29 June 2011

Kuih Lompat Tikam



Salam semua. Moga hari ini membawa keceriaan buat kita semua. Dah hampir penghujung bulan June dah hari ni dan nak masuk 1/2 tahun yang kedua. Cepat je masa berlalu dan terkadang tak terasa ia perlahan-lahan meninggalkan kita.

Kuih lompat tikam kuih yang ita buat semalam. Sebenarnya lama dah nak makan kuih lompat tikam ni tambah bila nampak kat rumah kak pi ada lompat tikam terus rasa nak buat.Ita memang tak pernah makan kuih lompat tikam ni tapi tahula dari segi bahan-bahan tengok macam tepung pelita sikit tapi lompat tikam ada kuah gula melaka. Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.



Kalau di Perak bila bulan puasa kuih yang mendapat sambutan yang hangat iaitu kuih limas atau tepung pelita atau kuih sampan. Ita pun suka kalau bulan puasa makan kuih limas ni. kalau orang jual kena letak gula banyak dibawahnya sebelum letak lapisan bawah tersebut. kalau tak ada la pakcik-pakcik yang komplen pada penjual tersebut..:) Tapi bagi lompat tikam ia adalah salah satu kuih tradisi bagi kawasan pantai timur iaitu kelantan dan terengganu. Kena pastikan gula melaka tu manis baru la kena dengan rasa kuih tersebut.

Ok la jom kita lihat resepi lompat tikam ni yang ita ambil di dapur kak pi dan resepi asal adalah resepi kak Fida myresepi. Terima kasih ye ita share disini pula.


Lompat Tikam

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

  • *Lapisan bawah :-
  • 62 g tepung beras ( 8 sb )
  • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
  • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur
  • *Lapisan atas :-
  • 25 g tepung beras ( 3 sb )
  • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
  • 1/2 sk garam
  • *Air gula :-
  • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
  • 500 ml air ( 2 cwn )
  • 1 helai daun pandan - di simpul



Cara-cara
  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
  5. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.


26 comments:

  1. serius bila dengar lompat tikam teringat kat k.anie sebab dia tataw apa tue kueh lompat tikam...but beza la kueh lompat tikam versi kaka buat ngan versi kedah..

    ReplyDelete
  2. salam ita...

    ni kuih kegemaran suami akak.. mmg org pantai timur ni suka kuih yg manis2..

    pic ita pun dah semakin ok! akak suka pic yg no 3.. cahaya balance..
    ita boleh rujuk balik bagaimana cara yg ita ambil tuk pic no 3 tu..

    utk dpt pic yg belakang gelap depan terang tu akak letak polistrin tuk pantulkan cahaya ita blh tgk cara akak dah pernah tunjuk kat sini
    http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/05/menembak-lagi.html

    dan kat sini jugak!
    http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/05/apple-day.html

    kadang2 akak pun sukar nak ambil pic kerana cuaca tak berapa terang dan cahaya yg tak cukup lebih2 lagi kalau hari ujan...

    insyaallah klu ada masa nanti akak tunjukkan lagi cam mana akak ambil pic..

    ReplyDelete
  3. As'salam Ita

    kak ct nak lebih tak nak sikit2 nilah kuih fav kak ct ni ita. kalau bulan puasa memang laris lah kak ct beli..hihihi. sedapnyaaaa..kecur pulak :D

    ReplyDelete
  4. tetiba macam nak buat kuih ni sekarang!!

    ReplyDelete
  5. salam kak ita! kitanyer kuih lompat tikam sampai skrg tak TER publish lagi malas punyer pasal hihihi... buat pun sama mcm akak letak dlm cawan :D kuih wajib masa pose :D

    ReplyDelete
  6. owh tidakkkk ni kuih feberet sy ni...nak cikit kak...

    ReplyDelete
  7. Itaaaaaaa..tumpang minum petang kat sini bole....adeei xleh tahan tengok lompat tikam Ita ni....meroyan dibuatnya...hehe

    ReplyDelete
  8. Nak sambung ketawa kat sini tak leh tahan dengar akak ckp jari gemuk2 nak taip guna iphone asyik silap wakakakakaka..... kalau guna iphone mmg mcm tu lah kak selalu silap kita pun sama! hihihi...

    ReplyDelete
  9. kuih tradisi pantai timur ek..kene cube nih..menantu ore klate la katakan..hikhik..
    nampak manis dan sedap je~~^^

    ReplyDelete
  10. ooo..ini gupe kuihnya.hahaha...dak ayu dah kutuk kita.

    alamak serius, byk kuih-muih malaya yg dah lupa.sbb tak penah buat.tak berani nak buat.nak test 1 ari nnt.insyAllah....kalo jadi mesti seronok ya.leh rujuk kat umah Ita.byk kuih tradisional.

    ReplyDelete
  11. ya...itu dia dari kak ita...resipi baru...

    ReplyDelete
  12. adusss...lompat tikam ni kalu makan lepas kuar dr peti ais... pergh!! menangis laa... teramatlah enak nya...nyam nyam

    ReplyDelete
  13. salam ita,
    kak amie suka makan lompat tikam tapi belum pernah buat, agaknya kalau buat sendiri puaslah makannya ye...

    ReplyDelete
  14. kak ita, 1st time kite makan nie masa pi kenduri kawin my SIL kat pahang... masa tu mcm konpius2x kuih ape la nie..siap makan kosong gitu aje..sekali rasa tawar..rupa2xnya kena makan ngan air gula nye tu ye..hehehe

    ReplyDelete
  15. alahhh ju soo sweet lahhh .. menarik utk dimakan lah dik ! :))

    ReplyDelete
  16. Ayu.. tu kak anie dah komen kat bawah tu.. hihihihi tula ini versi pantai timur

    kak Azlita.. thanks kak sudi share dengan ita... ita cuba praktikkan nanti ye kak..:)

    ReplyDelete
  17. kak Ct sedap tambah makan sejuk2 tu la bila makan rasa bulan puasa lak..

    jue tentu awak suka kan kuih tradisional negeri awak

    ReplyDelete
  18. ika.. yeke.. awat tak publish..hihihih tentu lawa gambo nya

    hanis meh la sini makan sama2..:)

    ReplyDelete
  19. kak ummi tu la kak sedap ni kak kat kuantan lompat tikam gini jugakkan

    maira wajib cuba lagi pun senang bangat buatnya.. kena cuba untuk curi hati suami..:)

    ReplyDelete
  20. kak anie.,. leh kak ita pun baru belajar kak kalau tak tahu makan je kat msia tu..

    faiz .. tak la resepi baru akak ni cuba2 resepi je

    ReplyDelete
  21. kak ge.. ya betul saya makan simpan dalam peti ais dulu pastu baru makan.. yummy

    kak amie.. try kak sedap kak..:)

    ReplyDelete
  22. umie tula kena makan dengan gula melaka tu kalau tak tak manis...

    kak ieda.. sedap kak meh makan sini..:)

    ReplyDelete
  23. Alamak baru tengok gambar dah terliur. Kalau dapat rasa apa yang akan berlaku gamaknya.

    ReplyDelete
  24. namapk mcm eksklusif je lompat tikam ni bila serve dlm gelas gitu ita. hehee

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ita...
    akak suka kuih tepung pelita.. sedap... ermm.. lompat tikam nie cam x perna lg akak makan... menarik sekali.. cantik!

    ReplyDelete
  26. ita, nampak classy betul kuih ni bila dah posing serupa gamba ita ni. mesti makcik2 yg mniaga kuih ni kat gerai2 tu tak pcaya ni kuih lompat tikam. syabass2!

    ReplyDelete