22 July 2011

Puding Kasih Bertaut



Salam semua. Hari ini alhamdulillah cuaca tak berapa panas sangat di Yokohama ni.Jadinya tak la berkipas je kerjanya. Ini mungkin disebabkan angin taufan yang melanda jepun baru 2 -3 hari lepas. Plan hari ini tak nak mencuba resepi baru. Saja nak berehat sambil main dengan anak-anak. Hanya nak masak menu makan malam je tapinya tak boleh tahan mata mengantuk. Sampai Fathnin pun komplen kenapa mama mengantuk waktu tengok Tv sama-sama dia. Ita memang jenis tak tidur petang kecuali jika betul2 penat tapi jarang sekali tetiba akhir-akhir ini sejak musim panas suka sangat mengantuk..:( jadinya kena buat sesuatu juga yang menjadi terapinya iaitu mencuba resepi baru..:)

Hari ini ita cuba buat Puding Kasih Bertaut ini. Tapi ita tak de acuan love-love macam kawan-kawan yang lain guna apa yang ada kat rumah ni je. Ada acuan bentou fathnin masa di youchien/tadika dulu ita cuba gunakan. Fathnin waktu buat tak sabar-sabar nak makan. fateh lagi la tambah dia ternampak puding bas yang ita buat lagi mencabar sebab dia nak.. Sedangkan mama dia belum ambil gambar lagi.. Nasib baik sempat selamatkan kalau tak tak sempat bergambar..:P



Untuk resepi ini ita cuba 1/2 aduan je.. Alhamdulillah dapat la sikit seorang anak beranak ita makan.. Lagi pun ita memang bercadang tak nak buat banyak sebab takut mama diorang ni yang makan banyak.. nanti dacing naik tak ingat baru terlopong..:)

ok la resepi ini dari Naz @ Cute Oven, Small Kitchen dan ita ambil didapur kak Azlita. Terima kasih kedua-duanya ramai yang dah cuba resepi ini dan ia amat sedap tambahan gabungan gula melaka dan santan tadi..:)ita kongsi disini pula ye..


PUDING KASIH BERTAUT
By: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen


Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.



Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

33 comments:

  1. salam ita..comey yg mentuk bas tu..hihi..kreatif!~ mould silicon yg huruf2 tu pon cute sgt.. suke 2 :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ita,
    akak pun teruja nak makan ni, apalagi anak2 Ita..sambil makan sambil cari huruf A,B,C....baguihhh tuuu..

    ReplyDelete
  3. As'salam Ita

    Cantiknyaaa. ada macam2 kat dalam puding tu. kak ct siap tunjuk kat anak yang bungsu dia pun kata cantik dan suka. sebab ada bas dalam puding tu... hihihi

    ReplyDelete
  4. selamat petang Ita,
    kak amie suka tengok puding bas tu.... anak2 lagilah berganda2 sukanya ye... sambal makan sambil belajar

    ReplyDelete
  5. dah zoom in baru nampak bentuk bas tu... kreatip tol ita nih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...cantiknya puding kasih dia...mcm2 bentuk ader...

    ReplyDelete
  7. Ita, menariknya akak tgk puding tu bertambah-tambah kasih kalau dpt merasa ni...hehe akak juga lum buat puding ni..

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum Ita..
    Salam kenal dari Kak Naz.. Cantik puding Ita... Creatif orgnya Ita ni.. Picture pun cantik sangat.. Terima kasih sudi mencuba resepi sempoi akak ni..

    ReplyDelete
  9. Alololo Kawaii giler
    Sygnyer nk makan
    Nk try gak la bila free sket
    Now Mcm kalam kabut sket
    Best khen weather gini...suka x hangat sgt (((o(*゚▽゚*)o)))

    ReplyDelete
  10. salam Juwita...

    waa... good idea juwita.. bagus juga tuk anak2 sambil makan sambil belajar mengenal huruf..

    ReplyDelete
  11. assalam ita,cantiknyaaaa sayang nak makan

    ReplyDelete
  12. akak ni mmg pakar masak la cemana bas boleh ada dalam puding huhu, nak nak, over la pulak hik2...

    ReplyDelete
  13. noorsha.. ye itu je acuan yang ada nak buat pudig ni.. ada lagi lapal terbang dgn kereta tapi tak menjad sangat la..:)

    kak yatie.. tula alhamdulillah tetiba dapat idea anak2 ita tak sabar nak makan

    ReplyDelete
  14. kak Ct tu aje acuan yang ita ada.. hih nak buat love2 ita tak de.. sedap puding ni kak..:)anak2 yang comel2 memang suka..

    kak amie.. anak ita makan asyik tengok je,, hihihihi berebut2 nak makan bus..

    ReplyDelete
  15. kak chq sue.. thanks kak ita tak de acuan love2 guna apa yang ada je kak..

    kak ruby apa blog akak ye. terima kasih kak

    ReplyDelete
  16. kak nieza kena cuba sedap kak...ita buat 1/2 adunan je pun rasa nak lagi..:)

    kak naz.. thanks ye sudi singgah.. sedap kak terima kasih atas perkongsian resepi

    ReplyDelete
  17. ayu.. yup tak yah pasang kipas suka sangat.. mana ada lawanya ayu biasa je.. cuba tau nanti

    kak ita tak selawa puding akak .. ye kak itu je acuan yang ita ada

    ReplyDelete
  18. kak mimi.. ye kak dah licin kak anak2 suka sngat

    hanis mana pakar akak cuba resepi orang je dik.. nak boleh datang yokhama

    ReplyDelete
  19. hehehe...puding bas yer.... cantek!!

    ReplyDelete
  20. Ita, kak Naz follow dan link blog Ita ke blog kak Naz ye.. Kalau tak buat mcm ni, nanti mesti terlupa ada seorang kawan hebat di blog ni.. Tq!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ita...
    comelnya puding tu ita... cantik sesangat... mmg anak2 akan tergoda tgk nie kan ita.. kreatif sungguh ita.. suka akak tgkk.. kalai ler irfan nampak nie.. mesti dia suka

    ReplyDelete
  22. kreatif la ita ni....keta, ABC pun ada kt dlm puding tu.. pun ada, comei

    ReplyDelete
  23. saalam ita..soalan ita pasal gambar tak sharp masuk dlm blog tu kan.. err... saye pun x sure la...x pasti ngape blh x sharp...erm..tp kalo sblum publish kat blog pic sharp ye? maaf ita, saye x tau kenapa jadi camtu.. sorry ye.... :(

    ReplyDelete
  24. nak yg ada bas tu jugak..comey sgt2. :)

    ReplyDelete
  25. yummy yummy bestnya. dh la cute2 je puding and all the dishes tu kak! teringin mencuba!

    ReplyDelete
  26. Cantik puding Ita. ada bas dlm puding ...ni kalau buat kat anak2 berebut nak.

    ReplyDelete
  27. aduhai rajinnya ita.. mendeco jely..cantik.. suke anak2 mkn camni..

    ReplyDelete
  28. salam kenalan, singgah ziarah..cantik2 blako masake...dari gaya masakan mesti Ju seorang yg sgt rajin dan suka memasak.

    ReplyDelete
  29. salam kenalan, singgah ziarah..cantik2 blako masake...dari gaya masakan mesti Ju seorang yg sgt rajin dan suka memasak.

    ReplyDelete
  30. slam kak ita... heheh.. memang comel especially yang bentuk bas tu. memang ler diorang tak sabar nak makan...hehehe :)

    ReplyDelete
  31. sukenye kite tgk puding ni......

    ReplyDelete