Salam semua. Moga hari ini memberikan keceriaan pada kita semua. Hari ini nak share resepi yang cantik dan memang sedap bagi tekak ita. Resepi ini ita jumpa di blog kak nor secubit garam. Sebenarnya semalam Fathnin minta buat puding strawberry. Dah lama tak memuding pun jadi pagi tu buat sekejap dan petang dia boleh makan dah.
Cerita tentang strawberry ni di Jepun buah strawberry bukan selalu boleh jumpa. Selalu disini kami makan buat ikut musim jadinya jumpa buah tertentu pada musim tertentu sahaja. Sekarang ni musim buah nashi atau pear, masih ada lagi buah peach buah -buah lain agak mahal dan jarang jumpa. Macam kiwi tu sentiasa ada sebab di dari negara luar, untuk strawberry ni pun memang susah jumpa. Kelmarin pergi costco jumpa strawberry ni jadi Fathnin nak. Dah la tinggal bekas yang akhir kalau tak ambil nanti kalau orang lain ambilkan dah rugi.. jadinya walaupun nampak harganya 'agak mahal' mama dia pejam je la mata. Lagi pun dia nak buah bukan nak gula-gula atau keropok yang tak sihat tu.. lagi pun dia memang minat.. mama turutkan juga..:)
Balik je banyak menu strawberry yang dia request.. smootie paling dia suka.. selain makan macam tu je.. ita dah minta dia sikit untuk buat french vanilla slice kelmarin .. so semalam dia minta buatkan puding pula. Nak nampak berseri ita cuba resepi dari rumah kak nor ni iaitu 'Strawberry Fruitti Crystal Pudding' . Sedap sungguh puding ni.. ita buat sikit je sebab bekas acuan ita tu kecil je jadinya ita buat 1/2 adunan resepi kak nor ni... Alhamdulillah anak-anak suka dan mama papa nya pun suka. Puding ni amat sesuai jika dihidangkan jika ada majlis-majlis makan untuk tetamu sebab memang cantik dipandang..:)
Baiklah untuk resepi ini ita ambil dirumah kak nor. Resepi asal dari puding mangga kristal. Telah dioleh oleh kak nor sendiri. Ita kongsikan disini ye kak nor resepi nya.. Terima kasih..
Strawberry Fruitti Crystal Pudding ( Puding strawberi buahan kristal)
Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
3gm serbuk agar2
450ml air- ita kurangkan 350 ml
5 sudu besar gula
mangga, strawberi, kiwi ~ dipotong kiub
blueberiLapisan berkaca (atas)
- Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
- Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api
- Ketepikan.
Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 sudu besar gula- boleh lebihkan jika kurang manis sebab strawberri agak masam
120ml puri strawberi- untuk buat puri ita blend strawberri dan susu sekali.
ita tambah setitik pewarna merah
Lapisan puding (bawah)
- Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
- Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
- Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puri strawberi.
Utk membuat puding:
- Basahkan mould yg akan digunakan.
- Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan buah2an.( ita susun dulu buah-buahan. ita susun biar buah itu mukanya diatas bila terbalikkan nanti nampak cantik.)
- Biarkan mengeras bahagian atasnya.
- Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
- Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
- Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.
- Hidangkan sejuk utk rasa yg lebih enak.
Salam Ita. Waduh2.... cantek banget ni... boleh hidang kat royal..!
ReplyDeletemeriah,sgt ceria!! :)
ReplyDeletemak ai..tempting betul nengok puding ita ni....kaya dgn buah-buahannya...emmmm sejuk masuk tekak
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteita menarik lah puding ni, cantik dan menawan ehheheh.... pepagi masuk sini ceria je rasa jiwa...dgn warna2 yg begitu segar....mcm nak rasa je 3 potong hehhehe rajin betul adik sorg ni...
haaaaa..... hampir meleleh dah ni... nak kena cuba jugak la....
