Salam semua. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang ke blog ita dan mengucapkan dan mendoakan sempena hari jadi Fathnin. Ita amat menghargainya. Alhamdulillah.. InsyaAllah hari ini akan BW sekejap untuk melihat menu2 menarik dirumah kawan-kawan..:) Sebenarnya semalam seharian kami di Disneyland. Jadi hari ini penat sangat rasanya. InsyaAllah akan share ceritanya disini untuk kenangan dimasa depan.
Hari ini nak share resepi ikan masak tempoyak resepi mak ita. Rindunya nak makan masakan mak...:( kalau kita lihat macam-macam resepi gulai tempoyak mengikut negeri masing-masing. Tapi resepi ini adalah resepi gulai tempoyak negeri perak. Hanya bila ita lihat kebanyakan resepi gulai tempoyak dinegeri Perak ada yang letak bawang merah tapi mak ita tak letak. Ita ikut cara mak ita tak letak.
Memang gulai tempoyak ni kegemaran kami sekeluarga dan stok tempoyak ada je dalam peti sejuk mak ita tu. kalau mak mertua ita pun suka juga gulai tempoyak hanya kalau mak ita suka masak guna ikan kembung atau ikan patin tapi mak mertua ita suka masak guna ikan jelawat. Yang pasti sedap dan ita suka. Waktu balik Malaysia awal tahun mak ada bagi sikit tempoyak pada ita. Rasa rugi plak ambil sikit. Tapi tula mula ingat takut nak bawa tempoyak banyak takut nanti salah atau tak lepas ke tengok-tengok ok je. jadi nya tinggal sikit sangat tempoyak tu rasa nya cukup sekali je lagi nak menggulai tu...:(
Gulai Tempoyak Perak cara Mak
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung besar- ita guna ikan dijepun ni tak tahu nama apa..:P
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi - jika ingin pedas
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak
sebatang serai
Timun - dipotong memanjang.
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya
Cara-cara
- Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.
- Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.
- Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan timun. masak hingga mengelegak dan nampak timun dah layu serta ikan dah masak.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Jika mengunakan tempoyak yang baru agak tidak sesuai untuk diletak gula selalunya kena masukkan sedikit tempoyak yang lama atau sekeping asam keping.
Woot Woot Bestnyer gi Disneyland
ReplyDeleteTerkinja2 nk terjah gak ni ngeee
Ayu khen x prh mkn tempoyak seriyess
Tataw kenapa dan tataw tompoyak rasa apa
Siler la simpati (^_−)−☆
salam juwita..Arwah mak atie pon klu buat gulai tempoyak camni la..xyah bawang bagai..maklum la kita dr negeri yg sama.:D
ReplyDeletelapor nya tgk lauk tempoyak ita ni..jgn kata kt jepun xleh mkn lauk tempoyak kan...sgh npk mebeles...
ReplyDeletexsaba nk gk gmba g disneyland..huhuu..wah rindunyaa gulai tempoyak..huhuuu
ReplyDeletesedapnyer... :) haza suka ikan masak tempoyak .. nyumnyum
ReplyDeletesedapnyaaa sambil imejin makan masakan kak ita...
ReplyDeleteAssalamualaikum ita cayang...
ReplyDeleteyg nie mmg akak teringin sesangaaaat nak makan... akak x perna lg makan tempoyak.. Heeheee.. kat cnie mmg sukar nak cari tempoyak nie.. x reti pun nak buat sndiri.. nampak sedap sgt tu ita...
mana dpt tempoyak ita????mesti buat sendiri ni...tapi hubby k'ida tak mkn tempoyak...kkt mesia, kalau nk mkn, beli jer la
ReplyDeleteAkak pun suka masak gulai tempoyak ikut style ita ni...yelah ikut selera masing2 kan...
ReplyDeletetgk gulai tempoyak ita ni..masyaalah..kecur air liur..dah macam terbau2 jer gulai tempoyaknyer...aduhhhh
macam ikan tenggiri pon ada tu...
ReplyDeletejelesnya kak ita dpt gi disneyland....nak gi sangat kat sana...tp jauh pulak dengan hokkaido.
ita..
ReplyDeletemaklong pun hari ni masak gulai tempoyak juga.. guna ikan patin.. tapi lupa pulak nak ambik gambar..
Ita...cheq sue masih dalam proses nak makan tempoyak ni tau...memang tak berapa gemar tapi sesikit boleh la. kalau tempoyak goreng alhamdulillah boleh masuk dah cuma kalau yang gini kureng la sikit... :)
ReplyDeletekalau Ita nak tau tempoyak dlm peti kami x pernah putus sejak dtg nihon...2 kali hubby cnfrence kt mesia angkut tmpoyak bawa sini...mmg kami ni gilerrr tempoyak!
ReplyDeletetapi xde 1 pun n3 di LK ttg tempoyak coz biasanya bila masak mmg x sabor nk mkn...buruk perangai kan..;p
stail e-na masak gulai tmpoyak pun x guna bwg tp mesti ada daun kesum dan daun kunyit sikit....lagi satu klu di phg ada sejenis daun khas utk buat gulai tempoyak, mmg sedap harum bau bila guna daun tu...kami x masuk serai..
nnt bole try cara masuk serai pulak...
tempoyak di Jepun...pergh!! selera nampak...
ReplyDeletewahhhh..kat jepun ada tempoyak..
ReplyDeletesedappnya tengokkk...
kak ita~
ReplyDeletebestnye dpt mkn tempoyak kat jepun ni..*terliur*..hehe
ayu kan baru gi disneyland kan.. hihihi yeke .. akak suka tapi tgk cara memasaknya..:)
ReplyDeleteazatie.. salam terima kasih singgah.. orang perak juga ye
bila org tanya penah makan tempoyak, yakin je kita jwb tak. padahal lauk ni la faveret kita. rupanya org masak dalam tu letak tempoyak.. fuhhh sedapp kan
ReplyDeleteSama la ita, belah pahang pun tak letak bawang. Serai pun tak letak. Just tempoyak je n bebahan segar penaik rasa. Klu ada daun kesum lagi bertambh harum.
ReplyDeletesalam ita..saya pun suka makan gulai tempoyak asli cam gini...kalau musim durian mesti nak pekena gulai tempoyak...hehhehe...
ReplyDeletekak ita...nanti jgn lupa amik award di rumah saya ye...
ReplyDeletekak ita...sedapnya!!
ReplyDeletesaya aritu pun ingat nak bwk gak tempoyak tapi takut tak lepas plak...huhu... rugi3x..;-(
Assalamualaikum ita..sedap nampak ikan tempoyak ni..dan kalau dah di jepun yg terkenal dgn pelbagai jenis ikan tu memang sah la ikannya freshhhhh je kan...sedap! tapi mieza tak suka tempoyak huhuhu org kata sedap gulai tempoyak...teringin nak cuba makan :)
ReplyDeletedapnyeee terliur le pulokkk....ita kite sekampong. eena selalu terjah blog2 include urs.
ReplyDeleteakak org perak ker...org mane? kualer ker?memang betul resepi gulai tempoyak perak nih..memang tak bubuh bawang..pekat dan sedapp
ReplyDeleteAssalam k Ita..
ReplyDeleteSalam kenal, K Ita orang Perak ker? kalau orang perak, memang tak sah kalau x pernah makan gulai tempoyak kan... Nurul pun banyak stok tempoyak bawak dr kampung balik raya aritu... memang sedappp lah... :)
simplenya kak..ingatkan susah nak buat gulai tempoyak nie..nampaknya boleh la cuba
ReplyDelete