01 July 2011

Custard Tea Cake




Salam semua. Salam permulaan bulan Julai untuk setengah tahun yang berikutnya. Moga hari-hari yang mendatang memberikan keceriaan kepada kita dan lebih baik dari hari yang sebelumnya. Hari ini ita agak lambat bersiaran sebab hari ini ada majlis Yassin di rumah adik di Yokohama ni. Jadinya biasanya kena sediakan juadah sikit tambahan semalam ita dan komuniti disini ada aktiviti badminton pada malam semalam. Jadinya nak mengentry malam tadi memang tak sempat sebab balik dah rasa penat sangat. Maaf sangat bagi kawan-kawan yang ita belum kunjungi lagi InsyaAllah ita akan datang menjenguk nanti..:)

Kelmarin masa tengah cari-cari resepi apa nak bawa untuk majlis yassin ita ternampak kek ini. Sekali pandang je terus terpikat dan hati meronta-ronta nak cuba tapi dah malam jadinya tunggu pagi esoknya iaitu semalam untuk godek-godek buat kek ni. Buat pun sebelum keluar untuk untuk main badminton tu jadinya ambil gambar terkejar-kejar rasa tak puas hati pula sebab kalau tengok betul-betul kastadnya belum sejuk betul dan meleleh sikit. Lebih bagus jika disimpan dalam peti sejuk baru potong sebab ita simpan dalam peti sejuk dan balik baru makan .. Alhamdulillah sedapnya... memang tak rugi cuba kek ni.



Kalau tengok kek ita tu ita buat macam kak nor secubit garam letak pewarna merah sedikit kat kastadnya tu. Saja nak nampak ceria .. hihihihi.. maaf ye tuan punya resepi saja je letak warna kat situ. ita guna acuan kecil iaitu 5 inci je sebab nampak adunan tu sikit mula nak buat dalam acuan 4 segi tapi bila nampak sikit tak yakin plak nak guna acuan ita tu sebab besar nanti dapat nipis plak kek ni .. tak cantik.. jadi bagi yang nak cuba je resepi ni ikut saja resepi seperti dibawah. kek ini amat sesuai bagi mereka yang meminati kuih-muih yang menggunakan kastad.

Okla jom kita lihat resepinya, resepi asal dari kak Ida 1001 resepi dan ita ambil dirumah kak nor secubit garam. Terima kasih buat kedua-duanya ita simpan disini ye biar senang nak rujuk untuk buat lain kali...



CUSTARD TEACAKE

sumber : Ida 1001resipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

1)Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu.
2)panaskan hingga mendidih dan pekat.Masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

bahan utk kek:
125g (1/2 cawan) butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

Cara-cara
1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung (k.nor selang selikan dgn susu fresh) dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...



23 comments:

  1. Salam kak ita! bestnyer main badminton kak :D kita suke!!! nak aktif balikkkk!!!!! nak bersukan sana sini tp apakandayaaaaaa tak de geng satu hal huhuhu... Suke kek ni sbb mcm makan beskut hihihi..

    ReplyDelete
  2. Salam & Slmt petang Ita..
    sedap kek nih mcm ala2 mkn biskut suka ngan bau & texture cake nih cam butter cake g2...

    ReplyDelete
  3. Wow..! mengancam... nak sikit...

    ReplyDelete
  4. dah berkenan lama dah kek ni, tapi lum terbuat2 lagi....nmpk mmg sedap la ita..wahh, aktifnyer dia b'sukan..k'ida ni sports ga suki ja arimasen..hu..hu

    ReplyDelete
  5. perhhh..kek ni memang marbeless...
    sedapp sangat..
    rasa macam nak buat lagi lak..

    ReplyDelete
  6. akak belum try lagi kek ni ita..ramai juga yang dah cuba..
    bila lah tu ya?..cantik warna & rupa kek ita ni..suka tengok..

    ReplyDelete
  7. pernah sekali je buat kek ni. terpesona dgn gambar yg dipamerkan oleg CMG. hadoi...mcm nk kene buat lagi je...

    ReplyDelete
  8. Assalam Ita,
    rajin ita sediakan macam2 hidangan utk rakan2 ye, mudah2an sentiasa dilipahi rezeki, dan ilmu masak-masak pun bertambahlah lagi... utk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  9. lama dah aim kek ni...x sampai seru lagi

    ReplyDelete
  10. salam ita..

    kek ni fav suami akak dia mmg suka kek yg letak castard

    kek ita ni nampak sangat mengoda..

    ReplyDelete
  11. memang sedap kek ni..penah buat sekali..sye ngan encik hubby makan skali hadap je sebiji kek tu..sedap sampai tak boleh nak berhenti makan:DD
    Kak Ita..nanti kalo pegi Yassin lagi,kirim salam rindu kat Chah ye..hehe

    ReplyDelete
  12. sama ya kita ltk kaler merah.. cun gitu kan.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam kak Ita,
    cantik akak letak kaler custard tu merah. ramai dah mencuba kek ni. kena tiup angin rajin biar mai ke finland sekali.hehehe

    ReplyDelete
  14. yg nie akak x buat2 lg... dah berkali2 dah tergoda.. tp masa tergoda sgt hari tu akak kurang sihat.. jd x buat ler kan.. skg tergoda sekali lg nie... nampak sgt sedap tuuu

    ReplyDelete
  15. saya duk simpan resepi ni kenkonon nak buat sebab a few months back nmpk kamalia buat tp sampai sekarang tak buat2x pun lagi..hehehe.. harus merajinkan diri buat resepi ni gak nanti..hehe

    ReplyDelete
  16. ika.. tula sedap kek ni hubby akak pun suka tau

    mama.. tul maca biskut rasanya nak buat lagi dah lagi nanti

    ReplyDelete
  17. kak gee.. memang sedapkak .. buat kak tak rugi tau

    kak ida ye kak main ikut hubby hubby saya suka sport

    ReplyDelete
  18. mas tu la sedapkan mas.. kawan yang rasa pun kata sedap

    kak ayu tak rugi cuba kak sedap bagi saya dan kawan3 yang rasa

    ReplyDelete
  19. nani sedapkan kek ni.. tula akak pun tergoda tgk gambar kawan2

    kak amie... alhamdulillah kak ada sedikit kita bagi sikit ada banyak kita bagi banyak:)

    ReplyDelete
  20. cheq sue.. boleh la cuba nanti sedap kek ni

    kak ita ye kak suami ita pun suka gak sebab ada rasa kastad tu....

    ReplyDelete
  21. maira dah sampaikan salam dah.. tu dia sekali hadap je... sedapkan maira...

    kak nor tiru akak santekkkk

    ReplyDelete
  22. ijan.. dah tiup dah sam[ai tak finland tu.. hihihihi sedap ijan tak rugi buat

    kak diana.. ita tiup juga ke putrajaya tu.. hihihihi dapat tak vit kek ni

    ReplyDelete
  23. umie bahan2 sikit je bagi akak ok je buat sebab sedap simpan dalam peti sejuk alagi sedap tau

    ReplyDelete