ReplyDeleteayu suker bangat niiiiiiiiiii
ReplyDeleteuwaaa terlioq giler
bab desert mmg lemah lutut
diet terbang jauh tetiba ni ngee
but ichigo mmg x der kat supa di sini....kena tunggu musim baru buat kot...tq k.ita share recipe yg sgt oishhi sou ni
salam ita.. wahh cantiknya puding ita ni.. ceria dan meriah dgn buah2an.. mekasih sudi cuba ya.. seronok bila org suka dgn rasanya.. mekasih.. :)
ReplyDeleteselamat hari raya buat ita sekeluarga :)
wahhhhhhhhh meriahnyaaaaaaa
ReplyDeletebatai pose akak nie kang :))
Ita cantikknya mewah dengan fruits tu
ReplyDeleteselamat hari raya Aidilfitri buat ita sekeluarga
Cantik sekali dessert you dear....first class presentation! Yummmm :)
ReplyDeletesuke tengok gambar puing ngan anak dara tu..i likeee.... memang ita ni mcm kak nor suke dessert2 puding kan
ReplyDeletecolorful betul.. cantik ;)
ReplyDeleteSalam Ita..
ReplyDeleteCantiknya!!!!! terasa sayang je nak makan puding tu
sib baik sampai sini... kalau tak terlepaslah pudding yang sangat sedap nih! dah makan di rumah Kak Nor, jamu lagi di rumah Mat gebu... sekarang di rumah Ita pulak!
ReplyDeletesukenye! warna warni gitu!
ReplyDeleteWaaaahh Ita, mewahnya puding ni...dah la perasa strawberi..letak pulak buah2an gitu...adeeii lg sedap la nih...elok sangat lah lepas raya makan buah byk2 kan...hehe, Selamat Hari Raya buat Ita sekeluarga... :)
ReplyDeleteBARAKALLAH, BISMILLAHI MASYAALLAH
ReplyDeletealong.. bukan saja best resepi kak nor tapi sedap juga
ReplyDeletedel.. bagi ita nak buat tak susah mana.. yang penting ada buah2an tu
kak ida... ye kak anak2 suka mak bapak pun suka.. sedap ita suka..
ReplyDeletekak sheila.. tak la rajin dari ngantuk tak buat apa .. buat la untuk anak2 ni
cheq sue.. cuba la... sedap tau buat pun mudah je
ReplyDeleteayu sedap tula kita susah nak buat strawberry tak de akak ni pun sebab ada costco dapat la beli itu pun takai
kak nor.. sedap kak ita akan buat lagi insyaAllah...
ReplyDeletekak ieda.. sedap kak puding ni ita suka
kak mimi.. thanks kak selamat hari raya
ReplyDeletelove,.,, thanks ye.. cuba la resepi kak nor ni sedap
izah.. betul seisi rumah suka puding tu yang rajin buat tu
ReplyDeletenur.. yum sebab buah2an tu yang jadi warna warni
ira tak de sayangnya sebab sedap makan bersudu2 lagi..
ReplyDeletekak amie.. diotang buat puding kasih bertaut saya buat pudng cristal kak
nani warna warni sebab buah2 tu..
ReplyDeletekak ummi.. ye kak makan buah bagskna.. ini anak dara yang request ni kak..:)
wah! mmg nmpk sedap sgt! hihi
ReplyDeletesalam lebaran diperantauan ita...
ReplyDeletecantiklah puding buah2an ni ita...akak suka tgk..meriah sekali dan mewah dgn buah2an..yumyummm
lawanyer puding, sure sedap.. Anak Ita yang jadi model tu pun cute jer...
ReplyDeleteaarrggghhhhh.... nak puding sedap tuh!!!!
ReplyDeleteSalam Kak Ita...
ReplyDeletecantik nya puding akak ni...kalerful tak jemu tengok. Ada pulak model yang sangat comel tu, tambah lagi 5 star. heheh :)
Selamat hari raya akak!
sekom Ita.
ReplyDeleteSelmat Hari Raya, Maaf Zahir n batin.
mood masak lom tiba2 ni.mlz sakan.tlg bg ubat rajin...
waaa.. tertinggal dah akk.. cantik n trasa2 dah kt tekak ni..
ReplyDeleteijah.. thank stapi memang sedap pun sampai hari ini teringat2.. :)
ReplyDeletekak zai.. thanks kak suka puding ni resepi kak nor ni sedap
kak noorma. thank skak dia yang minta puding jadi kasi bergambo jap
ReplyDeletekak gee.. buat la kak kat msia lagi senang dapat buah-buahan
ijan.. thanks ijan.. dia yang nak puding ijan kasi bergambo sekali ..
ReplyDeletekak anie.. jangan malas2 kak .. hihih nanti tak makan plak..
kak zana leh buat kak memang sedap