membuatnya..dah lama tak mendonut..asek2 beli kat big apple je...cantik dan sedap je nampak donut ita wat...:)

    ReplyDelete
  6. ita..sedapnya donut dihias coklat..hari2 buat pun xpe kalau anak suka mkn hilang penat kan

    ReplyDelete
  7. Assalam Ita, rajinnya dia mendonut...akak x menguli2 pun lagi sejak raya...apasaiii eh malas jek rasa...sebab nak yg Ita je la kot...hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Ita. Montok2 nya donut ni. Teringin lak nak buat tapi kena tunggu ujung minggu ler baru dapat.

    ReplyDelete
  9. Teringin gak kak cek nak buat...:D

    ReplyDelete
  10. Salam ita,
    sedap nampaknya donut tu..

    ReplyDelete
  11. cantik bangettt nii.. geram tgk...
    last akak mendonat masa blk kg cuti ry puasa ritu.. terus wat 1 kg.. tp sekelip mata je lesap.. hehehe.. anak2 & anak2 sedara dok berkumpul mmg best wt mkn2.. kejap jer abis..

    ReplyDelete
  12. nampak sedap..suka tgk je. ni la kekdahnya org y 'rajin' masak.. hehe

    ReplyDelete
  13. akak...rindu roti, kek..donat..adeh..sdapnye :(

    ReplyDelete
  14. mesti seronok betol budak 2 org tu mamanya rajin buat donut. siap topping cokelat lagi...

    ReplyDelete
  15. terliurnya tengok donut ita ni...nak buat tapi tgh diet lak..tggu cuti diet nnti nak buat..hihihi..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum adikku cayangggg..suka tngk muka Ita tawwww..manis jek....leh buatkan akak donut mcm ni tak????....alaaaaa bolehlahhhhhh...boleh eehhhhh..

    ReplyDelete
  17. donut keledek tu nampak sedap ler ita.. akak nie mmg jarang buat donut.. kureng reti sikit.. hehehehe... tgk donut keledek yg ita buat nie... teringin plak nak makan tau... mmg nmpk gebu n lembut ler donut tu... sedapnya nie kalau dpt makan... bahagia rasanya

    ReplyDelete