08 October 2011

Blueberry Butter Cupcakes


Salam semua. beberapa hari tak update blog ni. Pelbagai aktiviti dan masa amat mencemburui. Bila malam bila siangnya penuh dengan aktiviti dah penat jadi memang tak sempat nak masukkan entry.

Hari ini saja nak masukkan resepi cupcake dari wilton ni. Sebenarnya kawan ita disini Aliza suka buat Cupcake ni jadinya ita tak pernah makan tapi Nik yang pernah makan ni kata sedap.. jadinya semalam ita sempat cuba cupcake ni. Disebabkan ada buah blueberry ita tambah sikit dalam tu.. sedap bagi ita.. bagi yang suka butter cakes tentu suka resepi ini. Ita buat 1/2 adunan dan dalam acuan muffin je.




Tak dapat nak berceloteh panjang-panjang sebenarnya. Banyak kerja yang menanti tu sebab esok ada picnik dengan kawan-kawan disini . Saja berkumpul-kumpul sempena baru masuk musim luruh ni. Okla resepi asal boleh lihat disini. Resepi itu ita dah adjust sikit gulanya sebab agak manis ni pesanan dari kawan ita tu la..:) resepi ini ita dah terjemahkan untuk memudahkan ita merujuknya..



Blueberry Butter Cupcakes

Bahan-bahan

* 1 1/2 cawan mentega
* 2 1/2 cawan gula - ita kurangkan 1 3/4
* 5 telur
* 1 esen vanila
* 3 cawan tepung
* 3/4 sudu teh baking powder
* 1/4 sudu teh garam
* 1 cawan susu

* 2 sudu jem blueberry
* buah blueberry
Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 darjah celsius.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
  3. Setelah itu masukkan satu persatu telur.
  4. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  5. Dalam mangkuk berasingan masukkan tepung, garam dan baking powder.
  6. Secara berselang seli masukkan adunan tepung dan susu sehingga habis.
  7. masukkan jem blueberry.
  8. Masukkan kedalam acuan yang sesuai. tabur buah blueberry diatasnya.
  9. bakar selama 20-25 minit.


20 comments:

  1. phewwww... arini banyak tayangan CC / muffin...kena cuba ni balik CH nanti

    ReplyDelete
  2. wow,sgt comel..ngap3,blh mkn bnyk2. :))

    ReplyDelete
  3. Soft and fluffy muffins, very delicious.

    ReplyDelete
  4. semua yang akak nampak akak terliur..termasuklah air hijau tu...huhu

    ReplyDelete
  5. Salam Ita. Along dah lebih sihat hari ni, dah dapat rihat lega rasa nya. Waduh, tomei2 ni best nak ngap tambahan ada bluberi.

    ReplyDelete
  6. Oishii sou
    Perhhh malatop giler ni
    Kaka WM tu x blh letak ek???

    ReplyDelete
  7. Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


    *jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

    ReplyDelete
  8. berjalan aje kak ita di sana..jeles betol...kalau balik malaysia rasanya belom tentu lagi dapat berjalan selalu mcm ni. yela, kat malaysia tak banyak sgt tempat2 yang boleh piknik mcm ni...

    buat dalam bentuk mapin2 ni senang orang nak makan. tak perlu nak potong2 lagi dah. sekalii ngap aje..

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum Ita..
    Kak Naz nak air yg warna green tu lah..boleh ke? Air apa tu? hehehehe.. Oppsss..lupa..dan 2 ketul muffin tu sekali ek..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ita...
    comeynya cupcakes tu ita... nampak sgt sedap ler.. kalau irfan nampak nie pasti nak akak buatkan.. mmg geram tgk tau..

    ReplyDelete
  11. Salam kak ita, kecik kecik comelnye cupcake akak tu. Kkte memang suka blueberry cupcakes. This one pun nampak so moist and yummy. Guna fresh fruits mesti lagi best kan.

    ReplyDelete
  12. comelnya cc ni ita....akak pun lama akak pun lama tak buat ni.

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Ita...sedapppp nya tengok mapin kak sini...Terus nak kopipes resipi dan simpan.....Ada masa nanti teringin nak wat..

    ReplyDelete
  14. nampak sedaplah ita cupcakes tu.. mula2 tgk td ingatkan muffin.. hehe..

    ReplyDelete
  15. sedap ni ita. lama tak baking. huhu..

    ReplyDelete
  16. nampak soft muffin nie tambah lagi ada buah segar blueberry. Kat sini kadang kala ada jual tu pun kena harinya baru ada...selalu jika kat bakeri ada jenis kering saja.

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum Ita

    Dpt seketuii dua sedap buat minum ptg...dah lama tak baking cc..

    ReplyDelete
  18. Ita...sedapnya nampak muffin ni..mieza mesti cuba..cuma mieza susah nak cari bluberry freh je..kena cuba! sedap sgguh!

    ReplyDelete
  19. nmpk pun dh sedap ni ita...tapi anak2 akak tak gemar ngan buah bluberry tu...diaorg mesti korek buangnyer

    ReplyDelete
  20. ita..cc ke ni..akak ingatkan muffin..mewah dgn buah blueberry..akak mmg suka dgn butter cake..kt sini bluebery tersangat lah mahal..

    ReplyDelete